Wednesday, September 3, 2008

Kek Lapis Sarawak




Kek Lapis Sarawak
Sumber: Cikgu Noraini

Kek Lapis Sarawak adalah kek yang popular masa kini. Keunikannya terletak pada coraknya yang berwarna-warni dan rasanya yang berbeza dengan kek tradisonal atau lapis legit Indonesia. Bagi membuat kek lapis sarawak yang bercorak di tengahnya, memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia perlu dibuat dua kali. Mula-mula buat intinya dahulu. Setelah sejuk barulah dipotong dan disusun mengikut corak yang dikehendaki. Kemudian barulah dibuat lapisan atas dan bawahnya.
Untuk mendapat gambaran jelas tentang pembuatan kek ini, sila rujuk buku "Variasi Kek Lapis". Kek lapis ini mempunyai kaedah membuatnya yang berbeza dengan kek lapis tradisonal. Kaedah ini sangat penting difahami kerana kesilapan membuatnya akan menyebabkan kek tidak menjadi. Ia akan berminyak dan padat. Ia menggunakan dua kaedah iaitu mengkerim(creaming) dan membuih (foaming).
Kaedah Membuat Kek Lapis Sarawak
1. Mentega, gula, susu pekat/serikaya dan esen vanila dipukul hingga ringan dan gebu (mengkerim).
2. Dalam bekas berasingan, kuning telur, putih telur, gula dan ovalette dipukul hingga pekat dan gebu selama 10 minit pada kelajuan maksima (mixer Kenwood Chef) - (kaedah membuih).
3. Ayak tepung dan masukkan sedikit-sedikit dalam adunan diatas dan dipukul sebati.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur dan gaul hingga sebati. Boleh guna tangan atau guna mesin. Adunan telah sedia digunakan.

Menyukat Bahan-bahan



Peralatan menyukat bahan- penimbang digital, cawan dan sudu
Sumber: Cikgu Noraini

Ada pelbagai cara menyukat bahan-bahan. Ibu-ibu kita dahulu menyukat bahan dengan gelas, cawan, mangkuk, sudu makan dan ada juga yang main agak-agak saja atau cukup basah. Apabila buat kuih atau kek sekejap jadi dan sekejap tak jadi. Maklumlah, alat penyukatnya berubah-ubah, hari ni pakai cawan, esok lusa pakai mangkuk pula. Dengan kemudahan moden sekarang, pelbagai alat dicipta untuk memudahkan anda menimbang atau menyukat bahan-bahan. Ada penimbang digital, penimbang jarum (spring) atau pun cawan yang standard. Semuanya ada dijual di kedai bahan kek ataupun di pasaraya biasa. Di Malaysia, kita menggunakan timbangan metrik menggantikan timbangan paun (lb) dan aun (oz). Tetapi jika kita rajin melayari internet, kita boleh dapati resipi-resipi orang Amerika banyak yang menggunakan cawan (cup) dan paun. Memang bermasalah jika kita hendak mencuba resipi mereka kerana terpaksa menukarkannya kepada gram. Berikut adalah carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik.

1 oz - 25 gm
9 oz - 250 gm
16oz (1 lb) - 450 gm
2 lb 4 oz - 1 kg
1 cawan mentega - 250 gm
1 cawan gula - 250 gm
1 cawan tepung - 125 gm
2 cawan tepung - 250 gm
1 camca kecil/teh - 5 gm

Tip Menyukat Bahan
1. Adalah lebih mudah dan tepat jika menggunakan penimbang digital. Saya menggunakan jenama Tanita dan telah digunakan selama lebih 5 tahun tanpa sebarang masalah. Memang berbaloi membelinya walaupun harganya agak mahal.

2. Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang. Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau. Ia tak sepatutnya disukat membumbung.

3. Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan

.4. Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.

