Showing posts with label Bread/Pizza. Show all posts
Showing posts with label Bread/Pizza. Show all posts

Wednesday, September 17, 2008

Sos Coney



Sumber : allrecipes.com
Gambar : Jeni

Bahan
450 gm daging cincang
1/4 cawan air
1/4 bawang cincang
1 labu bawang putih
1 cawan sos tomato
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil MSG
1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat
1. Tumis bawang selama 10 hingga 15 minit atau hingga keperangan atas api sederhana.

2. Masukkan air, bawang, bawang putih, sos tomato, serbuk cili, MSG dan garam.

3. Tumis selama 10 minit atau hingga agak pekat.

Nota: Tumis daging cincang, bawang putih dan bawang besar bersama-sama dan tambahkan 1 sudu kecik serbuk lada hitam. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.

Pizza Daging



Sumber : Yanti
Gambar : Leen Umar

Bahan doh
500 grm high protein flour (tepung roti)
1 peket Mauripan
1 tsp bread improver
1 tsp garam
300 grm air sejuk (yg dlm peti es tu)
25 grm olive oil
Oregano 1tsp

Cara membuat doh
Putarkan tepung, mauripan, oregano & bread improver, saya guna kenwood mixer. So guna kelajuan no. 1 dulu.
Masukkan air (yg telah dicampurkan dengan garam) secara sedikit-sedikit , gaul sebati kedalam adunan tepung tadi sehingga sebati, kira-kira 2 minit (saya guna kelajuan no. 2)
Akhir sekali masukkan olive oil tadi. Biarkan minyak bersatu dengan tepong tadi kira-kira 5-10 minit sampai adunan licin.
Keluarkan doh tadi, bahagikan kpd 2 dan biarkan doh rehat kira-kira 15 minit sehingga nampak doh dah naik gebu.
Bila dah naik gebu barulah dicanai & taburkan segala topping keatasnya. (sebelum tabur cocokkan sedikit doh dgn garpu)

Bahan utk Gravy
Dicampurkan sekali, gaul rata dan dimasak atas api hingga pekat
3 tbsp sos tomato
1 tbsp sos cili
3 tbsp puree tomato
1 tbsp corn flour
gula & garam secukup rasa

Bahan tabur utk Beef Pizza
400 grm daging/ayam hancur/cincang
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1/2 tin kecil puree tomato ] kesemua bahan2 ni dicampurkan sekali & diperap 1/2 jam, barulah di masak sehingga kering
1 tsp serbuk lada sulah
1 tsp oregano
1-2 helai bay leaf
garam & gula secukup rasa

Cara menabur gravy
Sapukan gravy rata-rata taburkan oregano secubit, daging yang telah dimasak tadi, cili benggala, tomato, nenas kiub, button mushroom & mozarella cheese.
Panaskan aben 180 celcius, bakar selama 20 minit.
Siap.

Mini Sosej Bun


Bun Sosej Mini

Sumber : Alam Ooi

Bahan A
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
1 biji telur

Inti
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering

Cara-caranya

1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.

2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35g.

3. Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.

4. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.

5. Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.

6. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

Kebab



Sumbangan : Zunita Nasuha

Bahan-bahan
Daging [batang pinang] / Ayam (Yang saya buat dalam lingkungan 300 g fillet ayam yang didadu)
3 ulas Bawang Putih
Tomato Sos
Cili Sos
Bawang merah
Timun
Tomato
Mayonis

Bahan-bahan perap
(Digoreng dan ditumbuk/mesin)
1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih

Cara-caranya

1. Hiris daging nipis2 dan lebar2 (agak2 lah nipis dan lebarnya lebih kurang macam steak tu..)

2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama 2 jam atau lebih.

3. Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan panaskan hingga kering [macam nak buat steak]

4. Setelah daging kering, potong daging tadi kecil2 atau suka hati nak potong style mcm mana.

5. Potong bawang merah, timun dan tomato

6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis

7. Sedia dimakan dengan roti/pita

Sardin Roll



Sumber : Yong

Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk

Cara Membuatnya
Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.

Filling
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perapan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.

Cara Membuat Sardin Roll
Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
Letakkan filling di atas doh dan roll.
Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175C.

Roti Boyan


Dari sumber: Zahara Sudi
Gambar : Misa

BAHAN
1kg tepung gandum
400ml air hangat
100ml minyak sayur (misa guna butter cair)
1st baking poder
1st gula
1/2st garam

INTI
600gm kentang (6biji) - rebus,kupas kulit dan lecek
4-5 biji telor
100gm daun sup(potong kecil2)
3 labu bawang besar(potong dadu)

CARA
Satukan air suam,minyak,baking poder,gula,garam (kacau rata).
Masuk tepung sikit demi sikit sambil di adun jadi doh lembut.
Ambil sekepal adunan dibulatkan - buat begini hingga selesai dan perap setengah jam.
Ambil sebuku doh yg dah di perap, canai atas papan/loyang...lebarkan doh sambil di tarik kepinggir loyang.
Mulakan dari tepi doh,kumpulkan hingga jadi gelungan panjang lilitkan doh macam sanggul.
Canai semula doh yg dah di lilit tadi kira2 1/2cm tebal. bubuh secukup inti.
Ambil lagi sekeping doh yg sudah di canai, lapik atasnye....dan kelim tepi2 macam kelim epok2.
Goreng atas api kecil...minyak jangan terlampau panas sambil diterbalik2kan beberapa kali hingga masak.
Hidang roti dengan sambal tumis ikan bilis.

