Wednesday, September 17, 2008

Mee Rebus Mamak



Diolah semula oleh : Anis Adlina

Bahan-bahan
5 biji keledek merah (dibuang kulit dan direbus terlebih dahulu bersama satu camca teh garam hingga empuk)
50 gm. cili kering (direbus dahulu)
6 ulas bawang putih
24ulas bawang merah, 8 ulas bawang putih (4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang halus untuk menumis)
1 inci halia, 2 biji telur ayam - direbus (jika suka)

Bahan-bahan cucur udang
300 gm. tepung gandum + 1 camca teh bicarbonate soda
1 biji telur ayam
Air secukupnya. Minyak secukupnya untuk memasak.
Garam ikut rasa. Jika suka, masukkan sedikit kunyit.

Bahan-bahan kuah kurma
15 biji kurma (dibuang biji)
sos tomato,sos cili,cuka,kicap,garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa.
4 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih, dimayang halus

Bahan-bahan sampingan
11/2 kg. mee kuning
2 pokok daun salad (lettuce) (saya tak minat, jadi tak gunakan)
500 gm. taugeh dibersihkan
2 pokok daun bawang
4 biji cili merah (saya takde cili merah time tu,so, saya gantikan ngan cili api)
2 biji limau nipis (pun takde. saya ganti ngan limau kasturi)
4 biji tahu (digaul dengan 1/4 camca teh garam dan digoreng dahulu)
30 ulas bawang ros (murah sikit harganya) dimayang halus dan digoreng dijadikan bawang goreng)
100 gm sotong kering (sayap atau pun janggut) direndam terlebih dahulu supaya lembut, kemudian dibasuh dan direbus hingga sotong empuk. (saya tak berapa minat sotong ni, so, saya tak letak pun)
1 biji kentang saiz sedang (direbus, kupas kulit & potong dadu besar2)

Cara-cara
1. Bersihkan sayur sayuran,cili merah/cili padi dan limau nipis/kasturi –asingkan
2. Tepung gandum diayak bersama bicarbonate soda. Masukkan air dan garam.
3. Masukkan pula telur ayam dan digaul hingga sebati. Masukkan sedikit kunyit serbuk(jika suka). Gaul hingga sebati dan masukkan pula sedikit hirisan daun bawang, digaul dan ketepikan selama 20 minit, kemudian digoreng menjadi seperti cucur udang --- asingkan. Saya dapati cucur kurang rangup bila dah sejuk. Rasa saya sebab ada telur tu....sebab resipi yang pernah saya cuba dari adik ipar saya, takde ditaruh telur. next time buat saya akan ketepikan telur tu. lagi satu, bancuhan kena cair....kalau pekat, cucur agak tebal & kurang krup2nya...
4. Ubi keledek dimesin terlebih dahulu --- asingkan.
5. Cili kering dimesin dengan bawang kecil dan bawang putih. Ambilkan lebih kurang 1/2 cawan ---- asingkan. Selebihnya, masukkan pula kurma dan halia, dan mesin lah hingga halus --- asingkan.
6. Panaskan minyak didalam kuali dan tumislah hirisan bawang merah dan putih sehingga kuning. Masukkan pula 1/2 cawan cili mesin tadi dan tumislah sehingga pecah minyak.
7. Masukkan pula ubi yang telah dimesin diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan air secukupnya, agar kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Biarkan ia mendidih, kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak.
8. Panaskan periuk atau pun kuali, masukkan minyak masak secukupnya, dan tumislah 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dimayang halus sehingga kuning dan masukkan pula lebihan cili mesin yang dimesin bersama kurma dan halia tadi serta masukkan air secukupnya.
9. Masukkan pula cuka, sos tomato dan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (jika suka, boleh juga dimasukkan hirisan 1 biji buah tomato besar kedalamnya untuk menyedapkan lagi rasanya). Masukkan juga sedikit kicap pekat dan masak lah sehingga ia pekat dan kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak ---- asingkan.
10. Ketika hendak dihidangkan, barulah dicelur mee dan taugeh, tetapi jangan terlalu lama, takut taugehnya lembik dan hilang zatnya.
11. Masukkan kedalam pinggan. Sendukkan kuah ubi tadi, tuang keatasnya, diikuti dengan cili yang telah dimasak tadi. Jika mahu menambahkan rasa, masukkan sedikit kicap cair.
12. Hiaskan dengan hirisan salad, daun bawang,cili merah,hirisan sotong kering yang direbus tadi bersama sama dengan hirisan cucur dan hirisan tahu goreng.
13. Taburkan bawang goreng dan hirisan limau nipis bagi yang mahu menambahkan masamnya (jika suka, boleh juga dihias dengan hirisan telur rebus)

Pecal Jawa



Sumber & Gambar : Leen Umar

Bahan-bahan
Bawang merah/putih }
Cili api + cili merah sikit untuk dapatkan warna merah} goreng sekejap
Kacang tanah goreng & blend kasar
Air asam
Cekur
Garam/gula

Cara

Blend semua bahan together. Rasakan garam/gula. Siap untuk diratah dengan sayur.

Sos Coney



Sumber : allrecipes.com
Gambar : Jeni

Bahan
450 gm daging cincang
1/4 cawan air
1/4 bawang cincang
1 labu bawang putih
1 cawan sos tomato
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil MSG
1/2 sudu kecil garam

Cara Membuat
1. Tumis bawang selama 10 hingga 15 minit atau hingga keperangan atas api sederhana.

2. Masukkan air, bawang, bawang putih, sos tomato, serbuk cili, MSG dan garam.

3. Tumis selama 10 minit atau hingga agak pekat.

Nota: Tumis daging cincang, bawang putih dan bawang besar bersama-sama dan tambahkan 1 sudu kecik serbuk lada hitam. Kemudian masukkan bahan-bahan lain.

Brown Sauce (for steak)

Sumber: Peti besi

Bahan-bahan:
150gm sos cili
1 sudu teh gula[(optional]
2 cawan stok ayam
1 sudu besar brown gravy [boleh dapat di supermarket – dalam paket]
3 ulas bawang putih [kisar halus]
3 cm halia [kisar halus]
100gm sos tomato
Sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar [ikut suka]

Cara-cara penyediaan:
1. Tumis halis bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, Garam dan air rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas daging steak/ ayam atau mutton chop.

Kuah Lodeh Asmah Laili

Sumber: Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak DAN 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe ( di hiris)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Kisar
½ cawan ikan bilis kering
½ cawan udang kering
10 batang lada kering
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai
1 jari lengkuas
½ jari kunyit hidup

Dirampai
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja
10 biji bawang merah

Cara Cara

1. Cuci bersih semua sayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya.

3. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai.

4. Tuang 2 tin air. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati.

5. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air.

6. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

Nota:-
Anda boleh pilih sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang boncis, terong, bunga kobis dll. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.

Cara Menghidang
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mungkum, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.

Sambal Lonte

Sumber:Rooty

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah saiz besar
10-15 biji cili padi
1 genggam ikan bilis
4 cm belacan (Belacan bakar lagi sedap)
Sedikit air asam jawa
Secubit gula (kalau suka manis...taruk banyak)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Goreng bawang putih, bawang merah, ikan bilis, dan belacan berasingan.
2. Goreng cili padi (Kalau digoreng mendahului bahan-bahan no 1., minyak akan menjadi pedas. Tapi kalau suka pedas...boleh jugak)
3. Tumbuk semua bahan-bahan yang telah digoreng tadi.
4. Campurkan air asam jawa dan gula ke dalam bahan-bahan yang telah siap ditumbuk.
5. Tuangkan sedikit (banyak pun boleh) minyak yang telah digunakan untuk menggoreng.
6. Siap untuk dimakan.

Sos Kuah Cucur Udang

Sumber: Shurinah

Bahan-bahan:
Segenggam cili kering (pastikan dibuang biji)
1-2 ulas bawang putih
Asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Cili kering dan bawang putih diblend halus.
2. Masukkan dalam periuk, campurkan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3. Jerang atas api hingga mendidih dan kemudian kecilkan api, biarkan hingga sos pekat dan nampak berkilat (sambil dikacau sekali sekala).
4. Sejukkan dan simpan dalam fridge. Boleh tahan hingga sebulan, kalau dimasak betul-betul.

Sos ini sedap dimakan dengan cucur udang/keropok lekor/tahu sumbat/popiah goreng/pie tee.

Sambal untuk popia goreng

Sambal untuk Popia Goreng
Sumber: Pn. Norzailina

Bahan-bahan:
100 ml minyak
2 labu bawang besar }
5 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar halus
3 biji cili merah }
2 camb pes cili }
60 ml sos cili
3 camb sos tomato
2 camb sos plum merah
1 camb cuka
garam & gula secukupnya

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kacau rata. Bila terbit minyak dan wangi, bubuh pula semua sos dan gula. Masak atas api perlahan sampai mengggelegak. Kemudian perlahankan api dan renehkan. Bila kuahnya agak pekat, tambah garam dan cuka. Kacau rata dan angkat.

