Thursday, August 28, 2008

Kek Lapis Kayu Manis

KEK LAPIS KAYU MANIS
Sumber: Fiza Nordin

Bahan-Bahan:
Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumur lagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan.

Bahan A :
500 gm mentega (2 ketul)
4 sd besar susu pekat manis penuh krim
3 sd besar sirap perang
2 ½ sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh vanila

Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain.
Pukul hingga kembang. Ketepikan.

Bahan B :
400 gram tepung halus
8 biji kuning telur
10 biji telur
350 gm gula caster
50 gm gula icing - diayak
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75
1 sd teh serbuk penaik

Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan tepung halus - diayak 4 kali dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit.

Bahan lain :
½ ketul mentega dibiarkan lembik(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati)

Cara:
Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke grill (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar). Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis.

Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat.

Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C. Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.

Tambahan:
Jika suka rempah kek lapis rempah atau kopi, boleh pakai dalam resipi ini menggantikan serbuk kulit kayu manis dengan serbuk rempah kek/ kopi.

Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak.

Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus.

Menyediakannya juga memerlukan kesabaran.

Sirap perang memberikan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan.

Bahan2 kek ini menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A). Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM. Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk.

Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu. Contoh: SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll.
Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'.

Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat.