Tuesday, September 9, 2008

Gulai Daging Nangka Muda

Gulai Daging Nangka Muda
Sumber: Hotel JW Marriott Putrajaya, Chef Lim Meng Sow

Bahan:-
600g daging bahagian atas (topside)
150g santan
5g serai, diketuk
20g lengkuas, diketuk
250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil

Bahan kisar:-
200g cili merah
100g bawang kecil
20g halia
20g kunyit hidup

Cara membuatnya:-
Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak. Angkat dan hidangkan.

Biskut Badam Bercoklat

Biskut Badam Bercoklat
Sumber: Deli Corner, Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Wong Yik Seng

Bahan:-
300g mentega
300g gula
150ml air
550g tepung
100g serbuk koko
300g badam, dihiris nipis

Cara membuat:-
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan air, tepung dan serbuk koko yang sudah ditapis serta kepingan badan, gaul rata.
Kemudian masukkan adunan ke dalam dulang segi empat dan simpan di peti sejuk selama 30 minit.
Setelah itu, keluarkan dan canaikan setebal 1/2 cm. Kemudian potongkan ia berbentuk segi empat.
Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 25 minit. Setelah masak, hidangkan.

Biskut Oren

Biskut Oren
Sumber: Deli Corner Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Wong Yik Seng

Bahan:-
500g mentega
250g gula ising
1 biji telur
2 biji kuning telur
2 camca kecil pati oren
Beberapa titik pewarna oren
750g tepung gandum
150g coklat yang dicairkan

Cara membuat:
Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian masukkan pula pati oren dan pewarna, gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk bintang (star nozzle). Paipkan adunan di atas dulang pembakar.
Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. Apabila biskut kekuningan, angkat dan biarkan ia sejuk.
Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut tadi ke dalam coklat yang dicairkan. Biarkan sejuk dan hidang dengan hirisan kulit oren.

Ayam Golek

Ayam Golek
Sumber: Hotel Federal daripada resipi kegemaran Tunku

Bahan:
2 kg ayam seekor
300 g santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
10 g asam jawa
2 - 3 camca makan air
1 camca teh gula
1 camca teh garam atau sesuka rasa

Rempah ratus:
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam

Cara:-
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir. Lakukan beberapa kali jika perlu. Lap sedikit ayam itu.
2. Campurkan asam jawa dan air. Tapis dan perapkan.
3. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 170° Celsius sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.

Kebab-e Koobideh

Kebab-e Koobideh
Sumber: Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi

Bahan:-
500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong segi empat
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 labu bawang putih
1 biji telur, dipukul terlebih dulu
4 biji tomato, sederhana besar
Garam secukup rasa
10g lada hitam, dicincang kasar
1 camca kecil serbuk kunyit

Cara membuatnya:-
Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur, garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk, gaul rata. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada pencucuk besi kebab. Cucuk selang seli daging dengan tomato.
Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.
Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau roti Arab.

Ketam Masak Lemak

Ketam Masak Lemak
Sumber: Dondang Sayang Coffee House, Hotel Corus Kuala Lumpur

Bahan:
1/2 kg ketam
1/2 biji kelapa/serbuk santan
15 biji cili api/cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit
1 batang serai
Garam
Gula

Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu.

Rendang Tok

Rendang Tok
Sumber: Chef Hasnah Jusof dari Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur

Bahan kisar:
200g bawang merah
200g bawang putih
200g halia
200g lengkuas
200g serai
200g kunyit hidup
200g cili api
300g cili kering

Bahan:
1kg daging lembu
1gelas air
1kg santan
50g rempah tiga serangkai (ketumbar, jintan manis dan jintan putih)
200g minyak masak
150g daun kunyit
150g daun limau purut
150g daun salam
Garam dan perisa secukup rasa

Cara membuatnya:
Rebus daging lembu sampai lembut.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan dikisar sehingga naik bau.
Masukkan air dan santan dan rempah tiga serangkai.
Apabila mendidih masukkan daging lembu.
Reneh sehingga pekat.
Masukkan daun kunyit, limau purut dan daun salam.
Masak sehingga pekat dan hidangkan.

Ayam Percik 1 dan 2

Ayam Percik 1

Bahan:
1.5 g ayam
50 g serbuk kunyit
100 ml air
300 ml pati santan
1/2 camca teh lada hitam
Garam

Bahan kisar halus:
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sm halia
1 batang serai
15 tangkai cili kering

Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan dipotong empat.
2. Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, serai dan cili kering sehingga halus.
3. Campurkan serbuk kunyit dan air sehingga sebati.
4. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan air ke dalam mangkuk besar serta pati santan dan gaul sehingga sebati.
5. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Perap di dalam peti ais semalaman.
7. Ayam boleh dipanggang.

Ayam Percik 2
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:-
1 ekor ayam (1 kg), dipotong empat
1/2 cawan minyak masak
2 cawan santan yang diambil daripada sebiji kelapa
Garam secukup rasa
1/2 cawan gula
2 keping asam keping

Bahan kisar:-
5 batang serai
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
50 g halia
5 tangkai cili kering, direbus sehingga lembut
2 biji buah keras
50 g kunyit hidup

Cara membuatnya:
Bersihkan ayam yang telah dipotong dan lumurkan garam secukup rasa dan lima camca besar bahan kisar pada ayam tadi. Perapkan hingga lebih lima jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga pekat.
Keluarkan ayam yang diperap tadi dan panggang ia diatas bara sehingga separuh masak. Kemudian celupkan ayam di dalam kuah percik.
Panggang sekali lagi sehingga ayam masak sepenuhnya. Enak dimasak bersama kuah percik sesuai untuk berbuka puasa.