Jangan masukkan air ke dalam sambal. Gantikan air asam jawa dengan cuka. Lebihkan gula kerana ini akan membuat ia kekal rangup.

Perapan BBQ



Sumber : Kawan Anis

Hidangan : cukup untuk 8 ketul "lamb shoulder" ataupun 12 ketul dada ayam

Bahan-bahan
1 labu bawang besar
10 ulas bawang merah
7 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 botol sos BBQ (saya guna jenama Knorr, perisa Traditional BBQ sebab setakat ni, cuma jenama ini saja yang saya jumpa logo halal. ada jual di pasaraya besar)
3 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan satu ketul gula kabung)
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk cili (boleh tambah kalau suka lebih pedas)
3 sudu besar mentega/margerin/minyak sapi
1/2 cawan kicap pekat manis (saya guna jenama ABC, boleh didapati diMakro)
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu teh garam atau secukup rasa

Cara-cara

1. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas & serai (tak halus sangat pun tak apa).

2. Gaul rata bahan kisar dengan semua bahan lain.

3. Tuangkan ke atas "lamb shoulder" atau ayam dan perap selama 3 jam pada suhu bilik.

Tips tambahan

1. Perapan ni boleh juga guna untuk perap daging, sosej dan sebagainya.

2. Untuk ayam & daging, sebaiknya kelar-kelar sedikit isinya sebelum diperap supaya bahan perapan lebih meresap.

3. Untuk mempercepatkan ayam masak sewaktu dipanggang dan memastikan ayam tak jadi kering, sebaiknya kukus ayam yang dah diperap sehingga separuh masak dulu. Kemudian baru panggang.

4. Baki perapan boleh disimpan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku untuk digunakan lagi pada masa-masa akan datang.

5. BBQ lebih sedap kalau diperap lama. Sebab tu, saya selalunya mula perap dalam 4 hari sebelum hari BBQ . Mula-mula perap selama 3 jam pada suhu bilik, kemudian saya masukkan dalam peti sejuk bahagian dingin-beku. Pada hari saya nak BBQ nanti, baru saya keluarkan dan biarkan ais mencair pada suhu bilik (jangan direndam atau dipanaskan).

Sop Bebola Daging



Sumber Resipi & Gambar : Mak Lang Azie

SUP BEBOLA DAGING

BAHAN
Bebola daging

BHN TUMBUK :
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Lada hitam

Jintan manis}
Jintan putih } skit jer…
Ketumbar }

Kentang/buah tomato – jika mahu
Sup bunjut
Rempah 4 sekawan (bunga lawang,kayu manis,cengkih,buah pelaga)
Daun sup/bwg
Bwg goreng
Air

Cara Membuatnya
Tumis bhn tumbuk hingga wangi.
Masukkan jintan2 dan ketumbar, kacau…masukkan air.
Campakkan sup bunjut, bebola daging dan kentang. Rasakan garamnya.
Biar mendidih. Tutup api, tabur bwg goreng dan daun sup.
p/s – sup ini boleh dibuat bakso, cuma tambahkan 1/2sk sos cili, sos tomato, sos tiram dan cili kicap semasa nak makan.

Sos cendawan

Sumber: Diana Arshad

Bahan-bahan:
¼ pound butter
1 pound cendawan butang fresh [dibersihkan dan dihiris]
1 cawan daun bawang [dihiris halus]
2 sudu besar bawang putih [di cincang]
2 sudu besar pes tomato
1½ cawan stok daging lembu
1 cawan tomato puree
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan periuk dan cairkan mentega dan masukkan cendawan.
2. Masak sehingga cendawan lembut.
3. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak atas api yang sederhana selama 1 jam.
4. Sos sedia untuk dihidangkan.

Cream Cheese Tart



Sumber & Gambar : Yanti

Bahan2 Pastry
250gm tepung gandum
25gm air
1 biji telor (B)
125 gm mentega
Blueberry filling secukupnya

Cara2nya
Campur semua bahan, gaul rata dan masukkan dalam acuan tart.
Bakar dlm oven 10-15 minit, setengah masak keluarkan dan masukkan filling cheese & blueberry filling.
Masak semula dlm 5-10 minit dan sejukkan.

Cheese Filling
250gm cream cheese
60gm icing gula
1 biji telur
20gm mentega
50gm susu segar

Cara2nya
Campur semua, pukul sedikit dgn senduk kayu.

Pizza Daging



Sumber : Yanti
Gambar : Leen Umar

Bahan doh
500 grm high protein flour (tepung roti)
1 peket Mauripan
1 tsp bread improver
1 tsp garam
300 grm air sejuk (yg dlm peti es tu)
25 grm olive oil
Oregano 1tsp

Cara membuat doh
Putarkan tepung, mauripan, oregano & bread improver, saya guna kenwood mixer. So guna kelajuan no. 1 dulu.
Masukkan air (yg telah dicampurkan dengan garam) secara sedikit-sedikit , gaul sebati kedalam adunan tepung tadi sehingga sebati, kira-kira 2 minit (saya guna kelajuan no. 2)
Akhir sekali masukkan olive oil tadi. Biarkan minyak bersatu dengan tepong tadi kira-kira 5-10 minit sampai adunan licin.
Keluarkan doh tadi, bahagikan kpd 2 dan biarkan doh rehat kira-kira 15 minit sehingga nampak doh dah naik gebu.
Bila dah naik gebu barulah dicanai & taburkan segala topping keatasnya. (sebelum tabur cocokkan sedikit doh dgn garpu)

Bahan utk Gravy
Dicampurkan sekali, gaul rata dan dimasak atas api hingga pekat
3 tbsp sos tomato
1 tbsp sos cili
3 tbsp puree tomato
1 tbsp corn flour
gula & garam secukup rasa

Bahan tabur utk Beef Pizza
400 grm daging/ayam hancur/cincang
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1/2 tin kecil puree tomato ] kesemua bahan2 ni dicampurkan sekali & diperap 1/2 jam, barulah di masak sehingga kering
1 tsp serbuk lada sulah
1 tsp oregano
1-2 helai bay leaf
garam & gula secukup rasa

Cara menabur gravy
Sapukan gravy rata-rata taburkan oregano secubit, daging yang telah dimasak tadi, cili benggala, tomato, nenas kiub, button mushroom & mozarella cheese.
Panaskan aben 180 celcius, bakar selama 20 minit.
Siap.

Mini Sosej Bun


Bun Sosej Mini

Sumber : Alam Ooi

Bahan A
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor

Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)

Bahan C
40 g mentega

Untuk Sapuan
1 biji telur

Inti
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering

Cara-caranya

1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.

2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35g.

3. Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.

4. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.

5. Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.

6. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.

Kebab



Sumbangan : Zunita Nasuha

Bahan-bahan
Daging [batang pinang] / Ayam (Yang saya buat dalam lingkungan 300 g fillet ayam yang didadu)
3 ulas Bawang Putih
Tomato Sos
Cili Sos
Bawang merah
Timun
Tomato
Mayonis

Bahan-bahan perap
(Digoreng dan ditumbuk/mesin)
1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar jintan Manis
1 sudu besar Jintan Putih

Cara-caranya

1. Hiris daging nipis2 dan lebar2 (agak2 lah nipis dan lebarnya lebih kurang macam steak tu..)

2. Perap daging dengan bahan perap dan perap selama 2 jam atau lebih.

3. Masukkan daging tadi ke dalam kuali dan panaskan hingga kering [macam nak buat steak]

4. Setelah daging kering, potong daging tadi kecil2 atau suka hati nak potong style mcm mana.

5. Potong bawang merah, timun dan tomato

6. Gaulkan semua bahan dengan cili sos dan mayonis

7. Sedia dimakan dengan roti/pita

Cream Puff



Sumber : Umi Imah
Kiriman : Jeni

Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung – diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur

Cara Membuatnya
Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.

Custard Filling
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard

Cara Membuatnya
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat.

Chicken Pie



Sumber:Jeni

Bahan-bahan

Roti Prata Segera
Ayam (bahagian dada dalam 3 ketul)
1 peket mixed vegie
1 tin cendawan butang
3 sudu besar mentega
1 biji bawang besar
2-3 sudu makan stok ayam
2-3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar susu segar
Garam secukup rasa

Cara menyediakan

1. Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan air paras tenggelamnya ayam tadi. Rebus hingga masak.