Apa fungsi bahan penaik



Serbuk penaik, krim tartar dan soda bikarbonat

Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Oatmeal Raisin Cookies



OATMEAL RAISIN COOKIES
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
120 gm mentega
100 gm shortening/lemak putih
200 gm gula perang
80 gm gula putih
2 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
190 gm tepung gandum

1 sudu teh soda
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh serbuk kayu manis
Secubit garam
240 gm oat keping
140 gm kismis (kuning)

Cara Membuatnya:
1. Putar mentega, shortening ,gula dan garam sehingga kembang dan berkerim (5 minit).
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
3. Ayak tepung, soda, serbuk kayu manis dan serbuk penaik.
4. Masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan oat keping dan kismis.
5. Gaul kesemuanya hingga menjadi adunan yang sebati. Adunan adalah lembik. Biarkan adunan 15 minit agar adunan kental sedikit.
6. Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar. Boleh juga dijemput guna tangan. Susunkan jarak-jarak, jangan terlalu rapat kerana ia akan kembang.
7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga keperangan.

Tip:
Tin pembakar dialas dengan kertas patchment agar biskut tak melekat pada tin kerana kandungan gula yang tinggi.

Donat Homemade


Donat Homemade
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 peket yis kering Mauripan(11gm)
5 sudu besar gula kastor
50 gm majerin
1 biji telur A
500 gm air (secukupnya)
1 sudu teh serbuk penaik


Cara Membuatnya:
1. Sediakan sebuah besen dan satukan tepung gandum, serbuk penaik, yis kering, gula, majerin dan telur. Gaul hingga rata.


2. Masukkan air sedikit-sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembap. Jika doh agak kering, tambah air sedikit lagi.

3. Pindahkan doh ke atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Uli dengan tangan selama 15 minit hingga lembut dan kenyal. Untuk memudahkan anda menguli. Bahagi dua doh tersebut dan ulilah satu-satu sehingga lembut.

4. Setelah lembut, satukan dua doh tadi menjadi seketul doh dan masukkan semula dalam besen dan tutup dengan kain atau plastik. Letakkan di tempat hangat seperti dalam bilik bertutup. Rehatkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda.

5. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan uli sebentar.

6. Bulatkan doh kecil-kecil dan bentukkan ia. Susun dalam dulang yang ditabur sedikit tepung dan biarkan ia naik selama 20 minit.

7. Panaskan minyak dan goreng donat kekuningan. Angkat dan toskan.

8. Setelah suam-suam kuku, bolehlah digaul dengan gula kastor.

Tip:
1. Minyak menggoreng jangat terlalu panas kerana mudah hangus. Guna api kecil saja.


2. Donat boleh difrozen atau disimpan chiller. Caranya goreng donat hingga kembang tapi masih putih. Angkat dan toskan. Simpan dalam bekas tupperware dan letak dalam peti sejuk. Apabila hendak dimakan, keluarkan dan goreng semula hingga kuning.

3. Jika doh terlembik, tambahkan sedikit tepung dan uli hingga menjadi lembut.

Petua2 di dapur

1. Sayur kekal segar
Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik. Simpan dalam peti sejuk .Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar
Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan
Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali
Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali, minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam. Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras
Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam
Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masak pada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang
Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap. Cara ini memudahkan kita memakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama
Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek
Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit. Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk
Rebuskan bersama daun nangka muda atau pun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama
Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dan sejukkan.

13. Pisau tak berkarat
Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering. Kemudian barulah disimpan.

14. Kacang cepat kembang
Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus. Ia akan cepat kembang.

15. Elakkan getah nangka
Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka. Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

16. Bersihkan pengisar
Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

17. Santan lebih pekat
Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Perah seperti biasa.

18. Kelapa parut tahan lama
Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

19.Kelapa parut beku
Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah seperti biasa.

Tips membuat Kek

TIPS MEMBUAT KEK
Sumber: Diana

1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.

2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.

3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan.

4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.

5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.

6) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.

7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.

8) Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.

9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.

Tips membuat Kek Lapis

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS
Sumber: Diana

1. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi dan bila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.

2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.

4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi.

5. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.

8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.