Acar Buah2an

Acar Buah-Buahan
Sumber: Restoran Seri Melayu
Bahan A:
10 g biji gajus
10 g cermai jeruk
10 g anggur jeruk
10 g kismis
2 biji timun, dihiris
2 biji lobak merah, dihiris
Sedikit lobak masin, dicincang
Bahan B:
150 g halia, dihiris
10 biji bawang kecil, dibelah dua
6 biji bawang putih, dibelah dua
4 biji cili merah, buang biji dan dipotong
4 biji cili hijau, buang biji dan dipotong
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula pasir secukup rasa
Bahan C:
5 camca besar minyak masak
1/2 cawan cuka, disatukan dengan 1/4 cawan air dan 1 camca teh gula
1 camca teh biji sawi digoreng tanpa minyak
4 biji bawang kecil, dihiris
20 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk, gaulkan sehingga sebati. Perapkan sejam kemudian sejat.
2. Bahan C, panaskan minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang kecil dan bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan campuran cuka dan didihkan selama tiga minit.
4. Seterusnya masukkan campuran bahan A dan B, kacau sehingga rata.

Daging Dendeng

Daging Dendeng
Sumber: Chef Azram dari Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Subang Jaya

Bahan:
1 kg -Daging lembu

Bahan untuk dikisar
100 gm cili kering
100 gm cili merah
50 gm bawang merah
10 gm bawang putih
10 gm gula merah
Secukup rasa garam dan kunyit
5 gm jintan manis
5 gm jintan putih
10 gm cili sos
10 gm tomato sos

Cara membuatnya:
1. Daging Lembu dibersihkan kemudian digaul dengan sedikit garam.
2. Rebus daging tadi, angkat dan dihiris nipis.
3. Goreng daging hingga garing dan angkat.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dikisar tadi hingga naik baunya.
5. Masukkan jintan manis dan jintan putih
6. Masukkan daging tadi dan gaulkan hingga rata
7. Bila garing angkat dan hidangkan.

Monday, September 8, 2008

Biskut Almond London



Biskut Almond London
Sumber: Cikgu Noraini

Biskut ini memang agak remeh sikit membuatnya. Ialah kita kena buat kerja dua kali. Biskutnya perlu di bakar dahulu. Bila dah sejuk, baru disalut dengan coklatnya. Ada beberapa petua yang perlu diamalkan dalam membuat biskut ni. Untuk menyalut coklat, gunakan coklat kompaun (coklat masakan). Masukkan dalam sebuah periuk dan cairkan secara double-boiler. Masukkan sedikit coco-butter agar coklat tidak terlalu pekat dan ia lebih berkilat. Jika dalam proses menyalut coklat cepat pekat, panaskan semula secara double-boiler supaya ia cair semula. Teknik yang digunakan untuk menyalut ialah masukkan lebih kurang 20 biji biskut dalam periuk coklat. Celupkan biskut agar coklat rata. Dengan garfu, angkat sebiji dan masukkan dalam cawan kertas hitam. Susun dalam dulang dan taburkan badam cincang yang telah dibakar.

Bahan-bahan: (A)
250 gm mentega
150 gm gula kastor
450 gm tepung biskut (cap Red Rose)
100 gm tepung jagung
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emplex (perangup biskut)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

(B)
150 biji badam, dibakar
100 gm badam cincang, dibakar
150 keping cawan kertas bewarna hitam

(C)
500 gm coklat masakan
1 sudu teh coco butter

Cara Membuatnya:
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanila dan telur. Pukul lagi hingga sebati.
3. Pindahkan ke dalam mangkuk lebih besar. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan plastik dan rehatkan 20 minit.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan. Masukkan badam dan buatkan bentuk bujur. Susun dalam dulang pembakar.
5. Masukkan biskut dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama 25 minit hingga masak dan berbau wangi. Sejukkan biskut dalam dulangnya sebelum dialihkan ke dalam bekas lain.
6. Untuk membuat coklatnya, panaskan coklat secara double-boiler hingga cair. Masukkan coco-butter dan kacau hingga cair.
7. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpannya.

Tip:
Untuk mempercepatkan coklat beku, masukkan satu dulang biskut yang telah bersalut kedalam peti sejuk. Biarkan 10 minit hingga ia beku. Keluarkan.

Chocolate Cotton Cake

Chocolate Cotton Cake
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan : (A)
500 gm putih telur
350 gm gula kastor

(B)
15 biji kuning telur A
3 biji telur (sebutir)
220 gm susu segar
1 sudu teh esen vanila

(C)
125 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
180 gm mentega

(D)
1 sudu teh pes coklat
1/2 sudu teh pes mocca

Cara Membuatnya:
1. Sediakan tin pembakar 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
2. Putar bahan A hingga gebu dan kental.
3. Panaskan susu tetapi jangan sampai mendidih, masukkan telur dan esen vanila. Kacau rata dan angkat dari api. Biarkan ia tetap hangat.
4. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Gaul rata hingga menjadi pes. Satukan 3 dan 4.
5. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi dan gaul rata. Masukkan bahan D dan gaul sebati.
6. Tuangkan dalam tin pembakar dan bakar secara water-bath selama 45 minit hingga masak pada suhu 180 darjah celcius.

Kek Lapis Cotton Cake

Kek Lapis Cotton Cake
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan : (A)
550 gm putih telur
350 gm gula kastor

(B)
15 biji kuning telur
3 biji telur (sebutir)
220 gm susu segar
1 sudu teh esen vanila

(C)
220 gm tepung gandum
180 gm mentega, dicairkan

(D)
1 sudu makan pes coklat (emulco coklat)
1 sudu teh pes mocca

Cara Membuatnya:

1. Sediakan dua loyang bulat berukuran 9 x9 inci. Griskan dan alas kertas serap minyak.
2. Satukan bahan A dan putar hingga kental (soft peak).
3. Panaskan susu segar, jangan sampai mendidih. Masukkan telur dan kuning telur juga esen vanila. Kacau rata dan angkat.
4. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum sekaligus. Kacau hingga jadi pes.
5. Satukan no.3 dan 4 dan gaul rata. Masukkan pula adunan putih telur sedikit demi sedikit hingga menjadi adunan yang ringan.
6. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan warna asal dan satu lagi dicampurkan pes coklat dan mocca.
7. Tuangkan dalam loyang dan bakar secara water-bath (steam bake) selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius. Setelah masak, sejukkan.
8. Letakkan warna coklat dibawah. Sapu serikaya atau jem. Letakkan lapisan kuning diatasnya.
9. Hidangkan.