Wednesday, September 3, 2008

Donat Homemade


Donat Homemade
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 peket yis kering Mauripan(11gm)
5 sudu besar gula kastor
50 gm majerin
1 biji telur A
500 gm air (secukupnya)
1 sudu teh serbuk penaik


Cara Membuatnya:
1. Sediakan sebuah besen dan satukan tepung gandum, serbuk penaik, yis kering, gula, majerin dan telur. Gaul hingga rata.


2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap. Jika doh agak kering, tambah air sedikit lagi.

3. Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu sehingga lembut.

4. Setelah lembut, satukan dua doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik bertutup. Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.

5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.

6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20 minit.

7. Panaskan minyak dan goreng donat kekuningan. Angkat dan toskan.

8. Setelah suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.

Tip:
1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah hangus. Guna api kecil saja.


2. Donat boleh difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi masih putih. Angkat dan toskan. Simpan dalam bekas tupperware dan letak dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula hingga kuning.

3. Jika doh terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.

Friday, August 29, 2008

Roti Boyan



ROTI BOYAN
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahan untuk kulit roti
1kg tepung gandum
350 ml air suam
150ml minyak sayuran/masakan
3 sudu minyak sapi
1 sudu teh garam


Cara:
1) Ayak tepung ke dalam mangkuk besen yg besar.
2) Cairkan minyak sapi & campurkan dgn minyak masakan. Garam dibubuh ke dalam air suam.
3) Masukkan minyak ke dalam tepung dan gaul rata. Kemudian, masukkan air sedikit sedikit dan uli hingga menjadi adunan yg lembut tapi jgn sampai lembik. Buat beberapa bebola daripada adunan tadi dan biarkan sebentar.

Bahan-bahan Inti
800gm kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
4 biji telur
2-3 biji bawang besar (dihiris atau dadu)
200 gm isi ayam (potong kecil2, perap dgn sedikit ketumbar jintan, garam & digoreng)
secukup daun sup & daun bawang

1 batang cili merah hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh gula
garam secukupnya


Cara:
1) Gaul rata kesemua bahan di atas hingga rata dan sebati .

Cara Membuat Roti Boyan :
Ambil dua biji bebola adunan yg sama besar. Canaikan di atas papan penggiling hingga menjadi bulatan yg nipis. Ambil sekeping adunan tadi dan isikan inti lalu tekapkan dgn sekeping lagi adunan. Kelim tepinya seperti mengelim epok-epok. Kemudian goreng dengan cara terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Anda juga boleh membuat Roti Boyan ini seperti anda membuat roti canai/prata. Ambil satu adunan tadi dan tebarkan menjadi satu bulatan yg besar. Isikan inti dan lipatkan menjadi persegi empat. Goreng di atas kuali leper dgn membubuh sedikit minyak.

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-Bahan
2 cawan cili kering kisar
3 biji bawang besar
sedikit ikan bilis (direndam)
sedikit belacan
(Kesemua bahan dikisar halus)
sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
minyak utk menumis
1 cawan ikan bilis (di goreng separuh masak)

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali/periuk dan tumis bahan2 kisar hingga betul2 garing. Masukkan sedikit air jika perlu. Kemudian bubuh air asam, garam dan gula. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda. Akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng tadi. Kecilkan api dan biarkan sebentar sebelum diangkat.

Filament Stick Pizza Bun



FILAMENT STICK PIZZA BUN

Ingredients
400g high protein flour
11g instant yeast
1/2 tsp salt
30g caster sugar
30g milk powder
300ml milk
1/2 tbsp pizza seasoning
1 tsp bread improver
50 g butter

Topping
3 tbsp tomato sauce
1 tbsp oregano whole
12 stalks filament stick
some coriander leaves
3 tbsp mayonnaise

Directions
1. Combine all ingredients in a mixer, mix well with medium speed until to be a dough.

2. Add in butter, continue beat with medium speed until a smooth and elastic dough is formed. Rest the dough for 30 minutes.

3. Divide dough into 50g each portion and roll into round shapes. Rest for another 10 minutes.

4. Roll out the dough into cylinder shapes with a rolling pin, make a few slits in the centre. Turn out the dough from inside to form a knot, spread with some tomato sauce and sprinkle with a little oregano whole.

5. Place in filament stick, leave to rise until doubled in size.

6. Bake in preheated oven at 200C for 10-15 minutes until cooked. Leave to cool, drizzled with some mayonnaise and top with coriander leaf.