9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

Tuesday, September 2, 2008

Murtabak Lapis Krim Kraker





Murtabak Lapis Krim Kraker
Sumber: Abang Rozzan



Bahan-Bahan
600 gm daging cincang
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)

3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam secukup rasa


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:
Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega. Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

Cream Puff



Cream Puff
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota:

Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Cheng Tng (Chee Kong)



Cheng Tng (Chee Kong)
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahan
200 gm isi buah longan kering
air secukupnya (kira-kira 3 liter- jika kurang boleh tambah)
beberapa helai daun pandan (disimpul)
50 gm biji teratai (lotus seeds) - rebus hingga empuk
10 biji buah kembang semangkuk - rendam dgn air hingga kembang
beberapa keping buah samak kering - hiris
sedikit fungus (di rendam hingga kembang dan rebus hingga lembut)
50 gm halwa kundur (winter melon strips)
sagu biji besar (optional)
beras barley (optional)
keledek rebus (optional)
gula pasir/gula batu secukupnya
gula melaka (optional)

Cara:-
Rebus buah longan bersama air dan daun pandan hingga empuk. Masukkan gula, halwa kundur dan buah samak kering dan masak lagi hingga buah tersebut lembut. Ambil sebuah mangkuk sederhana. Isikan dengan sedikit fungus, buah kembang semangkuk, biji teratai dan sagu biji. Tuangkan air longan yg telah direbus tadi bersama 'isi-isi'nya yg lain. Hidangkan panas-panas. Jika yg suka cheng teng sejuk, tambahkan ketulan air batu.

Biskut Suji Badam

BISKUT SUJI BADAM
Sumber: Kak Intan

Bahan-bahannya
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak makan secukup nya

Cara-caranya
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.

2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.

3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak.

Soya Bean Drink

Soya Bean Drink
Sumber: Nazrizam Binti Ab Wahab (Mesra.net)

Bahan-bahannya
250 gram kacang soya
1 jug air masak
gula pasir
daun pandan

Cara-caranya
Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.

Cadangan Hidangan:
Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.

Tambahan:
Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis. Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara. Tapi ingat....jangan letak gula banyak sangat nanti kencing manis.....

Cocktail Jelly

COCKTAIL JELLY
Sumber: Diana

Bahan A
$1 daun cincau (boleh beli dikedai sinseh)
700 ml air

Bahan B
3000 ml air
1 paket agar-agar serbuk
350 gram gula
3 helai daun pandan

Bahan Cocktail Jelly
Fruit cocktail
Longan
Limau kasturi
Air batu
Air sejuk dari peti ais

Cara untuk Bahan A
1. Campurkan daun cincau dan air dan masak sehingga ia mendidih. Tapis airnya dan ketepikan.

Cara untuk Bahan B
1. Campurkan kesemua Bahan B dalam periuk dan masak. Apabila ia hampir mendidih, masukkan Bahan A yang telah anda ketepikan tadi.

2. Kemudian tuang dalam bekas yang sesuai dan sejukkan sebelum simpan dalam peti sejuk supaya ia membeku.

Cara menyediakan Cocktail Jelly
1. Sebaiknya gunakan Fruit Punch Bowl yang besar, masukkan fruit cocktail, longan, air batu dan air sejuk.

2. Kemudian jelly yang telah disediakan tadi, disendukkan kedalamnya.

3. Perahkan jus limau kasturi dan sedia untuk dihidang dan kulit limau tu masukkan sekali sebagai hiasan.

Sedap jika dihidangkan sejuk.

Monday, September 1, 2008

Mee Hoon Kicap Istikomah

Mee Hoon Kicap
Sumber: Mamaleza

Bahan2:-
1 paket bee hoon (dicelur saperti biasa)
secukup tauge
secukup daging lembu (dihiris tipis) jgn gunakan daging kisar, kurang enak

Bahan2 tumis:-
2 biji bawang besar (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
1 senduk besar cili kisar (ikut selera, boleh tambah atau kurangkan)
1 senduk kicap manis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan daging dan tunggu hingga empuk.
4. Masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan tunggu sebentar.
5. Tambah sadikit air jika terlalu kering.
6. Masukkan mee hoon dan gaul hingga rata.