Japanese Cotton Cheese Cake



Japanese Cotton Cheese Cake
Sumber: Cikgu Noraini

Jika kek ini dibuat dengan betul, ia akan jadi lembut , gebu dan mempunyai lubang-lubang udara yang halus. Jika ada yang tak kena, ia akan jadi padat dan tak berapa naik. Tetapi masih sedap dimakan seperti kek keju yang lain.

Bahan-bahan: (A)
70 gm gula halus
6 biji putih telur A
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

(B)
250 gm krim keju
50 gm mentega
6 biji kuning telur A
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon @ 1/2 sudu teh pes lemon
70 gm gula halus

(C)
80 gm tepung superfine/kek

Cara Membuatnya:

1. Krim keju dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk kecil bersama mentega, gula dan susu. Cairkan secara double-boiler dan kacau hingga adunan menjadi likat. Masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau sebati.

2. Angkat dari api dan masukkan tepung. Pastikan adunan masih hangat.

3. Pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga gebu dan kental. Apabila dicolek dengan jari, adunan masih berekor. Jangan terlalu keras kerana ia akan kering.

4. Alihkan adunan pes tepung ke dalam bekas lebih besar. Masukkan putih telur sedikit-sedikit dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 9 inci atau 10 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.

6. Tuangkan adunan dan bakar secara water-bath. Sediakan dulang lebih besar dan masukkan air 1/3 penuh. Letakkan tin kek atasnya. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 darjah celcius.

7. Bakar selama 1- 11/2 jam hingga masak. Untuk menguji kek masak, cucuk dengan lidi. Jika masih melekit, bakar semula hingga masak

Kek Tiramisu Asas


Kek Tiramisu Asas
1
Bahan-bahan:
6 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar pati badam (optional)
1 cawan sirap kopi
360 gm (1 pound) mascarpone/ricotta atau krim keju
1 1/2 cawan krim putar
24 keping kek span ladyfingers
coklat parut/koko untuk hiasan
1
Cara Membuatnya:
1. Pukul kuning telur hingga kembang - 5 minit.
2. Masukkan setengah cawan sirap kopi dan pati badam.
3. Pindah ke periuk double-boiler dan kacau dengan pemukul telur selama 7 minit hingga pekat.
4. Pukul keju hingga lembut dan masukkan ke dalam adunan telur.
5. Pukul krim putar dan masukkan ke dalam adunan diatas. Kacau hingga sebati.
6. Susunkan ladyfingers dalam bekas kaca atau acuan tin berukuran 11x7 inci.
7. Sapukan baki sirap kopi keatas ladyfingers itu agar ia lembap. Ratakan 1/2 adunan krim keju.
8.Ulangi proses dan bahagian atas ialah krim keju.
9. Taburkan koko dan hiaskan dengan coklat hiris.Tutup bekas itu dengan plastic wrap dan sejukkan 3 - 4 jam atau semalaman sebelum dinikmati.
1
Membuat sirap kopi:
1 cawan air panas
3 sudu besar kopi segera Nescafe
2 sudu besar coffee emulco/pes kopi
6 sudu besar gula
- Kacau semuanya hingga larut

Carrot Cake



Carrot Cake
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan :(A)
114 gm gula kastor
70 gm kuning telur (4 biji)
5 gm garam
160 gm minyak jagung/minyak masak

(B)
190 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh serbuk soda

(C)
270 gm lobak merah, diparut
120 gm nenas kiub (tin)
75 gm jus nenas
40 gm kelapa kering
60 gm walnut, bakar dan cincang

(D)
114 gm gula kastor
90 gm putih telur (3 1/2 biji)

Cara Membuatnya:
1. Satukan bahan A kecuali minyak. Pukul hingga kembang dan putih. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dipukul. Adunan menjadi pes bewarna kuning yang kental dan likat.
2. Masukkan bahan B yang telah diayak. Pukul hingga menjadi pes yang lembut.
3. Pindahkan pes ke dalam sebuah mangkuk adunan yang lebih besar. Masukkan semua bahan C dan gaul dengan senduk atau tangan hingga adunan merata.
4. Satukan bahan D dan pukul kelajuan sederhana untuk menjadi meringue yang kental (stiff peak).
5. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul dengan senduk atau tangan hingga sebati.
6. Sediakan tin pembakar bulat atau empatsegi berukuran 9 inci x 9 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.
7. Tuangkan adunan ke dalamnya. Ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
8. Bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius.
9. Keluarkan kek dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong.

Kek Sifon Pandan





Kek Sifon Pandan
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:(A)
150 gm tepung kek
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh pes pandan
125 gm gula kastor
7 biji kuning telur
75 gm minyak masak
75 gm pati santan

(B)
7 biji putih telur
125 gm gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Cara Membuatnya:
1. Sediakan sebuah acuan kek sifon berukuran 24 cm. Tak perlu digriskan.
2. Ayak tepung kek bersama serbuk penaik dan soda.
3. Satukan semua bahan A dalam sebuah mangkuk pengadun. Gaul perlahan-lahan dengan senduk kayu hingga semuanya sebati. Jangan gaul terlalu lama.
4. Satukan bahan B dan pukul kelajuan sederhana hingga gebu dan kental.
5. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan A. Gaul perlahan-lahan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180 darjah celcius. Bakar selama 45 minit hingga masak.
7. Keluarkan kek dari ketuhar dan telangkupkan acuan supaya permukaan kek tidak mendap.
8. Setelah 10 minit, terbalikkan semula kepada kedudukan asal. Lorekkan pisau pada keliling acuan dan keluarkan kek. Sejukkan sebelum dipotong.