2. Angkat ayam. Dadu ayam kecil-kecil.

3. Masukkan mentega. Tumis bawang sehingga naik bau.

4. Masukkan tepung. Kacau rata. Minyak akan menjadi kilat.

5. Kemudian masukkan mixed vegie dan cendawan butang (potong kecil-kecil).

6. Masukkan ayam dan sedikit rebusan ayam tadi. (Air rebusan ayam tu agak-agak. Bergantung kepada kepekatan yang dikehendaki)

7. Masukkan stok ayam dan sos tiram.

8. Perasakan dengan garam.

9. Prata segera tadi dimasukkan ke dalam bekas bekas pie.

10. Apabila inti ayam tadi sudah sejuk, sendukkan ke dalam bekas pie.

11. Ambil roti prata lagi untuk ditutup di atas pie tadi.

12. Sapukan campuran telur dan susu di atas pie supaya pie nampak berkilat dan mengiurkan :)

12. Bakar dalam suhu 200 darjah Celcius selama lebih kurang 30 minit.

Sardin Roll



Sumber : Yong

Pastri
250 gm mentega sejuk
500 gm tepung gandum
Secubit garam
Air sejuk

Cara Membuatnya
Gaulkan mentega dan tepung dengan tangan sehingga menjadi seperti breadcrumbs.
Masukkan garam dan air sejuk dan uli sehingga menjadi doh.
Balutkan doh dengan plastik dan sejukkan di dalam peti ais sementara membuat fillingnya.

Filling
1 tin sardin dalam sos tomato
Bawang besar dicincang
Hirisan cili
Perapan limau/lemon secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Hancurkan ikan sardin dan masukkan bahan-bahan lain.

Cara Membuat Sardin Roll
Keluarkan doh dari peti ais. Gelekkannya dengan rolling pin hingga nipis. Potong kepada bentuk segiempat tepat.
Letakkan filling di atas doh dan roll.
Hiris-hiriskan bahagian atas doh (jangan sampai putus) sebelum sapu telur kuning di atas doh tersebut.
Bakar selama 40 minit dalam kepanasan 175C.

Roti Boyan


Dari sumber: Zahara Sudi
Gambar : Misa

BAHAN
1kg tepung gandum
400ml air hangat
100ml minyak sayur (misa guna butter cair)
1st baking poder
1st gula
1/2st garam

INTI
600gm kentang (6biji) - rebus,kupas kulit dan lecek
4-5 biji telor
100gm daun sup(potong kecil2)
3 labu bawang besar(potong dadu)

CARA
Satukan air suam,minyak,baking poder,gula,garam (kacau rata).
Masuk tepung sikit demi sikit sambil di adun jadi doh lembut.
Ambil sekepal adunan dibulatkan - buat begini hingga selesai dan perap setengah jam.
Ambil sebuku doh yg dah di perap, canai atas papan/loyang...lebarkan doh sambil di tarik kepinggir loyang.
Mulakan dari tepi doh,kumpulkan hingga jadi gelungan panjang lilitkan doh macam sanggul.
Canai semula doh yg dah di lilit tadi kira2 1/2cm tebal. bubuh secukup inti.
Ambil lagi sekeping doh yg sudah di canai, lapik atasnye....dan kelim tepi2 macam kelim epok2.
Goreng atas api kecil...minyak jangan terlampau panas sambil diterbalik2kan beberapa kali hingga masak.
Hidang roti dengan sambal tumis ikan bilis.

Shepherd’s Pie

Bahan-bahan:

Mashed Potato:
8 biji kentang – rebus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telur – dipukul sedikit
200 ml susu segar (saya kurangkan sebab doh agak lembut)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam

Cara-Cara:
1. Kentang direbus hingga empuk, angkat kemudian lenyek hingga hancur.
2. Panaskan butter, susu, garam, dan lada sulah, Biarkan sehingga butter cair & tutup api.
3. Masukkan adunan butter (masukkan sedikit-sedikit, ikut lembut doh) dan telur ke dalam adunan kentang lenyek. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan Inti:
400gm daging cincang
3 biji bawang besar – potong dadu
2 biji carrot – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
2 sudu besar tepung gandum (nak kasi pekat)
Garam
Minyak
Mix Vegetable – jika suka
1 biji kuning telur – utk sapuan
(kalau nak pedas, campurkan sedikit lada hitam yang ditumbuk)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, goreng hingga layu.
2. Kemudian masukkan carrot dan daging, goreng hingga daging masak
3. Masukkan mix vegetable, buah tomato, sos tomato dan kicap. Kacau rata, hingga daging empuk.
4. Masukkan garam, kacau sebati.
5. Masukkan tepung gandum, kacau hingga sebati.
6. Tutup api dan ketepikan.

Penyediaan Shepherd’s Pie:

1. Sediakan bekas , masukkan kentang lenyek ratakan di bahagian dasar dan di tepi bekas.
2. Masukkan bahan-bahan inti dan ratakan.
3. Kemudian masukkan lebihan kentang lenyek di atas bahan2 inti tadi dan ratakan, tekan2 sedikit supaya melekat dengan inti.
4. Gariskan di atasnya menggunakan garpu dan sapu kuning telur di atasnya.
5. Bakar pada suhu 200’C selama 30-40 minit atau sehingga kekuningan.

Tips: Kalau suka boleh tabur grated cheese di atasnya. Inti tu apa-apa pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing.

Tuesday, September 16, 2008

Bangkit Sagu

Bangkit Sagu
Sumber : Halimah Anang

Bahan-bahan
1 ½ kati tepong sagu kanji
3 biji telor
8 ozs gula halus secukup bijan untuk tabor
1 ½ buku mentega
½ kati tepong gandum
sedikit vanilla dan baking powder


Cara Membuatnya

Mentega, gula, vanilla dan baking powder, dipukul hingga putih.
Kemudian masukkan telur satu-satu dipukul hingga rata dan masukkan kedua-dua tepung dan gaul hingga sebati dan lembut, dicanai dan terap, sapu putih telur dan tabor bijan di atas.
Bakar dengan api perlahan.

Biskut Makmur



Sumber : LindaZA
Gambar : Wan Noorbaya

Bahan-bahan

1 kati tepung gandum (tepung hendaklah di goreng dulu pas tu ayak). kalau org dulu2 dia jemur.

marjerin - ikut basah

icing sugar

gula kasar

kacang tanah (goreng tanpa minyak, biar dia hangit2 sikit tapi jangan la sampai rentung pula, tumbuk kasar)

kacang yg telah tumbuk tu gaul dgn gula kasar (bkn gula icing ek)

Cara Membuatnya

Gaul marjerin dengan tepung sampai doh licin dan tak melekat di tangan. Tapi jgn la keras sgt. kira kelembutan tu masih ada la. Kalau melekat sikit2 pun tak pe.
Lepas tu ambik sikit, leperkan letak inti kat tgh2. Tutup balik, buat bentuk bujur (nie bentuk asal biskut nie). Kdg2 malas nak buat bujur ada buat bulat je. Saya masih mengekalkan cara lama.
Lepas tu bakar. Bila dah masak gaul dgn icing sugar.

Popia mini pedas



Bahan-bahan
1 bungkus kulit popia 400 gram
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara :
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.

Cream Puff



Ingredients:
2 large eggs plus 1 large egg white
5 tbsps unsalted butter, cut into 10 pieces
1 oz whole milk
3 ozs water
1 1/2 tsp sugar
1/4 tsp salt
2 1/2 ozs unbleached all-purpose flour, sifted

Method:
Adjust oven rack to middle position and heat oven to 425 degrees F.
Spray large(12 by 18 inch) baking sheet with nonstick cooking spray and line with parchment paper, set aside.

Beat eggs and egg white in measuring cup, you should have 1/2 cup(discard excess). Set aside.

Bring butter, milk, water, sugar, and salt to boil over medium heat, stirring once or twice. When mixture reaches full boil(butter should be fully melted), immediately remove saucepan from heat and stir in flour with heatproof spatula or wooden spoon until combined and mixture clears sides of pan. Return saucepan to low heat and cook, stirring constantly, using smearing motion, for 3 minutes, until mixture is slightly shiny with wet -sand appearance and tiny beads of fat appear on bottom of saucepan(temperature of paste should register 175 to 180 degrees F on instant-read thermometer).

Immediately transfer mixture to food processor and process with feed tube open for 10 seconds to cool slightly. With machine running, gradually add eggs in steady stream. When all eggs have been added, scrape down side bowl, then process for 30 seconds until smooth, thick, sticky paste forms.(If not using immediately, transfer paste to medium bowl, cover surface flush with sheet of plastic wrap sprayed lightly with nonstick cooking spray, and store at room temperature for up to 2 hours)
Fold down top 3 or 4 inches of 14 or 16 inch pastry bag fitted with 1/2 inch plain tip to form a cuff. Hold bag open with one hand in cuff and fill bag with paste. Unfold cuff, lay bag on work surface, and, using hands or bench scraper, push paste into lower portion of pastry bag. Twist top of bag and pipe paste into 11/4 to 11/2 inch mounds on prepared baking sheet, spacing them about 1 to 11/4 inches apart (you should be able to fit about 24 mounds on baking sheet).

Use back of teaspoon dipped in bowl of cold water to smooth shape and surface of piped mounds.

