Thursday, August 28, 2008

Kek Lapis Cempedak



KEK LAPIS CEMPEDAK/ KEK LAPIS DURIAN/ KEK LAPIS KEJU
Sumber: Zaleha Osman

Bahan A
500 g mentega lembut
1 sudu makan esen vanilla

Bahan B
14 biji kuning telur
6 biji telur
275 g gula halus
2 sudu makan ovalette

Bahan C
100 g tepung gandum atau tepung Hong Kong, diayak
1/2 sudu teh baking powder

Bahan D (bahan ini dikacau rata)
500 g cempedak
1/4 tin susu pekat

Cara-caranya
Pukul Bahan A selama 3 minit.
Pukul Bahan B selama 5 - 7 minit sehingga kembang.
Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau rata.
Masukkan pula C dan kacau lagi sehingga rata.
Bakar dengan menggunakan grill, selapis selapis.
Setiap lapis kek sebanyak 2 senduk adunan tepung.
Bakar selama 2 - 3 minit.
Lapis lagi berselang-seli dengan 2 sudu makan cempedak iaitu bahan D.
Jika hendak lebih lazat lebihkan cempedaknya.

Panduan
Kuihnya dilapis, selapis adunan tepung dan selapis adunan cempedak.
Apabila dilapis dengan cempedak, hendaklah dibakar sehingga cempedak kering, baru dilapis dengan adunan tepung lagi.
Jika tidak kek akan jadi terlalu basah dan jadinya tak lawa dan juga tak sedap.
Setelah habis adunannya dilapis, keluarkan keknya dan sejukkan baru diterbalikkan diatas rak kek.
Jangan buka oven setelah lapisan terakhir.
Ini akan merenggangkan lapisan keknya.

Nota:
Untuk mendapatkan KEK LAPIS DURIAN, gantikan isi cempedak kepada isi durian. Untuk mendapatkan KEK LAPIS KEJU, gantikan cempedak/ durian kepada parutan keju cheddar. Cara membakarnya ada lain sedikit, selepas ratakan adunan taburkan keju dan bakar.

Kek Lapis Prune Asmah Laili



KEK LAPIS PRUNE

Bahan-bahannya
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
340 gram pitted prune (prune tanpa biji) dihiris
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Cara-caranya
Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang.
Masukkan 100 gram gula.
Pukul lagi sehingga gulanya larut.
Ketepikan.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan 120 gram gula dan ovalette.
Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang.
Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.
Masukkan tepung dan gaul rata.

Cara membakarnya
Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.
Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan.
Grill sehingga warnanya coklat.
Setelah itu tuang 1 sendung adunan diatasnya dan ratakan.
Susun hirisan prune jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat.
Grill lagi sehingga coklat.
Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi prune, sehingga adunan habis.
Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 darjah C, bakar lagi selama 10 minit.
Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

Chocolate, Walnut and Berry Muffin


2 cups self-raising flour
1/3 cup of castor sugar
1/3 cup of cocoa powder
1/3 of chopped walnuts
1/2 cup of frozen mixed berries
60g melted butter
1 egg lightly beaten
1 cup of milk
Makes about 8-10 muffins.

1. Sift flour, sugar, cocoa into a large bowl.

2. Mix in butter, egg, milk, walnuts, and berries. Combine well.

3. Spoon mixture into greased muffin pans.

4. Bake in 180C oven for 20 minutes or until an inserted skewer comes out clean.

Note:
I think 1/3 cup of castor sugar is enough for little kids. The muffins taste mildly sweet with a nice tang from the berries, which is fine if you’re topping the muffins with chocolate icing or sweet yoghurt.

But if you prefer your muffins to be a bit sweeter on their own, I suggest you use 1/2 cup of sugar.
Enjoy!

Monday, March 3, 2008

Koleh-Koleh



Bahan2 untuk Tahi Minyak
6 cawan santan pekat drpd 2 biji kelapa
3 helai daun pandan
1/4 sudu garam

Caranya:-
Satukan semua bahan dan masak hingga santan menjadi minyak. Tapis minyak dan gunakan tahi minyaknya untuk ditabur diatas koleh-koleh.

Bahan Koleh-Koleh:-
230 gm gula melaka
75 gm gula pasir (jika kurang manis)
170ml air
6 helai daun pandan
230 gram tepung kacang hijau
910ml santan
1 sudu kecil garam.

Caranya:-
  1. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Sejukkan.
  2. Satukan tepung kacang hijau, santan dan garam kemudian adun hingga rata dan tapis. Jika suka, ambil sadikit minyak kelapa dan masukkan ke dalam adunan.
  3. Masak adunan kira2 20 minit sambil kacau supaya tidak bergentel.
  4. Ambil loyang bulat berukuran garis pusat 25cm dan sapukan minyak makan. Tuang adunan koleh-koleh dan ratakan.
  5. Tabur tahi minyak di atas adunan beserta sadikit minyaknya. Biarkan adunan benar2 sejuk, baru potong2 dan hidangkan.