Bahan Kastad:
1000 gm air
125 gm gula
5 helai daun pandan, disimpulkan
110 gm susu cair Carnation/Ideal
2 gm mentega (sedikit saja)
1 1/2 sudu teh jeli segera (instant jelly)
85 gm tepung Hoen Kwee (hijau)
50 gm santan serbuk (segera)

Cara Membuatnya:
1. Kek span dihiris 3 lapisan. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas ke dalam sebuah periuk.
3. Kacau diatas api sederhana hingga pekat dan mendidih. Angkat.
4. Sediakan tin springform atau loose tin bersaiz 9 inci.
5. Masuk lapisan kek pertama. Ia perlu kecil sedikit dari tin. Jika besar potong tepinya.
6. Ambil satu cawan kastad dan tuangkan diatas dan kelilingnya. Ratakan.
7. Buat lapisan kedua dan ketiga. Habiskan kastad. Biarkan sejuk baru masuk petiais.
8. Sejukkan kek 5 jam dalam peti ais sebelum dipotong.
9. Hiaskan mengikut citarasa anda.

Tips:
1. Mentega bertujuan untuk kilatkan kastad.
2. Pandan boleh diblend dengan sedikit air.
3. Boleh guna santan segar (250 gm santan, air jadi 800 gm)
4. Tin springform boleh dibuka di tepi. Loose tin boleh dibuka dari bawah. Perlu guna tin jenis ini supaya kek mudah dikeluarkan.
5. Kek perlu disejukkan pada suhu bilik sebelum masuk petiais.

Aiskrim (Home made)



Dalam resipi ini menggunakan Non-Dairy Whipping Cream (Krim Putar Bukan Tenusu). Ia adalah krim putih dalam kotak yang digunakan untuk hiasan kek (topping). Ada banyak jenama krim seperti Rich, Anchor dll. Bahan ini tidak boleh didapati di pasaraya. Ia hanya dijual di kedai bahan-bahan kek.

AISKRIM COKLAT (Sumber: Cikgu Noraini)

Bahan: (A)

2 biji kuning telur

1 biji telur

140 gm gula kastor

(B)

250 ml susu penuh krim

60 gm serbuk koko

(C)

400 gm Non Dairy Whipping Cream

1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:

1. Pukul bahan A hingga putih dan berkerim.

2. Panaskan susu penuh krim hingga mendidih, masukkan serbuk koko dan kacau sebati.

3. Tuangkan adunan susu ini ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati dan biarkan sejuk.

4. Putar Non Dairy Whipping Cream sehingga kental dan gebu.

5. Masukkan esen vanila, adunan (3) yang telah sejuk dan gaul sebati.

6. Tuangkan ke dalam bekas plastik bertutup dan simpan dalam peti dinginbeku (freezer) semalaman.

AISKRIM VANILA

Bahan-bahan :(A)

4 biji kuning telur

90 gm gula kastor

(B)

250 ml susu penuh krim

1 sudu teh esen vanila

(C)

300 gm Non Dairy Whipping Cream

Cara Membuatnya:

1. Pukul bahan A hingga putih dan berkerim.

2. Didihkan susu penuh krim dan campurkan bahan A kedalamnya. Kacau hingga sebati dan biarkan sejuk kemudian masukkan esen vanila.

3. Putar Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan masukkan ke dalam adunan diatas.

4. Gaul sebati adunan tersebut dan tuangkan dalam bekas plastik bertutup.

5. Simpan peti dinginbeku semalaman.

Acar Buah2an





Acar Buah2an
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
(A) cili kisar:
10 tangkai cili kering, direndam air panas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia- Semua bahan dikisar hingga halus

(B)
500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu besar serbuk kari
1/3 cawan puri tomato
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
1/4 cawan bijan, telah digoreng kering

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan. Gaul sebati dan masak sebentar.
5. Angkat dan sejukkan.

Tip:
Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.
Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk.

Cheesecake


This simple cheesecake is creamy and rich with just a tiny bit of sour to balance the sweetness.
Cheesecake Filling
2 pounds softened cream cheese (four 8 ounce bars)
1 cup of sugar
1 teaspoon vanilla extract
1 teaspoon lemon juice
4 eggs
One 9-inch spring form/round pan, bottom buttered, lined with a round of parchment
Set a rack in the middle level of the oven and preheat to 325 degrees.
Using a paddle attachment on your mixer (if it has one), beat the cream cheese smooth. Stop the mixer and scrape the mixing bowl and beater/paddle.
Add the sugar in a stream, mixing until just combined. Stop and scrape.
Add the vanilla extract and lemon juice. Mix only until absorbed. Stop and scrape.
Add the eggs, one at a time, mixing only until each is absorbed. Stop and scrape after each addition.
Pour the filling into the pan over the crust , and place the pan in a jelly-roll or roasting pan filled with water to a depth of 1/2 inch.

Bake the cheesecake for about 60 minutes, or until firm except for the very center. Remove from the pan.
Cool completely. Wrap the cheesecake in plastic or foil and chill overnight before unmolding.
Cheesecake Crust
Chef Malgieri suggests using the following crust and its variations
3 tablespoons unsalted butter, softened
3 tablespoons of sugar
1 egg yolk
1 cup all-purpose flour
1/4 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
One 9-inch spring form/round pan, bottom buttered, lined with a round of parchment
In a bowl, cream together the butter and sugar until light and fluffy. Beat in the yolk until smooth.
In a separate bowl, combine the dry ingredients and gently fold them into the butter mixture with a rubber spatula. The mixture will be crumbly.
Press the dough down evenly and firmly to cover the pan bottom, which has been buttered and lined with a round of parchment paper.
Bake for about 15-20 minutes at a low temperature (325 degree preheated oven), until the dough is golden and baked through.
Variations Crust with almonds:
Add 1/2 cup (2 1/4 ounces) finely chopped sliced or slivered almonds to the dry ingredients
Crust with pecans:
Add 1/2 cup (2 ounces) finely chopped pecans to the dry ingredients.

http://www.youtube.com/watch?v=DR2Oioi7CU0&feature=related#

Sunday, September 7, 2008

Video - Kek Lapis

Fresh Cream



Fresh cream atau nama lainnya Non-Dairy Whipping Cream
Sumber: Cikgu Noraini
Ada beberapa panduan yang boleh anda ikuti dalam menyediakan topping fresh cream ini.
1. Fresh Cream ini perlu disejukkan, bukan dibekukan. Ia pekat dan boleh terus dituang ke dalam mangkuk adunan.
2. Krim yang telah diputar boleh bertahan dalam peti sejuk selama 4 hari.
3. Goncangkan kotaknya sebelum dituang dan isikan hanya 20 % dari saiz mangkuk pengadun supaya mudah diputar dan tidak terlalu penuh.
4. Putar dengan kelajuan sederhana dengan alat whisk (bulat) selama 5 minit sehingga terbentuk puncak yang lembut(berekor).
5. Jangan diputar terlalu lama kerana krim akan keras dan kering. Ia akan susah disapukan pada kek dan tekstur krim menjadi kasar.
6. Jika terlebih putar, masukkan sedikit krim yang cair dan putar semula kelajuan perlahan sehingga ia menjadi lembut.
7. Semasa menyapu krim pada kek, simpan lebihnya dalam peti sejuk supaya tidak kering dan kasar.
8. Setelah siap menyalut dan menghias, terus simpan dalam peti sejuk. Keluarkan hanya apabila hendak menghidang.
9. Krim yang lebih boleh dimasukkan dalam bekas plastik dan simpan peti sejuk. Kacau semula adunan apabila hendak digunakan.
10.Krim ini juga boleh diwarnakan mengikut warna disukai.
11.Sebaiknya, kerja-kerja menghias dengan krim ini perlu dilakukan di tempat sejuk, supaya krim tidak mudah rosak.

Saturday, September 6, 2008

Aising Krim Mentega



Kek cawan disaluti krim mentega

Sumber: Cikgu Noraini

Aising krim mentega ini sesuai untuk menyalut sebarang kek seperti kek span, kek mentega, kek perkahwinan, harijadi dan hiasan kek cawan (cup cake). Selain daripada menyalut kek, ia juga boleh membuat corak atau paten atas kek. Ada banyak resipi untuk membuat aising krim mentega ini. Di Barat, mereka lebih suka mengunakan shortening dan gula aising. Kita pula menggunakan bahan-bahan seperti mentega (Buttercup), krimwell (majerin putih untuk aising), sirap gula, gula aising dan lain-lain. Terpulanglah kepada anda untuk menggunakan resipi yang mana satu.

Aising Krim Mentega 1

Bahan-bahan:
250 gm mentega Buttercup
250 gm majerin krimwell
250 gm gula aising
2 sudu besar air susu

Cara Membuatnya:
1. Satukan mentega dan krimwell dan pukul kelajuan maksima sehingga kembang dan ringan.
2. Ayak gula aising dan masukkan ke dalam adunan diatas bersama air susu.
3. Pukul lagi hingga gebu dan ringan.

Tip:
Mentega hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 30 minit sebelum digunakan. Mentega dan krimwell hendaklah dipukul hingga light and fluffy (gebu dan ringan) baru masukkan gula. Jika ia tidak cukup gebu, aising akan mudah cair dan lembik.

Aising Krim Mentega 2

Bahan-bahan:
250 gm mentega
250 gm krimwell
250 gm susu krimer manis @ sirap gula (glucose syrup)
1/2 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Satukan mentega dan krimwell dan pukul kelajuan tinggi hingga gebu dan ringan selama 15 minit.
2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu krimer manis atau sirap gula. Masukkan esen vanila. Pukul lagi kelajuan sederhana selama 5 minit hingga gebu dan rata.

Tip:
Aising ini cukup untuk menyalut dan menghias kek berukuran 9 inci. Krim yang berlebihan boleh disimpan dalam petisejuk selama 3 bulan. Untuk digunakan semula, keluarkan dari peti sejuk agar ia lembut dan kacau atau pukul semula. Sirap gula boleh dibeli di kedai menjual bahan kek. Aising yang telah siap boleh diwarnakan dan ditambahkan perisa seperti oren, pandan, mocca dan sebagainya.


http://www.youtube.com/watch?v=zB4ibkH0V_4

http://www.youtube.com/watch?v=tLcCbN2I4xI&NR=1


Chocolate Fudge Frosting


Sumber: Cikgu Noraini

Selain dari chocolate ganache, ada satu lagi aising yang boleh menyalut kek coklat iaitu chocolate fudge frosting. Jika chocolate ganache mempunyai dua bahan asas iaitu coklat dan krim, yang ini pula mempunyai lebih bahan seperti gula aising, mentega, serbuk koko dan lain-lain bergantung kepada resipinya. Apa yang membezakan keduanya ialah chocolate fudge lebih pekat dari chocolate ganache. Ia tidak boleh dituang, tetapi perlu disapu seperti membuat aising krim mentega .Ia juga tidak memberi kekilatan (shine) seperti chocolate ganache. Ia sesuai untuk disapu pada kek, untuk inti (filling) dan juga hiasan tepi kek (border). Untuk bunga ros, perlukan aising yang lebih kental (stiff) seperti Chocolate Cream.

Resipi Chocolate Fudge
(Sumber ehow.com)

Bahan-bahan:
2 cawan gula kastor
1/4 cawan sirap gula (corn syrup)
1 cawan krim putar (dairy whipping cream)
180 gm coklat masakan
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Satukan gula, sirap gula dan krim dalam sebuah periuk.
2. Kacau diatas api yang kecil hingga gula cair dan larut.
3. Didihkan 1 minit dan angkat dari api.
4. Masukkan coklat masakan yang dicincang dan kacau hingga coklat cair.
5. Masukkan mentega dan vanila. Biarkan coklat fudge sejuk dan pekat baru disapukan atas kek.
6. Hiaskan kek mengikut citarasa anda.