Bake 15 minutes (do not open oven door), then reduce oven temperature to 375 degrees and continue to bake until golden brown and fairly firm(puffs should not be soft and squishy), 8 to 10 minutes longer.

Remove baking sheet from oven. With paring knife, cut 3/4 inch slit into side of each puff to release steam, return puffs to oven, turn off oven, and prop oven door open with handle of wooden spoon. Dry puffs in turned off oven until centers are just moist(not wet) and puffs are crisp, about 45 minutes.

Transfer puffs to wire rack to cool. (Cooled puffs can be stored at room temperature for up to 24 hours or frozen in zipper lock plastic bag for up to 1 month. Before serving, crisp room temperature puffs in 300 degrees oven 5 to 8 minutes, or 8 to 10 minutes for frozen puffs).

Serve puffs with a scoop of ice cream preferably vanilla and napped with chocolate sauce.

CHOCOLATE SAUCE
Whisk the sauce gently so as not to create tiny air bubbles that can mar its appearance.

1/2 cup heavy cream
3 tbsp light corn syrup
3 tbsp unsalted butter cut into 3 pieces
salt
6 ozes bittersweet chocolate, chopped fine

Bring heavy cream, corn syrup, butter and salt to boil in small nonreactive saucepan over medium-high heat. Off heat, add chocolate while gently swirling saucepan. Cover pan and let stand until chocolate is melted, about 5 minutes. Uncover and whisk gently until combined. (can be cooled to room temperature, placed in airtight container, and refrigerated for up to 3 weeks. To reheat, transfer sauce to heatproof bowl set over saucepan of simmering water. Alternatively, microwave at 50 percent power, stiring once or twice, 1 to 3 minutes).

Spiral Curry Puff



These curry puffs are party favorite for the guests as well as for me because i can make them ahead of time and freeze them. The pastry in this recipe is crispy even when puffs are cold

Ingredients:

Outer Layer:
400 g flour
50 g margarine
1/3 tsp salt
1/2 egg
170 ml water

Inner Layer:
120g flour
60g shortening

Filling:
150 g chicken meat
150 g onions
500 g potatoes
50 g shallots
2 tbsp oil
2 1/2 tbsp curry powder
1 1/2 tbsp freshly ground chilly (paste)
1/2 tsp salt
2 tsp sugar
3/4 cup coconut milk

Method:
For Wrapping:

Outer layer:
1. Boil margarine, water and salt. Pour into the flour. Add in egg. Knead well. Let dough rest for a while. Divide into 8 portions.

Inner layer:
2. Mix flour and lard/shortening together. Knead well and divide into 8 portions.

3. Wrap inner layer with outer layer. Flatten it and then roll it up like a swiss roll. Repeat twice and then divide into 2 portions.

4. With cut side on the table, roll dough into a circle and fill with a spoonful of curry filling. Wet the outer rim of circle and fold into half, seal the edges.

5. Puffs can be left to freeze and packed in ziploc bag when frozen until needed.

6. To fry frozen curry puffs, start them in cold oil. Remove several ladles of hot oil as the puffs are slightly brown, turn heat on to the highest and fry puffs until brown. This way will ensure that the puffs will not be soggy.

7. To fry the second batch, add in the slightly cool oil and put in the frozen puffs, frying the same way as no.6.

8. Put fried puffs in 250f oven to keep warm.

For the filling:
Cube the chicken. potatoes and onions
slice shallors.
Boil the potaoes till soft.
Heat oil ,sweat the shallots and add in ground chilly(paste). Fry until fragrant then add curry powder.
Add in the cubed chicken, then onions. When chicken is no more pink add in coconut milk.
Simmer until filling thickens, season with salt and sugar.
Leave to cool.

Beef Balls



Ingredients:
2 lbs lean beef
4 tbsp fish sauce
1 tsp salt
1 tbsp sugar
1 tbsp oil
4 tbsp cornflour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp Accord (optional - to make it bouncy)
1/3 cup water
1 tsp white pepper freshly grind


Method:
1. Wash and pat dry meat, cut to smaller pieces.

2. Mince in a food processor till it becomes a paste. Add a tablespoon of water at a time, to ensure smooth blend (not to much) If food processor is not heavy duty, try divide it in 2 portion.

3. Mix other ingredients together to liquid (except pepper).

4. Transfer meat paste to cake mixer and using paddle, beat at high speed.

5. Pour liquid mixture to mince meat and beat till well blended.

6. Cover meat with clink wrap and leave in the frezzer for 30 minutes.

7. Boil lots of water in deep pot or wok. Take out meat from freezer, add pepper, stir well.

8. When the water comes to a boil, turn off the heat.

9. Use one hand to hold some meat , form balls by pushing through thumb and index finger. Use a wet spoon to scoop and drop it in the hot water Continue until almost full in pot/wok (leave enough room forballs to float).(Balance of meat is to be put back into freezer until ready to make into balls)

10. Turn on the fire and simmer slowly. When the balls start to float, let them cook further for few more second (cooked balls should not be pink inside). Remove and let them cool in cold water.

10. Bring the water back to the boil and repeat with the remaining meat.

Muruku



Ingredients:

450 gm Gram dhall flour
230 gm rice flour
2 tbsp chilly powder
1 tbsp Omam seeds
1 1/2 tsp salt
2 tbsp margarine
1/2 cup thick coconut milk
Enough thin coconut milk to bind mixture into a dough

oil for deep frying


Method:

Place the Gram dhall flour and rice flour into mixing bowl.

Add chilly powder, omam seeds, salt and margarine.

Add 1/2 cup of thick coconut milk and then gradually add thin coconut milk. mix to form a dough.

Heat oil, using the muruku press, force the dough into the oil in circles.

Fry until crispy, drain muruku on paper towel.

Allow to cool before storing.

Kek Coklat Basah/Lembab

Bahan2
1/2 cawan serbuk koko } mesti diayak
2 biji telur
1 cawan minyak masak (nak sedap minyak jagung)
1 cawan air mendidih
1 cawan susu cair
1 cawan gula (boleh kurang/tambahkan)
1 cawan tepung }
1 sudu soda bikarbonat } di ayak bersama
1 sudu baking powder }
esen vanila skit
secubit garam

Cara2
1. masukkan dulu minyak, gula, susu dan telur dlm bekas. kacau biar sebati.
2. masukkan gandum dan koko skit2.
3. pastikan gandum dan koko tak berketul.
4. bakar dalam suhu 180 sampai masak.

Fruits Punch Koktail Special

Bahan-bahan:
1. Sunquick perisa Tropical Fruits Punch (yg tudung berwarna hijau)

2. Sirap Rose

3. Tropical Fruits koktail ( buah2an dalam tin tu la...)

4. Sprite

5. Secubit garam

6. Air dan ketulan air batu


Campurkan kesemua bahan2 tadi bersama air dan sprite
(air:50% ; sprite:50%). kacau dan hidangkan....

Chocolate Chips Cookies

Bahan2:-
6 camca besar gula perang (Brown sugar)
4 camca besar gula castor
1/2 cawan mentega (dibiarkan lembut)
1 biji telur
1/2 camca teh esen vanila
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum )
1/2 camca teh soda bicarbonate (diayak bersama 1 camca besar serbuk koko)
Secubit garam
1 cawan chocolate chips
3/4 cawan kekacang cincang (campuran gajus/badam/walnut)


Cara Menyediakan
1. Gula perang, gula castor dan mentega dipukul sehingga berkrim. Masukkan esen vanila dan telur dan gaul sebati.

2. Campurkan campuran tepung yang telah diayak dengan garam. Masukkan bahan tepung tadi ke dalam adunan mantega tadi. Gaul rata.

3. Akhir sekali masukkan kekacang cincang dan chocolate chips. Bakar selama 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Biskut Suji

Bahan-bahannya:
900gm tepong gandum
2 cawan gula caster
1 cawan tepong suji (samolina)
1 tin minyak sapi QBB (454gm)
1 sudu makan rata bicarbonate of soda

Caranya:
1. Gaul tepong gandom, tepong suji, gula caster dan bicarbonate of soda hingga rata.

2. Masukkan minyak sapi QBB, gaul rata.

3. Perap seketika.

4. Bulatkan ia seperti guli dan bakar 180C ditingkat paling atas oven selama 10 minit (untuk mendapatkan cracknya). Setelah itu diturunkan ditingkat dua oven pula dan putarkan 160C lebih kurang 15minit (agak2lah).

Biskut Semperit

Bahan-bahannya:
3 biji telur
2 biji telur - diambil putih telur
250 gm tepung gandum
350 gm mentega
250 gm tepung jagung
450 gm gula halus
Sedikit susu pekat,vanilla dan serbuk penaik

Bahan hiasan:
Ikut cita rasa anda: ceri merah atau hijau

Cara membuatnya:
Tepung jagung dan tepung gandum di gaul bersama.
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Kemudian putar pula mentega sampai berkrim.
Masukkan tepung bersama susu pekat, vanila, serbuk penaik dan telur yang telah dipukul tadi.
Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Gunakan acuan biskut semperit untuk menekan doh menjadi bentuk bunga ke dalam loyang pembakar.
Hias dengan ceri.
Bakar pada suhu 150 Celcius selama 20 minit.

Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:-

100gm sagu
50gm gula melaka
½ biji kelapa (ambil santannya)
kismis - hiasan

Cara menyediakannya :-

1) Sagu dibasuh bersih kemudian toskan selama 5 hingg 8 minit.

2) Hiris gula melaka dan masak bersama air (seperti buat air gula untuk kuih lopes)

3) Perah santan masak seketika dengan mencampurkan sedikit garam. Biar lemaknya terasa.

4) Didihkan anggaran 5 cawan air kemudian masukkan sagu. Kacau sebentar dan tutup api. Kemudian tos sagu dan cuci dengan air sejuk. Masukkan dalam acuan kecil dan biarkan sejuk.

5) Sagu yang dibentuk tadi kemudiannya diletakan gula melaka dan santan.

Hias kismis di atasnya.

Fruit Tart

Bahan untuk pastry:
500 gm tepung self raising
250 gm mentega sejuk (dipotong dadu)
150 gm tepung gula
1 biji telur (dipukul sedkit)
air sejuk secukupnya

Peraturan
Tepung dan gula diayak. Gaul mentega, gula dan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan telur dan diuli lagi. Masukkan air sejuk sedikit2 dan uli hingga menjadi lembut. Perapkan doh selama 1 jam di dalam peti sejuk kemudian terap kedalam acuan pie kecil2. Bakar selama 175 deg selama 20.

Adunan ini boleh disimpan dipeti sejuk dan simpan di air tight container. (ika ada balance)

Bahan-bahan custard
200 gm gula halus
300 gm sus cair
150 gm tepung custard
450 gm air
1 biji kuning telur
1 packet agar-agar serbuk (plain)

Bancuh sedikit air, tepung custard dan telur hingga sebati lalu ditapis. Satukan air dan sus didalm periuk dan dimasak atas api sehingga berwap. Masukkan adunan custard dan kacau hingga aduna licin dan pekat. Masukkan adunan custard kedalam acuan pastri, jangan isi penuh beri rangan untuk mengisi buah-buahan hirisan (cocktails). sapukan adunan agar-agar keatas buah-buah yg telah disusun atas tard dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Puding Roti

Bahan-bahannya

5 biji telur ayam

1 tin susu cair

4 keping roti putih

5 sudu gula

1 sudu esen vanila

1/4 cawan gula - untuk dibuat gula hangus



Cara:-

1. Buat gula hangus dan sejukkan dalam loyang.

2. Roti dipotong kecil-kecil dan direndam bersama susu cair.

3. Telur dipukul bersama gula dan esen vanila sampai kembang.

4. Satukan adunan dan masukkan ke dalam loyang.

Dikukus sehingga masak.

Tart Gulung/Buah

Bahan-bahannya

1 buku buttercup (guna brand lain pun boleh, tapi buttercup lagi lemak dan lembut)

4 cwn tepung

2 biji kuning telur

1 sudu gula

1/4 cwn air sejuk (ais)

Cara membuat doh

pukul butter+gula hingga sebati. masukkan telur, air sejuk, dan masuk

tepung sedikit demi sedikit hingga habis. dan bentukan spt buah / gulung.

Nota: jgn uli tpg terlalu lama, agak2 dah sebati berhenti. Apa2 jenis biskut bila dikacau/uli terlalu lama akan 'mati' tepung tersebut. sebab itu biskut tak lembut dan gebu.

JEM NANAS

2 biji buah nanas besar

2 batang kayu manis

1 kilo gula

pewarna ikut suka

Caranya

blend/parut nanas. tuang nanas bersama dengan airnya kedalam kuali dan

masukkan kayu manis. Bila agak agak kering masukkan gula, pewarna dan

sedikit garam. angkat bila telah kering dan sedikit kental.

Sugee Biscuits

Ingredient

250 gm Ghee (QBB brand – green can)

200 gm castor sugar

550 gm plain flour

50 gm semolina flour (sangar dahulu)

30 gm grind cashew nut

1 teaspoon bicarbonate of soda

1 teaspoon salt



Method

Mixed all the ingredients and make a shape of ball.

Bake for 30 minutes at 180 Deg.

Tart Gulung

Ingredients

300 gm plain flour

200 gm butter

50 gm milk powder

50 gm sugar powder

3 egg yoks

1 egg white

½ tsp salt

½ tsp vanilla



Method

Beat the egg yolk and egg white together with the sugar powder.

Add in all the flour, salt and vanilla and mixed it to form a dough. (kalau lembik tambah tepung sedikit).

Masukkan inti tart dan gulung lah seperti bantal.

Dan bakar lah suhu about 180deg 30mins.

Wadeh Tepong Gandum

Bahan-bahan

14oz tepong gandum
4oz tepong wade (white urad flour)...carilah kat kedai mamak sure ade.....(Kalo kat Spore boleh beli kat kedai Rasool Serangoon Rd).
11oz air
1 1/2 sudu teh garam
Ajinomoto kalo suka
1 sudu besar yeast (instant yeast)
1 sudu teh potas
2 biji telor
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 inc halia hiris halus **
150gm bawang kecil hiris halus **
3 tangkai daun kari hiris halus
2 batang lada hijau hiris halus

Udang hidup secukupnya
Minyak utk deep fry.

Note** kalau tak suka tergigit bawang/halia boleh diblend.

Caranya
Campurkan semua bahan di atas kecuali udang dan minyak dan biarkan selama sekurang-kurangnya 1 1/2 jam.

Cara Menggoreng.
Setelah diperap bahan akan mengembang. Oleh kerana adunan ni lembut dan melekat kat tangan, sarungkan tangan kiri dengan plastic. Basahkan tangan kanan dgn air.
Ambil sejemput adunan dan tepekkan kat tangan kiri. Buat satu bulatan spt donut, letakkan udang diatasnya dan perlahan-lahan masukkan dalam kuali (minyak mesti banyak). Aromanya.. kalah mamak kat kedai you...

Note: Kena banyak praktis untuk menggoreng.....baru wadeh boleh cun..

Wadeh ni lembut dan sedap dimakan panas-panas bersama Cili Hijau.

Cucur Pisang Istimewa

Bahan-bahan serta caranya :

2 mangkuk pisang (pisang asam) yang sudah dikupas, buangkan urat dan lenyek sehingga lembik.

Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.

Masukkan sebiji telur ayam (yang dipukul kembang jika tak pakai bicarbonate soda), gaul rata.

Secubit bicarbonate soda, setengah cawan susu penuh krim dan semangkuk tepung gandum + secubit garam.

Gaul semua rata rata. Set aside.


Cara2:
Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.
Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve.

Famous Amos Cookies

Ingredients:
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz chocolate chips
1 tsp salt
18 oz cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp vanilla


1. Cream butter and both the sugars.
2. Add eggs and vanilla.
3. Mix together flour, oatmeal, salt, baking powder and soda.
4. Add chips, cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
2 inches apart.
5. Bake for 10 mins at 375 o C. Makes 112 cookies.

Karipap Bakar

Karipap ni boleh dibakar dalam oven or fried. ikut suka hati...kalau
baked lagi sedap pasal tak de minyak.

Bahan-bahan:-

Pastry :
100gm plain flour
50gm wholemeal flour (kalau tak de, guna aje plain flour)
40gm butter
40gm shortening (kalau tak de, guna butter)
1 beaten egg mixed with 1 tablespoon water
1/4 tsp salt

Cara2:
1. Mix salt into flour mixture.

2. Mix butter + shortening into flour mixture, make it into bread crumbs. maknanya jgn uli, guna hujung jari gaul kan butter & tepung sampai dia jadi berderai2 macam serbuk roti.

3. Add the beaten egg little by little until flour becomes a firm dough. Lebihan telur disimpan untuk disapu atas karipap masa nak bakar nanti. jgn diuli dough tu, coz too much handling will make the dough keras and tak sedap.

4. Wrap the dough in cling wrap and leave it in the fridge for 30 mins.

5. Make dough in balls the size of limau purut or ikut suka hati how big/small u want ur puffs to be. Tips : roll the balls in between a piece of cling wrap so that dia tak melekat-lekat kat roller and ur work table.

6. Put the filling (ikut suka hati la, nak letak sardine ke, chicken or beef) in the middle and fold it over. pas tu buat la klim kat tepi dia macam karipap tu or if u prefer, flatten the edges and press with a fork so ada macam pattern sikit...ala yg macam kat bakery. last sekali sapu lebihan telur tadi kat atas the puffs. kalau nak goreng, tak payah le buat ni.