Hidangan ini boleh disajikan dengan telur dadar yang dihiris nipis, bawang goreng, daun sop/bawang dan cili jeruk.

Tapai Ubi



Tapai Ubi
Sumber: Abang Rozzan

Bahan2:
1 kg ubi kayu (kupas kulitnya, potong anggaran 4-5cm & bilas dgn air)
1 keping ragi (dihaluskan jadi serbuk- gesek dgn pengayak tpg pun boleh)
secukup daun pisang (utk membungkus tapai)

Cara:
1) Rebus ubi yg telah dibersihkan tadi hingga separuh masak lalu ditoskan dan biarkan sejuk.

2) Susun selapis ubi kayu di dalam sebuah bekas (periuk pun boleh). Taburkan rata-rata serbuk ragi tadi ke atasnya. Susun lagi selapis ubi kayu dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua ubi tadi habis. Tutup periuk rapat-rapat. (ada juga kaedah lain di mana setiap ubi tersebut disapukan dgn serbuk ragi)

3) Ambil sehelai kain putih (atau apa-apa pun kain yg ada!) dan bungkus periuk tadi. Kemudian peraplah selama kurang lebih 3-4 hari.

4) Bila tapai sudah menjadi, baunya akan naik, dan ia akan mengeluarkan sedikit air yg manis.

5) Bungkus tapai dgn daun pisang utk menambahkan lagi aroma tapai ubi tadi.

Abuk-Abuk Sagu






Abuk-Abuk Sagu
Sumber: Abang Rozzan


Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm

Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. Kukus hingga masak.

(Pssstt... kalau malas nak gunakan daun pisang, bolehlah digunakan acuan2 kecil atau langsung kukus jer dlm loyang seperti di gambar di atas tu... Setelah masak dan disejukkan, barulah dipotong ikut citarasa)

Nagasari Traditional

Nagasari
Sumber: Abang Rozzan

Bahan2:
1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya

Cara:
1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.

2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.

3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.

4) Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.

Belebat Pisang



Belebat Pisang
Sumber: Abang Rozzan

Bahan2:
500 gm pisang mas
50 gm kelapa parut putih
120 gm tepung gandum
4 sudu makan santan pekat
80 gm gula pasir
20 gm gula melaka
1 biji telur
secubit garam
secukup daun pisang

Cara:
1) Bubuh pisang ke dalam mangkuk dan dilenyekkan hingga halus.

2) Masukkan bahan-bahan lain seperti kelapa, tepung, santan, gula, telur dan garam.

3) Ambil sehelai daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh sedikit adunan. Lipatlah seperti biasa.

4) Kukus selama kira-kira 30 minit.

Nagasari Jagung



Nagasari Jagung
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (dicampur dan kacau rata)

Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.

2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.

3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.

4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.

5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk.

Kek Lapis Batik Sutera



Kek Lapis Batik Sutera
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahan:
450g mentega
250g gula halus (saya gunakan 180 gm jer)
10 biji telur
170g seri kaya
397g susu pekat manis
100g Horlicks
1 sudu kecil esen vanila
200g tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)

Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. Masukkan seri kaya, susu manis, Horlicks dan esen vanila. Pukul lagi hingga rata. Masukkan tepung dan gaul rata-rata.Cara anda membuat design kat kek ni tergantung dgn kreativiti anda. Yang saya buat kali ini ialah:

3 lapisan plain+5 lapisan warna+3 lapisan plain+5 lapisan warna + 3 lapisan plain.
1 lapis gunakan 2 senduk lauk (bentuk bujur),
so jumlah bahan/adunan kek lebih kurang 38 senduk kesemuanya.
Jadi bahagikan adunan mengikut sukatan senduk tadi.

