Bahan2 hiris:-
Bawang besar 2kg
Cili merah/hijau 1 mangkuk
Bawang putih 1 mangkuk kecil
Halia sebesar genggaman
Lengkuas
Serai 6-8 batang
Belacan suka hati (bakar)
Air asam pekat
Santan pekat
Air rebusan daging
Bawang goreng (untuk taburan)
Garam, gula merah dan ajinomoto secukupnya
Daging 3kg
Paru 2kg
Udang 2kg
Tahu 12 - 15 keping
Tempe 12 - 15 keping
Goreng hingga layu.
Tumis hingga garing dan keluar minyak.
Jangan kelam kabut.
Masukkan garam, gula merah dan ajinomoto secukup rasa.
Saya tidak menggorengnya dahulu kerana hendakkan manis udang.
Anda boleh menggoreng dahulu jika mahu.
Kecilkan api dan keringkan sadikit kuah.
Inilah hasil penat lelah memasak "Sambal goreng pengantin".
Dari Dzohor hingga ke Asar, saya memasak tetapi berbaloi dan puas hati.
Secukupnya untuk hidangan keluarga dan tetamu.
Selebihnya masukkan kedalam bekas2 plastik untuk hidangan dilain masa.
Pastikan betul2 sejuk sebelum dimasukkan kedalam freezer.
Jika masaknya rata dan garing, tahan lama berminggu2.
SELAMAT MENCUBA!