7. Masukkan kat dlm oven and bake at 150 C for 20 mins.

Bubur Som Som

Bahan-Bahannya :
Daun pisang secukupnya
5 cawan santan daripada sebiji kelapa
2 ½ cawan tepung beras
1 ½ cawan gula pasir
¼ sudu teh garam


Cara-caranya :
Daun pisang dipotong seperti untuk membuat lepat.
Layur daun itu terlebih dahulu.
Satukan santan, tepung beras, gula dan garam di dalam kuali.
Kacau tanpa henti di atas api perlahan hingga kental.
Angkat dan ketepikan.
Ambil 1 sudu besar adunan tadi, letakkan di tengah daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.
Kukus 15 minit sebelum dihidangkan.

Cornflakes Madu Leza

This is my revised version. I kurangkan gula, mentega dan madu.


Bahan-bahannya :
12 cawan cornflakes (1 kotak Nestle promotion pack 50g free i.e. 325g)
1 cawan gula pasir (rata)
125 gram mentega (1/2 bar of Buttercup 250g)
2 sudu besar madu (mine was hardened even though i store in chiller, so i scoop out when soft)
1 sudu kecil serbuk koko van houten
Cawan kertas - bersaiz kecil - secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Panaskan gula pasir, mentega dan madu hingga cair di atas dapur. Matikan api, ketepikan dan masukkan serbuk koko. Gaul hingga koko larut.

2. Masukkan cornflakes dan digaul rata.

3. Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam cawan kertas sebelum dibakar.

4. Bakar sehingga kuning keemasan - 150 darjah celsius - 10 minit.

Putu Kacang

Bahan-bahannya :
1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam

Cara Membuat :
Goreng kacang hijau hingga kekuningan.
Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata.
Perapkan kacang hingga kering semula.
Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit.
Perapkan lagi selama satu jam.
Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis.
Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak.
Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati.
Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus.
Tekan adunan padat-padat dalam acuan.
(Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat)
Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau.
Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan.
Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang.
Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.

Kuih Ros

Bahan-baahannya
2 tin susu tepung beras
1 biji kelapa -diambil santannya
gula secukupnya
sedikit garam
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara membuat :
1. Bancuh semua bahan. Kecairannya seperti membuat kuih lapis.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Rendamkan acuan didalamnya.
3. Setelah acuan cukup panas, celupkan kedalam bancuhan tepung.
4. Masukkan ke dalam kuali sambil digoyang-goyangkan untuk menanggalkannya dari acuan.
5. Goreng hingga kekuning-kuningan.

Lompat Tikam

Bahan-bahanya:-
1 bungkus tepung beras
1 bungkus gula merah / gula kabung
1 cawan gula putih
11/2 biji kelapa
sedikit kapur sireh
daun pandan
secubit garam


Cara-caranya
Untuk air gulanya.

masak gula merah, gula putih, daun pandan, garam dan air anggaran
jangan cair sangat, biar pekat sikit.

Untuk bahagian bawah yang berwarna hijau.

Blend daun pandan dengan air ambilkan airnya.
Bancuh 70 % tepung beras dengan jus pandan, untuk cantikan warna hijau bubuh sedikit pencelup hijau.
bubuh sedikit sahaja air kapor (tujuan bagi mempejalkan tepung)
Bagi mempastikan bancuhan ok, pastikan bancuhan lekat sedikit kepada senduk.
Ini sangat penting kerana ia menentukan kepekatan adunan.
Masak adunan sehingga ia masak, pastikan dikacau sentiasa.
Adunan masak apabila ia mengelembung dan pecah (seperti gunung berapi meletup)
Angkat dan masukkan kedalam acuan dan ratakan.

Bancuhan untuk Bahagian putih

30 % daripada tepung beras di bancuh dengan santan
Pastikan bancuhan seperti adunan hijau.
tidak perlu masukkan air kapur.
Masukkan garan secukup rasa (biar masin sedikit sahaja)
Kacau adunan atas api sehingga masak jangan terlalu lama nanti naik minyak tak sedap
Ini puan kena agak-agak ok.
Tuang adunan yang telah masak keatas adunan hijau tadi.
Tunggu sehingga adunan keras dan boleh di makan dengan air gula.

Cornflakes Crunchies

Bahan-bahannya
105g butter
1/2 cup castor sugar
1 egg yolk
3/4 cup self-raising flour
100g cornflakes (lightly crushed)
1/4 cup toasted almond nibbles (Note: I used almond powder)
red cherry (dipotong dadu kecil) (Note: I ommitted this)

Cara-caranya

1. Pukul butter & gula hingga kembang; masukkan telur & pukul rata.

2. Gaul tepung, diselang selikan dgn cornflakes, badam & ceri (yes, ceri tu digaul sekali bukannya utk hiasan)

3. Bentukkan bulat2 kecil & tekan sikit dgn garpu.

4. Bakar hingga masak.

Rempeyek Kacang Tanah Dan Tumpi

Bahan-bahan :
300 gm tepung beras
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
6 biji buah keras
50 gm udang kering
4 ulas bawang putih
1 sentimeter kunyit hidup
2 biji telur (kecil)
550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)
garam dan serbuk perasa secukupnya
500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)
ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)
(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian
toskan airnya.

Cara:

1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.

2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.

3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),

4. kemudian curahkan adunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.

Ice Blended Coffee

Bahan-Bahan:

A
2 sudu susu pekat manis
1 sudu milo
1 sudu serbuj koko
½ sudu serbuk kopi

B
Ketulan ais
1 gelas air

Cara Menyediakannya:

1. Larutkan bahan A dalam sedikit air panas.

2. Selepas itu masukkan bahan A dan bahan B dalam pengisar.

Sedap diminum semasa sejuk jika tidak manis campurkan air gula.

Kuih Makmur


Sumber: Rossya

250g minyak sapi Ghee
250g mentega
1 sudu kecil gula castor
secubit garam
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu kecil vanilla esen
800g tepung gandum ( mungkin tak dihabiskan)

Inti kacang:
300g kacang gajus digoreng dan ditumbuk kasar
400g granulated sugar (Yang kasar lagi sedap)
100g mentega dicairkan

Inti kacang : Satukan kesemua bahan dan kepal2 kan bujur2 kecil. Ketepikan.

Adun mentega, minyak sapi, garam dan gula bersama. Jangan sampai kembang. Masukkan telur yang sudah dipukul dan vanilla essence sambil dikacau rata. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dalam 700g dan uli rata. Masukkan tepung lagi sedikit demi sedikit hingga mendapatkan adunan yang lembut. Adunan tidak boleh terlalu lembik.. kerana ini akan membuat kuih terlalu kembang. tak boleh terlalu kenyal.. ini pula akan menjadi kuih menjadi keras dan terlalu berderai..

Bulatkan adunan dan masukkan sebiji inti yang sudah dikepal. Betukkan licin menjadi bujur dan sepit mengikut bentuk daun. Bakar dengan kepanasan 160C tanpa mengris loyang.

Setelah masak.. sejukkan dahulu baru di sira dengan icing sugar atau gula castor.

Pistachio Delicacy


Sumber: Abang Rozzan

100 gm mentega
100 gm Top flour
50 gm gula kaster
40 gm Quaker Oats (dikisar)
20 gm tepung beras
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh emplex
½ sudu teh serbuk vanilla
secukup cokelat putih (dicairkan)
secukup pistachio (dibakar, dicincang kasar2)

Cara
Mentega, garam, emplex, vanilla dan gula dikacau rata. Masukkan bahan2 yg lain dan uli sehingga rata. Canai dan terap dgn acuan airmata, bakar selama 15 minit dgn kepanasan 160 darjah. Angkat dan sejukkan. Sapukan cokelat putih dan taburkan pistachio. Biarkan sebentar sebelum disimpan.