Cara:
Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 200-220 darjah Celsius. Gunakan api grill saja. Sementara itu sediakan loyang berukuran 8"x8". Alaskan dgn kertas dan digriskan pd dasar dan sekeliling loyang. Setelah itu, mulalah membakar kek untuk lapisan bawah. Gunakan adunan plain dan bakar setiap lapis dgn 2 senduk adunan sehingga 3 lapis kesemuanya. Adunan untuk yg berwarna; yg jumlahnya 20 senduk tu di bahagi 3 bahagian dan warnakan dgn 3 warna pilihan anda. Setelah itu bakar 5 lapis adunan berwarna, diikuti dgn 3 lapisan plain, 5 lapisan berwarna dan akhir sekali 3 lapisan plain.

Kek Lapis Strawberry



Kek Lapis Strawberry
Sumber: Pn Hawa Ismail/Buku Masak Warna

Bahan A
24 biji kuning telur
450 gm mentega
5 biji putih telur
280 gm gula halus
80 gm tepung naik sendiri
sedikit pewarna merah/kuning
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
170 gm tepung ice-cream strawberry (diayak dahulu)
150 gm ice-cream strawberry (jenis plain) – lembutkan
130 gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
sedikit mentega (dicairkan dlm mangkuk kecil utk disapu pada setiap lapisan)
loyang pembakar (10” x 7”) - alaskan dgn kertas tracing, sapukan mentega

Cara:
Mentega dipukul hingga gebu. Ketepikan. Pukul putih telur dgn separuh gula (140gm) hingga naik dan pekat. Ketepikan. Pukul kuning telur dgn gula yg separuh lagi hingga naik dan pekat. Masukkan mentega dan kacau rata. Campurkan adunan putih telur, kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn susu tepung, esen vanilla dan warna kuning. Yang satu bahagian lagi dicampur dgn tepung ice-cream strawberry, esen strawberry, serta ice-cream strawberry dan pewarna merah. Kacau rata-rata. Bakarlah berselang-seli merah dan kuning, mengikut citarasa anda samada selapis kuning, selapis merah atau dua lapis kuning, dua lapis merah. Gunakan api ‘grill’ dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. Pada setiap lapisan, setelah lapisan itu masak, keluarkan dari oven dan sapukan dgn mentega cair. Tuang lagi adunan (kira-kira 1 senduk) dan bakar lagi hingga ke lapisan akhir. Pada lapisan terakhir, gunakan api oven (api atas bawah) dan kecilkan suhunya kpd kira-kira 160 darjah dan masak hingga kek masak (kira-kira 8-10 minit).

Muffin Pisang



MUFFIN PISANG
Sumber: Abang Rozzan/Chef Anuar

Bahan-Bahan
150 ml minyak (I used canola olive oil)
150 ml susu segar
150 gm gula kaster
100 gm telur (size of abt 2 small eggs)
sedikit esen pisang (I used 1 tsp vanilli instead)
250 gm tepung gandum (I used multi-purpose flour) or try self-raising
15 gm serbuk penaik (I used 1 tsp baking powder)
80 gm pisang masak yg dilecek

Additional Ingredients I Added :
50 gm cream cheese (diced or pinch into small cubes or pieces)
80 gm hazelnuts/walnuts
60 gm of banana (diced)
50 gm chocolate bar (diced)

Cara :
1) Campur minyak bersama susu segar, gula kaster, telur dan vanilli. Kacau hingga sebati.

2) Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder. Kacau lagi hingga rata.

3) Masukkan pisang lecek dan kacau.

4) Akhir sekali, masukkan cream cheese, hazelnut/walnut dan diced banana. Gaul rata.

5) Tuangkan adunan muffin ke dalam acuan muffin atau cupcakes dan bubuh diced chocolate di atasnya.

6) Bakar selama lebih kurang 25- 30 minit sehingga masak dgn suhu abt 180 - 190 darjah Celsius.

My observations : This muffin will taste even better if a little salt is added in order to bring out the flavour and aroma. I'll definitely will put a pinch of salt in my next tryst.

Kek Lapis Coffee Princess 2

KEK LAPIS COFFEE PRINCESS 2

Bahan (A)
20 biji kuning telur sejuk
5 biji putih telur sejuk
350 gm gula halus
50 ml air sejuk
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh baking powder

Bahan (B)
354 gm mentega
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar coffee oil
½ sudu teh garam halus
sedikit pewarna merah

Peraturannya:
1. Pukul Bahan A hingga pekat dan sebati. Ketepikan.

