Click Link Below!
Monday, November 3, 2008
Kuih Lapis Koko
Sumber: Saji
BAHAN-BAHAN:
1 kg tepung gandum
1,250 ml santan
200 gm serbuk koko
1 sudu kecil pewarna kuning
500 gm gula pasir
CARA MENYEDIAKAN:
1. Kacau santan bersama tepung dan gula di atas api yang kecil hingga mendidih.
2. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu mangkuk dicampurkan koko dan satu lagi masukkan pewarna kuning.
3. Kemudian panaskan kukusan. Sapu permukaan loyang dengan sedikit minyak.
4. Tuangkan adunan koko. Kukus selama 10 minit.
5. Kemudian tuangkan adunan kuning dan kukus lagi. Ulang proses hingga selesai.