Biskut Gajus


Sumber: Abang Rozzan
Bahan
125 gm Crisco
125 gm mentega
150 gm gula kaster
4 biji kuning telur

300 gm Top flour }
1 sudu teh sodium bicarbonate }
1 sudu teh baking powder }
25 gm tpg jagung }
25 gm tpg susu } … diayak

60 gm gajus dibakar sebentar dan dikisar kasar
secukup gajus dibelah dua untuk hiasan
secukup telur utk disapu di atas biskut

Cara
Pukul Crisco, mentega dan gula sehingga kembang dan gebu dgn kelajuan yg deras selam 3-5 minit. Masukkan kuning telur sebiji sebiji sambil dipukul, sehingga bergaul rata.
Dgn kelajuan perlahan, masukkan campuran tpg yg telah diayak, sedikit sedikit sehingga mendapat adunan doh yg lembut. Masukkan pula gajus kisar dan adun hingga rata. Adunan dibahagi sama rata, setiap satu 10 gm. Jadikan bebola kecil dan ditekan di tengahnya lalu dihias dgn gajus. Tekan sedikit lagi supaya gajus melekat dan sapu telur di atasnya. Bakar di ketuhar 170 darjah C, selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Sunday, September 14, 2008

Pad Thai Noodles

Various Napkin Fold

King of Napkin



Lotus shape



Heart shape
http://www.youtube.com/watch?v=ftpCC_Pr2Nk

Orchid shape
http://www.youtube.com/watch?v=9Si9qPlpObQ

Star shape
http://www.youtube.com/watch?v=jxxlqqtEHr4

Leaf shape
http://www.youtube.com/watch?v=jqWOXaUb11c

Fan shape
http://www.youtube.com/watch?v=vyUvucqUzm4

Fancy shape
http://www.youtube.com/watch?v=3GQhsA7mZvU

Flame shape
http://www.youtube.com/watch?v=26wJC1zPaCU

Bird shape
http://www.youtube.com/watch?v=gFT2s_jdajY

Boot shape
http://www.youtube.com/watch?v=Dm6wqhy4Hag

Love knot
http://www.youtube.com/watch?v=w_CMHJmreE8

Pandan Chiffon

Thursday, September 11, 2008

Buttercream recipe

Wednesday, September 10, 2008

Nigella Feasts - Chocolate Heaven: Chocolate Cheesecake

Cheesecake Factory

Ice Box Cookies Easy to Make and Ready to Bake

Cupcake Bouquet

Tuesday, September 9, 2008

How to get a smooth cake

http://www.youtube.com/watch?v=zB4ibkH0V_4&feature=related

Ginger Prawn



Ginger Prawn
Sumber: Chef Ismail

Ingredients
1 kg medium sized prawn
2 tablespoons QBB
50 g ginger, slices
80 g red chillies, sliced lengthwise
1 tablespoon fermented bean paste(tau chu)
125 g tomato sauce
2 tablespoons oyster sauce
250 ml water
3 tablespoons evaporated milk
1 teaspoon sugar
1/2 teaspoon ground black pepper
1 anchovy stock cube
Salt to taste

Instructions
Wash and clean prawns by making a slit at the back of the prawns but keep the shells intact.
Heat QBB and saute the ginger and fermented bean paste until fragrant.
Add the red chillies and saute for 1 minute.
Add in the tomato sauce, oyster sauce, water and milk and bring to boil.
Add prawns and the remaining seasoning ingredients and stir fry until prawns are cooked.
Serve hot.

Grilled Fish


Grilled Fish
Sumber: Chef Ismail

Ingredients
1.5 kg fish washed and cleaned with tamarind water and rough salt
8 shallots
4 cloves garlic
5 chilli padies
8 red chillies
3 cm fresh turmeric
1 tablespoon shrimp paste (belachan)
3 tablespoons tamarind paste
1 tablespoon sugar
Salt to taste
1 tablespoon coriander powder
200 ml water
3 tablespoons QBB
2 pieces X 12" X 8" aluminium foil
2 pieces X 8"X 8" banana leaves

Instructions
Grind the shallots, garlic cloves, chilli padies, red chillies, fresh turmeric, shrimp paste, tamarind paste, sugar, salt and coriander powder into a smooth paste.
Heat QBB in a pot over a low heat and fry the ground ingredients until aromatic and the raw smell disappears.
Add in the water and cook until the sauce thickens.
Cover a grill tray with aluminium foil and line it with a piece of the banana leaf.
Spread out half the cooked spicy mix onto the banana leaf and place the fish on top and pour the remaining spicy mix on the fish making sure the sauce covers the whole of the fish.
Place another piece of the banana leaf on top and wrap up the whole thing into a neat package.
Grill the fish on a barbeque grill or in an oven using the upper heat but ensuring that the door of the oven is wide open during the grilling process.
When the foil puffs up, remove from the grill tray and cut open the foil.
Serve with rice or as a separate dish.
Note:
You may also sprinkle some chopped daun kesum leaves or torch ginger.

Nasi Goreng Belacan Thai



Nasi Goreng Belacan Thai

Ingredients
5 biji cili padi
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar QBB
segenggam daun basil yang manis
2 sudu besar udang kisar yang dicampur 2 sudu besar air
1 kg nasi yang telah dimasak, disejukkan dalam peti sejuk.
5-6 sudu besar sos ikan

Instructions
Potongkan secara tebal cili, bawang putih dan bawang merah.
Panaskan QBB dan rendam daun basil dalam minyak sehingga harum. Buangkan daunnya.
Campurkan ramuan yang telah dipotong tadi bersama udang yang dikisar dan goreng sehingga harum.
Campurkan pula nasi dan sos ikan dan gaul pada kepanasan yang tinggi sehingga nasi menjadi sebati.

Hidang seperti berikut:
2 telur, dipukul dan di goreng menjadi omilet
3 sudu besar bawang dikisar
1 sudu besar bawang di goreng
100 g buah mangga yang belum masak, dikopek kulitnya berkeping-kepingan

Masa persediaan: 20 minit
Masa masakan: 10 minit
Pembuatan: 6

Nasi Ayam



Nasi Ayam (Sumber: Chef Devagi)

Ingredients (Ayam)
3 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk lima rempah
1 sudu besar minyak sapi asli Q.B.B
2 sudu besar sos kicap
1 sudu besar sos ikan 2 sudu besar jus limau nipis
1kg bahagian ayam atau 3 bahagian dada ayam.

Nasi
2 sudu besar minyak sapi asli Q.B.B.
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
5 kepingan halia, dipotong kecil
500g bijian beras panjang, dicuci bersih dan dikeringkan
900ml stok ayam atau air
1 1/4 sudu kecil garam
4 tangkai serai yang diikat

Sos Cili
5 tangkai cili padi
15g halia muda yang segar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil garam
80ml stok ayam
1 sudu kecil minyak sapi asli Q.B.B yang dicairkan
1 sudu besar wain nasi

Instructions (Ayam)
Campurkan semua bahan-bahan untuk diperapkan ke dalam mangkuk dan digaul rata.
Kemudian perapkan ayam selam 2 jam.
Letakkan ayam di atas rak dan masukkan ke dalam ketuhar di suhu 180 darjah selsius selama 40 minit. Sapukan juga minyak sapi asli Q.B.B. ke atas ayam semasa memanggang ayam.
Potongkan bahagian ayam untuk dihidangkan bersama nasi dan sos.

Nasi
Panaskan minyak sapi asli Q.B.B. dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik baunya.
Campurkan beras dan masak selama 3-4 minit hingga berbau wangi. Hidangkan bersama sos cili.

Sos Cili
Kisarkan bahan-bahannya hingga halus.

Karipap Kentang dan Sos Cilantro



Karipap Kentang dan Sos Cilantro

Ramuan Karipap
2 sudu besar minyak sapi asli Q.B.B
2 ulas bawang putih dihiris
Sebiji bawang dihiris halus
30 g tepung gandum
500ml susu penuh krim
3 biji kentang, direbus dan dipotong dalam bentuk kube 1cm.
200g cendawan butang, dipotong empat
200g cendawan hitam, dipotong empat
1 sudu besar daun oregano segar yang dihiris atau 1/2 sudu kecil daun oregano kering
1 sudu besar daun pasli segar atau 1/2 sudu kecil daun pasli kering
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam, ditumbuk
150g mozzarella atau keju cheddar, diparut
4 keping puff pastri yang digulung
2 sudu besar minyak sapi asli Q.B.B

Sos Cilantro
100g daun ketumbar
30g daun bawang
1cm halia
Setangkai cili hijau
1 sudu besar minyak asli Q.B.B yang dicairkan
4 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula

Cara Masakan Karipap
Panaskan minyak sapi asli Q.B.B dan tumiskan bawang putih dan bawang hingga naik baunya.
Campurkan tepung dan kacau hingga berbuih.
Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan memastikan agar tidak bergumpal.
Campurkan kentang yang direbus, cendawan, herba, garam dan lada putih. Kemudian kacaukan hingga sebati dan matikan apinya.
Sapukan sedikit minyak sapi asli Q.B.B ke atas puff pastri.
Ambil satu suku daripada bahan yang dimasak ini dan ketepikan di sebahagian daripada puff pastri.
Gulungkan dan letakkan di atas dulang yang lembap untuk dibakar.
Ikatkan dibahagian-bahagian tepi puff pastri ini megikut citarasa.
Kemudian masak di dalam ketuhar di suhu 200 darjah selsius selama 1/2 jam
Dihidang bersam sos Cilantro ataupun sapukan sos Cilantro di atas pastri sebelum taburkan bahan taburan.

Sos Cilantro
Campurkan bahan-bahannya dan kisar hingga halus.