2. Pukul Bahan B sampai kembang.

3. Masukkan Bahan B sedikit-sedikit ke dalam Bahan A. Kacau rata-rata.

4. Bahagia adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan merah dan yg satu lagi dibiarkan plain.

5. Bakarlah 2 lapis plain dan dua lapis merah (atau satu plain, satu merah) sehingga adunan selesai digunakan.

Nota:
Gunakan loyang 10”x 7” atau 8”x8”. Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing/parchment & gris dgn mentega. Gunakan api grill (api atas jer) dgn suhu kira-kira 220–240 darjah Celsius.

Kek Lapis Coffee Princess



Kek Lapis Coffee Princess
Sumber: Abang Rozzan

BAHAN (A)
15 BIJI KUNING TELUR SEJUK
4 BIJI PUTIH TELUR SEJUK
270 GM GULA HALUS
40 CC AIR SEJUK
160 GM TEPUNG HONG KONG
¾ SUDU BESAR OVALETTE
1 SUDU TEH BAKING POWDER

BAHAN (B)
270 GM MENTEGA
4 SUDU BESAR SUSU PEKAT
2 SUDU BESAR COFFEE OIL
¼ SUDU TEH GARAM HALUS
SEDIKIT PEWARNA MERAH

PERATURANNYA
1. PUKUL BAHAN A HINGGA SEBATI DAN KETEPIKAN.

2. PUKUL BAHAN B SAMPAI PEKAT.

3. MASUKKAN BAHAN B SEDIKIT-SEDIKIT KE DALAM BAHAN A. KACAU RATA-RATA.

4. BAHAGI ADUNAN KEPADA 2 BAHAGIAN. SATU DIWARNAKAN MERAH DAN YANG SATU LAGI DIBIARKAN PLAIN.

ANDA BOLEH GUNAKAN LOYANG BERUKURAN 9" X 6".5.
BAKARLAH 1 LAPIS PLAIN DAN 1 LAPIS MERAH SEHINGGA SELESAI.

Kek Lapis Batik Kenyalang





KEK LAPIS BATIK KENYALANG
Sumber : Abang Rozzan/Majalah Saji


Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.








Cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).
6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris. Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.
9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.


Nota:
Anda boleh juga menggunakan acuan yg besar sedikit seperti 10" x 10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, kek2 lapis Sarawak mempunyai bentuk yg tinggi dan cara memotongnya juga berlainan.

Epok-Epok Pusar










KARIPAP PUSING
Sumber: Abang Rozzan/Hellikonia

Bahan A (Doh Minyak)
600 gm tepung
1 cawan air suam
½ cawan minyak masak
2-3 cubit garam
* Gaul dan uli hingga sebati. Buatkan bebola2 kecil. (saya buat 10 bebola dgn setiap bebola seberat +- 90 gm)

Bahan B (Doh Majerin)
400 gm tepung
150 gm majerin (I used almost 200 gm)
* Gaul & uli hingga menjadi doh yg tak melekit. Buatkan bebola2, lebih kecil dari doh minyak. (saya buat 10 juga dgn setiap bebola seberat +- 60 gm)

Cara:
Ambil setiap bebola dari doh majerin dan masukkan ke dalam bebola minyak yg telah di leperkan hingga menjadi satu bebola yg besar. Ulang hingga kesemua bebola habis digunakan. Kemudian ambil sebiji bebola tadi dan canaikan hingga menjadi persegi empat. Sesudah itu gulung doh tadi hingga menjadi seperti swiss roll. Setelah itu canai lagi (memanjang) lalu digulung sekali lagi. Akhir sekali, potonglah doh ini kpd 3-4 bahagian mengikut saiz karipap anda. Buat seperti ini kpd kesemua bebola tadi hingga selesai.Ambil satu gulungan yg telah dihiris/potong tadi dan canai leper. Masukkan inti dan tutupkan semula dgn kemas. Kelimlah dgn teliti. Apabila kesemua doh/bebola dah selesai, bolehlah digoreng dgn api yg sederhana.
(Untuk intinya, anda bolehlah gunakan sembarang inti kegemaran anda seperti inti kentang atau sardin)

Observations:
Karipap jenis begini banyak menggunakan minyak/ majerin lantas hasilnya karipap yg cantik tapi a little too 'soft' .