Chocolate Fudge Buttercream Frosting
Bahan-bahan:
115 gm mentega
50 gm shortening
30 gm serbuk koko
240 gm gula aising
30 ml susu
350 gm coklat masakan, dicairkan
5 ml esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan koko dan gula aising.
3. Masukkan susu, coklat masakan dan esen vanila.
4. Putar hingga sebati.
5. Bolehlah disapukan atas kek coklat. Hiaskan.

Chocolate Cream
Bahan-bahan :
750 gm coklat masakan, dicincang
175 gm mentega, dilembutkan
90 gm kuning telur
225 gm telur (seluruh)

Cara membuatnya :
1. Cairkan coklat secara double-boiler dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk pengadun dan tuangkan coklat cair. Putar dengan kelajuan sederhana hingga ringan dan berkerim.
3. Biarkan sebentar supaya krim agak pekat. Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat bunga ataupun membuat hiasan tepi kek.

Chocolate Ganache


Kek yang telah siap disaluti chocolate ganache


Ganache yang telah siap dicairkan


Salutkan kek dengan aising mentega atau krim putar. Sejukkan hingga keras barulah disiram dengan chocolate ganache yang telah sejuk atau suam-suam.

Sumber: Cikgu Noraini

Tentu anda pernah melihat di kedai-kedai bakeri, kek-kek yang dihiasi topping coklat yang sungguh menyelerakan. Sebenarnya topping coklat tersebut dikenali sebagai Chocolate Ganache. Ganache adalah berasal dari perkataan Peranchis yang bermaksud 'cushion'. Ganache mempunyai pelbagai fungsi seperti penambah perasa kepada puding atau kek, untuk hiasan dan untuk menyalut kek-kek coklat agar tambah lazat dan menyelerakan. Dalam Ganache yang asas, digunakan dua bahan sahaja iaitu krim pekat/krim putar (Dairy Whipping Cream) dan coklat masakan. Bagaimanapun, anda boleh menambah mentega dan esen vanila ke dalam adunan ganache. Krim pekat pula boleh digantikan dengan air, susu cair (evaporated milk), susu segar(fresh milk) atau susu UHT. Tetapi penggunaan bahan-bahan gantian ini menjejaskan kualiti ganache dari segi kekilatan (shine) dan teksturnya. Oleh kerana itu, di hotel-hotel dan bakeri, mereka lebih suka menggunakan krim pekat/krim putar, kerana hasilnya lebih baik walaupun harganya lebih mahal dari susu biasa. Jika di tempat anda susah untuk mendapatkan krim ini, guna saja bahan gantian.

Kaedah asas membuat ganache:
1. Cincang coklat masakan kecil-kecil.
2. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
3. Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4. Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.

Jika anda mahu topping atau glazing yang cair, anda bolehlah gunakan setelah beberapa jam disejukkan. Jika mahu topping yang lebih tebal, sejukkan semalaman pada suhu bilik. Keesokannya barulah digunakan untuk menyalut kek anda. Ganache yang sudah pekat juga boleh digunakan untuk membuat filling atau isian yang disapu pada bahagian tengah kek. Satu perkara yang perlu diingatkan ialah, coklat tidak boleh dicairkan dalam haba yang terlalu panas kerana akan menyebabkan keluarnya minyak pada permukaan coklat. Ini menjejaskan tekstur ganache. Anda juga tidak boleh memasukkan ganache yang baru dicairkan terus ke dalam peti sejuk. Ganache perlu disejukkan secara perlahan-lahan untuk membantu molekul-molekul dalam coklat dan krim itu menjadi sebati dengan baik.

Resipi Chocolate Ganache
(Sumber: Temptation of Chocolate - Alex Goh)

Bahan-bahan:
300 gm krim pekat/krim putar
500 gm coklat masakan, dicincang
30 gm mentega

Cara Membuatnya:
1. Panaskan krim hingga mendidih. Angkat dari api.
2. Masukkan coklat dan kacau hingga ia cair semuanya.
3. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga sebati.
4. Biarkan beberapa jam sebelum digunakan.

Aising Fondant



Sumber: Cikgu Noraini

Aising fondant adalah sejenis aising keras yang berasal dari negara Barat dan digunakan dengan meluas di Amerika dan negara-negara Eropah yang lain. Mereka membalut aising fondant untuk kek perkahwinan, pertunangan dan juga untuk kek harijadi. Tetapi di negara kita, tidak ramai yang gemarkan aising fondant kerana kulitnya yang keras. Biasanya kek yang dibaluti aising fondant terdiri dari kek buah atau lain-lain kek mentega yang padat. Kek span tidak sesuai kerana terlalu lembut untuk menampung berat fondant. Kek berhias aising fondant sangat indah hasil seninya apatah lagi dihiasai dengan bunga-bunga dari gumpaste. Ia juga sesuai dibawa dalam perjalanan yang jauh.

Resipi Aising Fondant

Bahan-bahan:
1 kg. gula aising
500 gm gula aising tambahan
17 gm (2 sudu besar) serbuk gelatin halal
100 gm air
1 sudu besar sirap glukos (glucose syrup)
12 gm krimwell @ shortening
40 gm gliserin

Cara Membuatnya :
1. Tuang air dan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api perlahan hingga gelatin larut.


2. Masukkan sirap glukos, krimwell dan kacau hingga larut dan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan.

3. Gula aising (1 kg) diayak dua kali atas meja atau dulang.

4. Buat lubang di tengah gula aising dan tuangkan adunan yang telah sejuk tadi. Kaup dan balikkan guna scrapper hingga adunan sebati. (guna mesin pun boleh). Tuangkan gliserin dan uli lagi 5 minit hingga lembut.