Bubur Lambuk Tanjung Keling

Bubur Lambuk Tanjung Keling
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:
7 camca besar minyak masak
2 liter air
200 gm daging tetel
300 gm beras
50 gm kacang dal, direndam semalaman
Garam secukup rasa
3 camca besar daun sup hiris
3 camca besar daun bawang hiris
Bawang goreng (daripada 7 biji bawang merah)

Bahan tumis:
3 cm kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 camca besar serbuk kurma
5 biji buah pelaga
1 camca besar bawang putih, dikisar
1 camca besar bawang merah, dikisar
1 camca besar halia, dikisar

Cara membuat:
Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Kacau sehingga terbit bau.
Masukkan air, kacau rata. Kemudian masukkan daging yang dihiris, kacau lagi. Biar ia masak sehingga daging lembut.
Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata. Biarkan kedua-dua bahan ini kembang.
Masukkan garam dan masak 15 minit.
Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak dimakan untuk berbuka puasa.

Gulai lemak siput sayur keladi

Gulai lemak siput sayur keladi
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:-
1/2 kg siput sedut, dipotong hujung dan dicuci bersih
1 cawan air
1 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
300 g sayur keladi, dibuang kulit dipotong kecil kemudian direbus sehingga empuk
3 cawan santan

Bahan kisar:-
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
2 camca kecil udang kering
1 1/2 cm belacan

Cara membuat:-
1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan ke dalam periuk beserta air, daun kunyit, asam gelugur, sayur keladi dan bahan kisar.
2. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan kacau selalu.
3. Selepas masak angkat dan hidangkan untuk berbuka atau bersahur.

Gulai Daging Nangka Muda

Gulai Daging Nangka Muda
Sumber: Hotel JW Marriott Putrajaya, Chef Lim Meng Sow

Bahan:-
600g daging bahagian atas (topside)
150g santan
5g serai, diketuk
20g lengkuas, diketuk
250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil

Bahan kisar:-
200g cili merah
100g bawang kecil
20g halia
20g kunyit hidup

Cara membuatnya:-
Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak. Angkat dan hidangkan.

Biskut Badam Bercoklat

Biskut Badam Bercoklat
Sumber: Deli Corner, Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Wong Yik Seng

Bahan:-
300g mentega
300g gula
150ml air
550g tepung
100g serbuk koko
300g badam, dihiris nipis

Cara membuat:-
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan air, tepung dan serbuk koko yang sudah ditapis serta kepingan badan, gaul rata.
Kemudian masukkan adunan ke dalam dulang segi empat dan simpan di peti sejuk selama 30 minit.
Setelah itu, keluarkan dan canaikan setebal 1/2 cm. Kemudian potongkan ia berbentuk segi empat.
Susun di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 25 minit. Setelah masak, hidangkan.

Biskut Oren

Biskut Oren
Sumber: Deli Corner Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Wong Yik Seng

Bahan:-
500g mentega
250g gula ising
1 biji telur
2 biji kuning telur
2 camca kecil pati oren
Beberapa titik pewarna oren
750g tepung gandum
150g coklat yang dicairkan

Cara membuat:
Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian masukkan pula pati oren dan pewarna, gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk bintang (star nozzle). Paipkan adunan di atas dulang pembakar.
Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. Apabila biskut kekuningan, angkat dan biarkan ia sejuk.
Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut tadi ke dalam coklat yang dicairkan. Biarkan sejuk dan hidang dengan hirisan kulit oren.

Ayam Golek

Ayam Golek
Sumber: Hotel Federal daripada resipi kegemaran Tunku

Bahan:
2 kg ayam seekor
300 g santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
10 g asam jawa
2 - 3 camca makan air
1 camca teh gula
1 camca teh garam atau sesuka rasa

Rempah ratus:
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam

Cara:-
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir. Lakukan beberapa kali jika perlu. Lap sedikit ayam itu.
2. Campurkan asam jawa dan air. Tapis dan perapkan.
3. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 170° Celsius sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.

Kebab-e Koobideh

Kebab-e Koobideh
Sumber: Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi

Bahan:-
500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong segi empat
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 labu bawang putih
1 biji telur, dipukul terlebih dulu
4 biji tomato, sederhana besar
Garam secukup rasa
10g lada hitam, dicincang kasar
1 camca kecil serbuk kunyit

Cara membuatnya:-
Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur, garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk, gaul rata. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada pencucuk besi kebab. Cucuk selang seli daging dengan tomato.
Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.
Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau roti Arab.

Ketam Masak Lemak

Ketam Masak Lemak
Sumber: Dondang Sayang Coffee House, Hotel Corus Kuala Lumpur

Bahan:
1/2 kg ketam
1/2 biji kelapa/serbuk santan
15 biji cili api/cili kering
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 sm kunyit
1 batang serai
Garam
Gula

Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu.

Rendang Tok

Rendang Tok
Sumber: Chef Hasnah Jusof dari Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur

Bahan kisar:
200g bawang merah
200g bawang putih
200g halia
200g lengkuas
200g serai
200g kunyit hidup
200g cili api
300g cili kering

Bahan:
1kg daging lembu
1gelas air
1kg santan
50g rempah tiga serangkai (ketumbar, jintan manis dan jintan putih)
200g minyak masak
150g daun kunyit
150g daun limau purut
150g daun salam
Garam dan perisa secukup rasa

Cara membuatnya:
Rebus daging lembu sampai lembut.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumiskan bahan dikisar sehingga naik bau.
Masukkan air dan santan dan rempah tiga serangkai.
Apabila mendidih masukkan daging lembu.
Reneh sehingga pekat.
Masukkan daun kunyit, limau purut dan daun salam.
Masak sehingga pekat dan hidangkan.

Ayam Percik 1 dan 2

Ayam Percik 1

Bahan:
1.5 g ayam
50 g serbuk kunyit
100 ml air
300 ml pati santan
1/2 camca teh lada hitam
Garam

Bahan kisar halus:
6 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 sm halia
1 batang serai
15 tangkai cili kering

Cara membuat:
1. Bersihkan ayam dan dipotong empat.
2. Kisar bawang kecil, bawang putih, halia, serai dan cili kering sehingga halus.
3. Campurkan serbuk kunyit dan air sehingga sebati.
4. Masukkan ayam, serbuk kunyit dan air ke dalam mangkuk besar serta pati santan dan gaul sehingga sebati.
5. Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Perap di dalam peti ais semalaman.
7. Ayam boleh dipanggang.

Ayam Percik 2
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:-
1 ekor ayam (1 kg), dipotong empat
1/2 cawan minyak masak
2 cawan santan yang diambil daripada sebiji kelapa
Garam secukup rasa
1/2 cawan gula
2 keping asam keping

Bahan kisar:-
5 batang serai
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
50 g halia
5 tangkai cili kering, direbus sehingga lembut
2 biji buah keras
50 g kunyit hidup

Cara membuatnya:
Bersihkan ayam yang telah dipotong dan lumurkan garam secukup rasa dan lima camca besar bahan kisar pada ayam tadi. Perapkan hingga lebih lima jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan santan, garam, gula dan asam keping. Kacau sehingga pekat.
Keluarkan ayam yang diperap tadi dan panggang ia diatas bara sehingga separuh masak. Kemudian celupkan ayam di dalam kuah percik.
Panggang sekali lagi sehingga ayam masak sepenuhnya. Enak dimasak bersama kuah percik sesuai untuk berbuka puasa.

Acar Buah2an

Acar Buah-Buahan
Sumber: Restoran Seri Melayu
Bahan A:
10 g biji gajus
10 g cermai jeruk
10 g anggur jeruk
10 g kismis
2 biji timun, dihiris
2 biji lobak merah, dihiris
Sedikit lobak masin, dicincang
Bahan B:
150 g halia, dihiris
10 biji bawang kecil, dibelah dua
6 biji bawang putih, dibelah dua
4 biji cili merah, buang biji dan dipotong
4 biji cili hijau, buang biji dan dipotong
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula pasir secukup rasa
Bahan C:
5 camca besar minyak masak
1/2 cawan cuka, disatukan dengan 1/4 cawan air dan 1 camca teh gula
1 camca teh biji sawi digoreng tanpa minyak
4 biji bawang kecil, dihiris
20 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk, gaulkan sehingga sebati. Perapkan sejam kemudian sejat.
2. Bahan C, panaskan minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang kecil dan bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan campuran cuka dan didihkan selama tiga minit.
4. Seterusnya masukkan campuran bahan A dan B, kacau sehingga rata.

Daging Dendeng

Daging Dendeng
Sumber: Chef Azram dari Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Subang Jaya

Bahan:
1 kg -Daging lembu

Bahan untuk dikisar
100 gm cili kering
100 gm cili merah
50 gm bawang merah
10 gm bawang putih
10 gm gula merah
Secukup rasa garam dan kunyit
5 gm jintan manis
5 gm jintan putih
10 gm cili sos
10 gm tomato sos

Cara membuatnya:
1. Daging Lembu dibersihkan kemudian digaul dengan sedikit garam.
2. Rebus daging tadi, angkat dan dihiris nipis.
3. Goreng daging hingga garing dan angkat.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dikisar tadi hingga naik baunya.
5. Masukkan jintan manis dan jintan putih
6. Masukkan daging tadi dan gaulkan hingga rata
7. Bila garing angkat dan hidangkan.