Friday, November 9, 2007

Apam Berinti Kelapa (Coconut blossom)


Sumber: Mamaleza

Bahan2 Apam:-
3 biji telur (gunakan telur sejuk)

220gm castor sugar 300gm tepung kek
3 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla

160gm santan kotak

Pewarna hijau etc...



Pukul telur hingga naik dgn kelajuan tinggi.

Masukkan ovalette, gula dan santan.
Masukkan tepung/baking powder sadikit2.








Bila dah mesra, lajukan ketahap maxima dan putar 8 minit hingga pekat.

















Masukkan pewarna hijau.
Gaul rata.















 

Bahan2 Inti Kelapa:-
250gm kelapa putih parut (1/2 biji kelapa)
70gm gula melaka
2-3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 camca teh tepung jagung + sadikit air (larutkan)




Masak gula melaka, gula pasir dan 1/4 cawan air hingga larut.











Tapis dan ketepikan.














 

Masak kelapa bersama daun pandan.
Perlahan api.
Masukkan gula melaka yg cair tadi.
Kacau rata.
Bila dah agak kering masukkan air tepung jagung.





Bila dah masak rata, angkat dan sejukkan.
Gentelkan bulat2 kecil.










Panaskan kukusan.
Masukkan paper cup dalam mangkuk2 kecil.
Letakkan sadikit adunan dalam paper cup dgn sudu kecil.
Tekan satu biji inti dan tutup dgn sadikit adunan lagi.
Jika suka, boleh gunakan piping bag.
Kukus selama 10 minit.

Custard Cream


Sumber: Mamaleza

Bahan2nya:-
55g custard powder
2 biji telor
1 tin susu cair 410ml (dibagi 2)
225ml air
160g gula
1/2 sudu makan butter
sadikit esen vanilla




Bancuh custard powder dengan telur.









Masukkan 1/2 tin susu cair.
Kacau hingga rata dan tapis.

KETEPIKAN.







Air, 1/2 tin susu cair dan gula dimasak hingga hampir mendidih.
Kecilkan api.









Masukkan bancuhan custard powder dan telur tadi.
Kacau terus menerus dgn perlahan2.









Bila dah pekat, masukkan butter dan esen vanilla.
Kacau hingga rata.

Sejukkan dulu sebelum diisi kedalam pastri.





Custard Puff


Sumber: Mamaleza

Bahan2 pastri:-
330ml air
190 mentega
secubit garam
240g tepung gandum (lebih baik guna Tepung Roti)
9 biji telur (guna saiz kecil saja)





Tuang air, mentega dan garam kedalam periuk dan masak hingga mendidih.










Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung gandum dan kacau segera. Masak hingga menjadi doh dan tidak melekat ditepi periok.











Biarkan ia sejuk.










Pukul adunan sambil menuangkan telur satu demi satu hingga habis.














Masukkan adunan kedalam piping bag dgn menggunakan nozzle bintang dan buat bulatan kecil.
Bakar dalam ketuhar (oven saya 160-180) selama 20-25 minit.
Bila dah sejuk saya gunting tepi dan isikan dengan custard cream.

Sunday, October 28, 2007

Mee Bandung Istikomah


































Sumber: Mamaleza

Bahan2nya:-
1 kg mee kuning
1/2 kg Tauge
1 ikat sawi
2 biji tomato
Telor (suka hati)
300gm Daging
Daun sop bawang/bawang goreng (taburan)

Dikisar:-
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar rempah kari BABAS
2 senduk tomato sos
1 keping stok ayam

Tumis bahan2 kisar termasuk rempah kari hingga garing dan wangi.
Masukkan daging yang sudah dipotong kecil2. Gaul rata.
Tunggu hingga hampir empuk.
Masukkan air dalam 2 mangkuk besar. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tomato buah, tomato sos, garam, gula, stok ayam dan serbuk perasa.
Bila dah mendidih, ceplokkan telor satu persatu. Jgn digaul sebelum masak nanti telur hancur.

Jika suka, boleh tambahkan udang dan sotong. Jadi "Mee Bandung seafood".

Cara hidangan:-
Celurkan mee, tauge dan sawi. Ketepikan.
Bila hendak disajikan, baru masukkan dlm mangkuk dan disiram kuah yg panas.
Jgn lup tabur daun sop/bawang dan bawang goreng.
Jika suka, boleh tambahkan potongan limau sambal.

Jika kuah cair, boleh tambah tepung jagung yg sudah dicampurkan sadikit air.