Karipap





KARIPAP
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahan Utk Kulit Karipap
580 gm tepung gandum
180 gm pastry majerin (lemak pastri) }
1½ sudu teh baking powder } … diayak
1¼ cawan( kira-kira 250-280 ml) air sejuk
1 biji telur ayam
1 sudu teh garam
2 sudu teh pewarna kuning
2 sudu makan jus lemon (optional)
95 ml minyak



Utk Sapu atas Karipap
1 biji kuning telur }
2 sudu teh susu cair } … dipukul














Cara:
Lemak pastri digiling nipis lalu simpan dalam peti sejuk. (Saya biarkan saja kat luar-senang nak sapu ke atas adunan nanti). Tepung, minyak dan telur dipukul atau diuli hingga menjadi serbuk roti. Kemudian masukkan air, jus lemon dan garam lalu uli hingga lembut tetapi tidak melekit.Taburkan tepung atas papan pencanai. Canai adunan memanjang lalu letakkan lemak pastri tadi. Kemudian lipat dan canai (giling) 2 kali ganda panjangnya. Canai dan lipat lagi. Buat begini sebanyak 3 kali. Rehatkan adunan selama kira-kira 1-2 jam dalam peti sejukKemudian, canailah adunan mengikut ketebalan yg anda suka dan bubuh inti. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan (170-180 darjah) selama kira-kira 25-30 minit.
Bahan Inti
300 gm kentang (potong dadu)
100 gm daging kisar atau isi ayam
4 biji bawang besar (potong dadu)
2 sudu makan rempah kari daging
1 ulas bawang putih (cincang)
sedikit daun kari
sedikit garam
minyak utk menumis
(Masaklah seperti memasak inti karipap/epok-epok biasa)

Nota:
1) Ada resipi lama yg menggunakan lemak kambing instead of pastry margarine.
2) Ada resipi yg menyuruh anda mencelupkan karipap ini ke dalam air sejuk sebelum disusun di dalam dulang pembakar. Kemudian sedikit minyak dibubuh ke atas karipap tersebut dan seterusnya dibakar dalam ketuhar.

Brownies




BROWNIES

Sumber : Diella

Bahan-Bahan

250gm mentega

1½ cawan gula (360 gm)

4 biji telur

2 s/teh esen vanilla

½ s/teh baking powder

1 cawan tepung biasa (120 gm)

¾ cawan serbuk koko

½ cawan kacang (cincang)

½ cawan choc chips (optional)- saya taruk 150 gm

Cara :

1) Cairkan mentega di atas api kecil, matikan api dan masukkan gula. Kacau dgn whisk.

2) Masukkan telur dan esen vanilla dan terus kacau.

3) Masukkan tepung , baking powder dan serbuk koko. Gaul rata.

4) Masukkan kacang

5) Tuang ke dalam loyang yg telah digris ( 12" x10") dan lampirkan kertas minyak agar tidak melekat - saya gunakan saiz 10" x 10" dan bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan dgn suhu 180 darjah Celsius selama 25 – 30 minit- saya bakar selama 45 minit.

BAHAN CREAM COKLAT

250 gm cooking chocolate

1 sudu besar marjerin

1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:

1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil - saya masukkan microwave jer fr 2-3 minit.

2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan marjerin.