5. Jika adunan agak keras, renjis sedikit air panas dan uli hingga lembut. Jika lembik dan melekit,tambah sedikit gula aising lagi dan uli rata hingga lembut.

6. Masukkan dalam beg plastik dan simpan pada suhu bilik. Tak perlu dimasukkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan dalam masa seminggu.

Tip dan panduan:
1. Doh jangan lama didedahkan kerana ia akan kering. Selepas digunakan simpan dalam plastik.

2. Doh adalah lembut dan boleh dibentuk bunga, daun, reben dan sebagainya.

3. Untuk warnakan doh,ambil lidi dan celupkan dalam pewarna.Kemudian calitkan atas doh dan uli hingga warna merata.

4. Doh sesuai dicanai atas meja marble atau meja stainless steel. Meja kayu tidak sesuai kerana akan melekat.

5. Apabila mencanai, taburkan gula aising atas meja supaya tidak melekat.

6. Kek buah yang hendak dibalut fondant hendaklah disapu jem panas atau aising buttercream yang nipis agar lembap.

Mengenai Whipping Cream?





Terdapat 2 jenis krim putar iaitu Dairy Whipping Cream dan Non-Dairy Whipping Cream For Topping.

Dairy Whipping Cream adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat. Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang saya telah jelaskan diatas.Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.


Manakala Non-Dairy Whipping Cream For Topping adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia juga mudah kembang jika dipukul dan menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.


Keistimewaan krim ini ialah ia lebih baik dari segi kesihatan berbanding krim mentega kerana tidak mengandungi lemak berlebihan. Warnanya putih bersih dan boleh dicampurkan pewarna lain. Rasanya juga enak kerana tidak memuakkan. Tetapi krim ini tidak tahan panas. Ia hendaklah disimpan dalam peti sejuk dan hanya dikeluarkan jika hendak dihidangkan. Ia tahan seminggu jika disimpan dalam peti sejuk. Terdapat pelbagai jenama krim ini seperti Presto, Vivo, Richs, Trans, Anchor dan lain-lain. Krim ini hendaklah diputar dalam keadaan sejuk (krimnya) dan putar kelajuan sederhana hingga menjadi kembang dan kental. Jangan terlebih putar kerana krim akan menjadi kasar dan susah disapukan pada kek. Oleh kerana krim ini sudahpun manis, anda tidak perlu mencampurkan gula.Krim jenis ini hanya dijual di kedai-kedai bahan kek .

Baking Tips

Baking Tips
Sumber: Cikgu Noraini

1. Membersihkan Ketuhar
Selepas ketuhar digunakan biarkan ia sejuk. Selepas itu bersihkan ketuhar dari kotoran dan habuk yang melekat.Gunakan air sabun pencuci pinggan dan kain buruk. Lapkan kering-kering.

2. Lembutkan Mentega
Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan 30 minit sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.

3. Bersihkan Telur
Sebaik-baiknya, telur yang hendak digunakan dibersihkan dari kotoran agar tidak masuk dalam adunan kek. Keluarkan telur dari peti sejuk 1 jam sebelum digunakan.

4. Pilih tin pembakar yang bersesuaian
Gunakan tin pembakar jenis aluminium dan saiznya perlu sesuai dengan resepi. Boleh guna yang bulat, empatsegi dll.

5. Gris tin pembakar
Untuk kek berasaskan mentega, tin perlu digriskan dengan mentega atau majerin dan lapik kertas serap minyak. Gunakan berus pastri untukmenyapunya.

6. Panaskan ketuhar
Sebelum membakar kek atau biskut, panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius selama 15 minit.

7. Tepung yang sesuai
Gunakan tepung yang paling sesuai dengan jenis masakan anda. Jika membuat kek gunakan tepung kek dan jika membuat roti pula gunakan tepung roti.

8. Ayak tepung
Kebanyakan resipi menghendaki kita mengayak tepung sebelum mengadun. Tujuannya untuk memasukkan seberapa banyak udara ke dalam tepung agar kek menjadi ringan dan gebu.

9. Sejukkan kek
Kek hendaklah disejukkan sebelum dipotong. Gunakan pisau tajam atau pisau bergerigi untuk memotong kek agar tidak berderai.

10. Potong kek buah
Sebelum memotong kek buah, sejukkan kek semalaman dalam peti sejuk agar ia keras. Kemudian potong dengan pisau bergerigi. Ini untuk elakkan buah terkeluar.

11. Simpan kek
Untuk menyimpan kek agar tahan lama, balut dengan kertas aluminium, masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Kek span dan mentega tahan 1 minggu. Kek lapis tahan satu bulan.

Cup Cakes with Milk



Cup cakes with Milk
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
250 gm mentega, dilembutkan
250 gm gula kastor
3 biji telur A
330 gm tepung kek
1 sudu besar serbuk penaik
150 ml susu segar/uht
sedikit garam
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Sediakan tin pembakar mufin. Lapikkan cawan kertas.

2. Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga gebu dan putih.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan air susu. Gaul sebati.

5. Sudukan ke dalam cawan kertas dan bakar selama 20 minit hingga masak pada suhu 190 darjah celcius.

6. Setelah kek sejuk, bolehlah dihias dengan aising.

Muffin Pisang dan Chocolate Chips



Muffin Pisang & Chocolate Chips
Sumber : Allrecipes.com
Gambar: Resipi.net

Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt perisa asli
1 cawan pisang, dilecek
3/4 cawan cip coklat
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Dalam sebuah mangkuk adunan, satukan tepung gandum, gula, serbuk penaik dan soda.

2. Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak, yogurt dan esen vanila. Gaul rata.