Mee Rebus Istikomah
















Sumber: Mamaleza


Bahan2nya:-
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg tauge (dicelur)
300gm tetelan (rebus dan ketepikan)
1 mangkuk kecil kacang tanah goreng (dikisar kasar)
Cili hijau, limau sambal, bawang goreng, daun sop/bawang, telor rebus, kicap masin

Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 mangkuk kecil udang geragau kering
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu makan udang kering
2 sudu besar taucu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 ibu jari lengkuas (dititik)
1 serai (dititik)
gara, gula dan serbuk perasa.
1 sudu besar tepung jagung (dicampur sadikit air)

Tumis semua bahan2 kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan 2-3 mangkuk besar air.
Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tetelan dan kacang tanah.
Mendidihkan dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung bercampur air untuk memekatkan kuah.
Didihkan lagi.

Sajikan saperti biasa.

Mee Siam Goreng Istikomah
















Sumber: Mamaleza


Bahan2nya:-
1 pkt mee hoon (didihkan air, masukkan mee hoon hingga lembut, toskan, siram air sejuk, ketepikan)
Tauge atau sawi (suka hati)
Sadikit udang basah, sotong dan fish cake (potong kecil2)
daun sop/bawang atau kucai (hiris halus untuk taburan)
limau sambal (tambahan)

Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar udang kering
segenggam ikan bilis
2 sudu besar taucu
1-2 senduk cili kisar (ikut suka)
garam, gula dan serbuk perasa

Tumis cili kisar hingga garing.
Masukkan semua bahan2 kisar dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan udang, sotong dan fishcake.
Masukkan 1/2 cawan kecil air panas (biar mee basah sadikit)
Masukkan mee dan gaul rata.
Akhir sekali baru masukkan sayur.

Paceri Nenas










Bahan2nya:-
1 biji nenas, dipotong bulat dan dibagi 4
2 sudu besar cili kisar
Dikisar:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit (saya gunakan kunyit serbuk jer)
Rempah tumis (1 kayu manis, 3 cengkih, 3 bunga lawang & 3 pelaga)
6 sudu besar gula
sadikit garam
1 biji lada merah, buang biji dan potong 4 memanjang

Masukkan rempah tumis dan cili kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan rempah yg dikisar dan tumis lagi.
Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih, baru masukkan nenas dan cili merah buang biji tadi.

Peringatan: -
Jangan masukkan air kerana buah nenas dgn sendiri akan berair kelak.

Saturday, October 27, 2007

Acar Timun




2 biji timun (buang tengahnya dan hiris tipis) (ramas dgn garam, cuci dan toskan)
2 biji lobak merah (hiris tipis memanjang)
5 bahan dikisar halus:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji gajus
4 biji buah keras
1/2 inci halia

1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya

Dihiris kasar:-
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji lada merah, buang biji dan potong halus memanjang
3 biji bawang besar (biarkan bulat2)

Tumis cili kisar hingga garing








Masukkan semua rempah kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan sadikit air tunggu hingga mendidih.






Masukkan semua hirisan cili merah, bawang besar dan bawang putih.








Gaul rata dan tunggu hingga garing.








Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah dan juga bawang kecil bulat2 tadi.
Masukkan cuka.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Dalca




















300gm daging (potong kecil, rebus dan ketepikan periuk)
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji kentang
2 biji tomato
sadikit kacang panjang
2 cawan kacang dal (direbus dulu)
3 sudu besar rempah kari daging BABAS
1 pkt santan KARA
Dikisar: 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3cm halia
Rempah tumis: 1 kayu manis, 3 cengkih, 3 pelaga
air asam, garam secukupnya
serai dititik

Tumis Darat:-
Masukkan rempah tumis, bawang besar dan serai.
Dah wangi, masukkan paste bawang besar, bawang putih dan halia.







Masukkan rempah kari.
Bila dah wangi dan garing. Matikan api.
Masukkan tumisan ini kedalam periuk rebusan daging.
Campurkan kacang dal.
Tunggu hingga mendidih.





Masukkan semua sayur2an.
Patahkan 1 biji cili hijau dan 1 cili merah.
Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan air asam dan garam secukup rasa.

Daging Masak Beriani

1 kg daging
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 biji tomato, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu

1/2 cawan tairu (100ml cukup)
3/4 cawan rempah beriani (1 pkt Beriani Babas)
3 cawan air
2 biji kentang (potong 4 atau 6)
1 batang lobak merah, potong kecil2




Tumis rempah2, (1 kayu manis, 3 pelaga, 3 cengkih, 3 bunga lawang).
Masukkan bawang besar.
Bila dah wangi dan layu, masukkan pula paste bawang putih dan halia.









Masukkan tomato.











Masukkan rempah beriani.











Masukkan air dan tairu.
Tunggu hingga mendidih baru masukkan daging.










Bil daging dah empuk, baru masukkan kentang dan lobak merah.
Masukkan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan masak lama sadikit.
Taburkan sadikit daun pudina dan daun ketumbar.