3. Kacau sehingga sebati.

4. Tuangkan ke atas kek dan hiaslah mengikut citarasa anda

Kandi Kelapa



KANDI KELAPA
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahan:
2 helai daun pandan (disimpul)
2½ cawan mampat kelapa parut (yg dibuang kulit arinya)
1 tin (397 gm) susu pekat manis
1 cawan gula (maybe boleh kurangkan mengikut citarasa anda)
30 gm mentega
½ sudu teh esen vanilla
beberapa titik pewarna pilihan anda

Cara:
Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci). Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yg kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit). Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen vanilla dan pewarna lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yg telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata. Biarkan kandi sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Friday, August 29, 2008

Epok-Epok Sayur



EPOK-EPOK SAYUR
Sumber: Abang Rozzan

Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.

Inti Sayur
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg kecil cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)
400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
garam secukup rasa secukup
minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Sambal Cuka
10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir

Cara:
Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato.

Bubur Suji



BUBUR SUJI

Bahan bahan:-
350 gm tepung suji
1350 ml air

1 tin besar susu cair/sejat
½ botol air mawar (boleh kurangkan sedikit)
300 gm gula
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
sedikit pewarna kuning (optional)
secukup kismis- abt 150 gm (digoreng dgn sedikit minyak sapi, diketepikan)
secukup badam-abt 50 gm (dibuang kulit, hiris memanjang, digoreng hingga kekuningan)
secukup gajus-abt 150 gm(digoreng hingga kekuningan, separuh dicincang kasar2, separuh dibiar sebiji-sebiji)

Cara:
1. Masukkan suji, air, susu cair & gula ke dalam sebuah periuk besar dan kacau hingga sebati.
2. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau-kacau agar suji tidak bergentel.
3. Setelah suji pekat, masukan air mawar, minyak sapi, pewarna kuning, garam, sedikit kismis goreng dan gajus cincang.
4. Pastikan adunan suji tidak terlalu pekat sbb kalau ia sejuk akan menjadi lebih pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Setelah itu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Cara Menghiaskan Suji
1) Bubuh suji ke dalam bekas-bekas kecil (ataupun saiz mengikut citarasa anda).
2) Taburkan sedikit kismis goreng, hirisan badam goreng dan gajus.
3) Akhir sekali bubuh ceri ditengah-tengah.

Nota:
Untuk acuan yg saya gunakan itu, kita dapat menghasilkan kira-kira 24 bekas suji.

Goreng Pisang

Goreng Pisang
By: Amy Beh

Ingredients
1/2 cup self-raising flour
1/4 cup corn flour
1 tbsp rice flour
Pinch of salt
1/2 tsp baking powder
180ml water or just enough
1½ tbsp oil
5-6 bananas, halved
Enough oil for deep-frying


Method:
Combine the various flours, salt and baking powder in a mixing bowl.
Pour in water and combine into a batter.
Add in oil to mix.
Coat banana halves in batter and deep-fry in hot oil for three to four minutes or until crispy and golden brown.
Remove and drain on crumbled kitchen paper.

Sabsuka

Sabsuka
Sumber: Berita Harian

Bahan2:-
1/2 kg daging lembu cincang
6 biji telur ayam
4 biji bawang besar dipotong dadu
2 sudu makan bawang putih (cincang halus)
2 sudu teh halia (cincang halus)
1 mangkuk cili boh
2 sudu makan serbuk jintan halus
1/2 mangkuk sos tomato
2 sudu makan gula pasir
1 mangkuk tomato puree
2 sudu makan sos cili
2 biji tomato dipotong dadu
2 cawan air
1 sudu makan minyak sapi
serbuk lada hitam secukup rasa
daun ketumbar dan bawang goreng

Cara2nya:-
1. Gaulkan daging dgn halia, bawang putih dan serbuk lada hitam dan ketepikan sebentar.

2. Tumiskan cili boh hingga garing. Masukkan kayu manis. Masukkan daging cincang yang telah di serapkan bawang putih, halia dan lada hitam. Biarkan daging masak.

3. Kemudian masukkan bawang besar, tomato puree, sos tomato, sos cili, jintan halus dan air.

4. Apabila sudah agak kering sedikit, masukkan minyak sapi. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun ketumbar.

5. Goreng telur ayam di kuali berlainan (kalau boleh separuh masak). Satu biji telur untuk setiap pinggan sajian. Enak dimakan panas dengan roti.