3. Tuangkan adunan cecair (2) ke dalam adunan (1). Gaul dengan senduk hingga rata. Jangan overmix.

4. Masukkan pisang dan cip coklat. Gaul lagi sebentar saja.

5. Sediakan tin muffin. Susun mangkuk kertas dalamnya.

6. Sudukan 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak. Uji dengan lidi jika sudah masak.

Cup Cakes Coklat Pekat



Cup cake coklat pekat
Sumber: Internet

Bahan-bahan:
200 gm coklat masakan
340 gm mentega
445 gm gula kastor
8 biji telur
180 gm tepung gandum
30 gm serbuk koko
7 gm serbuk penaik
1/4 sudu teh garam

Cara Membuatnya:
1. Cincang coklat kecil-kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama mentega. Panaskan secara double-boiler hingga semuanya cair.

2. Angkat dari api dan masukkan gula. Kacau sebati dan biarkan sejuk selama 15 minit.

3. Putar campuran coklat tadi dengan mixer kelajuan sederhana selama 3 minit.

4. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.

5. Ayak tepung, serbuk koko, serbuk penaik dan garam. Masukkan sedikit-sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata.

6. Sudukan ke dalam cawan kertas sehingga 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak.

Muffin Blueberi



Muffin Blueberi ini pula adalah yang menggunakan kaedah Cake-Like Method. Teksturnya lembut seperti kek biasa. Perbezaannya dengan kek mentega biasa ialah kurang menggunakan mentega dan banyak menggunakan cecair iaitu susu. Resipi ini dipetik dari http://www.allrecipes.com/ tetapi ada sedikit ubahsuai dari resipi asal.
Muffin Blueberi
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
125 gm mentega
150 gm gula halus
2 biji telur
250 gm tepung kek/tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar/uht
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati. Masuk esen vanila.
3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
4. Sudukan dalam cawan kertas. Isikan 1/2 cawan saja. Letakkan inti blueberi atasnya.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.

Muffin Koko Cheese


KOKO CHEESE MUFFIN
Sumber : Ringo
Bahan-bahan :(10 biji )
140 gm choco chip
100 gm cream cheese
80 gm butter
2 biji telur size B
60 gm gula
100 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. Bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.
Apa itu muffin?
Secara umumnya memang mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera. Mufin diklasifikasikan sebagai quick bread - quickly made and quickly eaten. Ia selalu dihidangkan untuk sarapan pagi atau untuk minum petang. Membuat mufin adalah ringkas sekali, cuma ikuti dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (muffin method) dan kaedah kek (cake-like method). Manakala kek cawan pula adalah kek-kek kecil yang diperbuat dari adunan kek mentega, kek span atau lain-lain kek yang bersesuaian. Ini bermakna untuk membuat kek cawan, boleh menggunakan pelbagai jenis adunan kek. Tetapi kebiasaannya, kek cawan diperbuat dari adunan kek mentega seperti kek vanila, kek oren dan sebagainya. Perbezaan yang nyata antara mufin dan kek cawan ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias di bahagian atasnya. Manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising. Mufin biasanya dibakar dalam tin mufin yang berlubang lapan atau 12. Anda boleh membeli tin ini di kedai-kedai bahan kek. Anda boleh menuangkan terus adunan mufin dalam tin mufin tetapi acuan hendaklah digriskan dahulu agar mudah dikeluarkan. Tetapi untuk nampak lebih cantik, gunakan cawan kertas samada yang kecil atau yang besar. Jika anda memilih cawan kertas tebal yang tinggi, anda tidak perlu menggunakan tin mufin. Susunkan ia terus atas dulang pembakar yang bersesuaian.
Jenis-Jenis Mufin
Terdapat dua jenis mufin iaitu mufin seakan roti (bread-like mufin) dan mufin seakan kek (cake-like muffin). Kedua-duanya mempunyai kaedah membancuh yang berlainan. Bagi mufin seakan roti, kandungan lemak dan gulanya adalah kurang dan isi dalamnya agak padat dan kasar seperti roti. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak masak, minyak jagung ataupun mentega cair. Mufin ini rasanya kurang manis,tidak berminyak dan cepat keras jika disimpan lebih satu hari. Oleh itu mufin jenis ini enak dimakan semasa masih hangat dan tidak tahan disimpan lama. Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega. Gula dan mentega diputar hingga kembang dan berkerim, kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Tekstur kek lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.

Kaedah Membancuh Mufin
Disebabkan terdapat 2 jenis mufin maka terdapat pula dua kaedah membancuhnya. Kedah membancuh yang betul dapat menghasilkan mufin yang lembut, puncak yang bulat dan cantik bentuknya.

1. Membancuh Kaedah Mufin (Muffin Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan roti (bread-like muffin). Hanya sediakan dua mangkuk. Satu mangkuk untuk mencampurkan bahan-bahan kering dan satu mangkuk lagi untuk bahan-bahan basah. Untuk hasil yang lebih baik, bahan-bahan basah dituangkan dalam bahan kering dan gaul dengan sudu atau garfu perlahan-lahan hingga setakad basah saja. Adunan masih kelihatan berketul. Jangan digaul dengan kasar atau lama kerana glutin dalam tepung akan terbentuk dan menyebabkan mufin liat dan keras. Adunan mufin ini adalah pekat.
2. Membancuh Kaedah Kek (Cake-like Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan kek. Ia mempunyai kaedah yang sama seperti membuat kek mentega dimana mentega dan gula diputar hingga kembang dan berkerim. Kandungan gula dan mentega yang tinggi dalam mufin jenis ini menjadikan ia lembut, gebu dan isi dalam lebih halus berbanding mufin seakan roti. Selepas mentega dan gula dikrimkan, masukkan telur, tepung dan susu. Dalam mufin jenis ini penggunaan air susu lebih banyak berbanding kek mentega biasa. Adunan yang telah dibancuh hendaklah licin dan lembut.
Cara Penyimpanan
Untuk mufin seakan roti, ia hendaklah dimakan segera kerana jika disimpan lama ia jadi keras dan sudah tidak enak dimakan. Mufin seakan kek lebih tahan lama sehingga 2-3 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara atau dibungkus dalam plastik.