Friday, August 29, 2008

Filament Stick Pizza Bun



FILAMENT STICK PIZZA BUN

Ingredients
400g high protein flour
11g instant yeast
1/2 tsp salt
30g caster sugar
30g milk powder
300ml milk
1/2 tbsp pizza seasoning
1 tsp bread improver
50 g butter

Topping
3 tbsp tomato sauce
1 tbsp oregano whole
12 stalks filament stick
some coriander leaves
3 tbsp mayonnaise

Directions
1. Combine all ingredients in a mixer, mix well with medium speed until to be a dough.

2. Add in butter, continue beat with medium speed until a smooth and elastic dough is formed. Rest the dough for 30 minutes.

3. Divide dough into 50g each portion and roll into round shapes. Rest for another 10 minutes.

4. Roll out the dough into cylinder shapes with a rolling pin, make a few slits in the centre. Turn out the dough from inside to form a knot, spread with some tomato sauce and sprinkle with a little oregano whole.

5. Place in filament stick, leave to rise until doubled in size.

6. Bake in preheated oven at 200C for 10-15 minutes until cooked. Leave to cool, drizzled with some mayonnaise and top with coriander leaf.

Mee Bandung Chef Wan



MEE BANDUNG CHEF WAN
Sumber: Chef Wan Ismail

Bahan-bahan
300 gm mee kuning, dicelur
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
2 sudu cili kisar
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 cawan kacang pis (optional)
3 biji telur rebus
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad (optional)
Tauhu
Limau kasturi

Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.

2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.

3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.

4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.

5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.

Serimuka Durian



SERIMUKA DURIAN
Sumber: Kak Hanieliza

Bahan Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 cawan santan cair + sikit garam

Caranya
1. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
2. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
3. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Bahan Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan gula perang [brown sugar]
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung atau tepung kastad
1 s/b gula pasir [jika perlu]
1 s/k garam

Caranya
1. Masukkan santan, gula dan durian dalam blender dan kisarkan.
2. Masukkan bahan kisar kedalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung atau tepung kastad kedalam mangkuk santan.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
5. Panaskan bahan lapisan atas dalam kuali non-stik [jika ada] sehingga naik wap.
6. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana.
7. Bila telah masak, sejukkan betui2 [dalam 4 -5 jam] baru dipotong dan hidangkan.

Thursday, August 28, 2008

Kek Lapis Polkadot Sagu



KEK LAPIS POLKADOT SAGU
Sumber: Abang Rozzan

Bahan A
16 biji kuning telur
6 biji putih telur
210 gm gula kastor
180 gm tepung Hong Kong
50 gm tepung sagu
1 sudu makan ovalette

Bahan B
480 gm mentega
1 tin kecil seri kaya
5 sudu makan susu pekat
500 gm roti tunjuk
pewarna hijau dan coklat
perasa pandan dan coklat

Cara Membuat:
1) Pukul semua Bahan A hingga kembang dan masukkan Bahan B. Gaul hingga sebati

2) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian berwarna hijau ditambah dgn perasa pandan. Satu bahagian berwarna coklat ditambah perisa coklat. Lapis warna coklat sehingga masak.

3) Kemudian susun roti tunjuk. Lapis lagi warna hijau dan susun roti tunjuk selepas itu. Susun berselang-seli, hijau dan coklat. Ulang proses ini sehingga habis.

Catatan Saya:
Cara pembikinannya kurang jelas/terperinci. Setelah Bahan A dipukul hingga kembang, "masukkan Bahan B". Saya rasa anda perlu memukul mentega tu sebentar hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam Bahan A. Kemudian, masukkan seri kaya dan susu.

Biskut Cornflake Thumbprint



BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT
Sumber: Chef Wan

Bahan-Bahan:
225 gm mentega
½ cawan gula perang
2 biji telur (asingkan kuning dari putihnya)
1 sudu teh esen vanilla
2½ cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
½ cawan kacang walnut (dicincang halus)
1 cawan cornflake yg dihancur halus, dicampur dgn kacang walnutj
em raspberry secukupnya

Cara:
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.

2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan golek ke dalam bahan cornflake dan kacang.

3. Dgn hujung jari ditekan leper dan dibentuk lobang kecil. Isi dgn jem raspberry dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12-15 minit sehingga kuning emas

Biskut Strawberry



BISKUT STRAWBERRY
Sumber: Chef Wan

Bahan-Bahan:
2 biji kuning telur
250 gm mentega
200 gm gula halus
100 gm tepung jagung
400 gm tepung gandum
50 gm badam (dikisar)
sedikit badam (utk dibuat batang berwarna hijau)
100 gm buah asam gambir (haw flakes)-dikisar
2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh perisa strawberry (essence atau paste)
sedikit gula kaster utk ditabur atas biskut
sedikit putih telur utk pelekat badam

Cara:
1) Pukul mentega dan gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang. Kemudian masukkan pewarna merah dan perisa strawberry.
2) Masukkan tpg jagung, tpg gandum, badam kisar dan buah gambir. Gaul rata-rata.
3) Uli doh, kemudian canai utk membuat biskut.
4) Sapukan putih telur pada badam berwarna hijau dan letakkan di atas biskut.
5) Kemudian dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius.
6) Taburkan gula kaster di atas biskut setelah dibakar.

African Marble Cake



AFRICAN MARBLE CAKE
Sumber: Roshayati Johari

Bahan-bahannya:-
250 g tepung naik sendiri
200 g gula kastor
300 g telur - timbang tanpa kulit
1 camb ovellate
1 camt baking pawder
2 camb susu pekat
50 g air
175 g butter - cairkan
coklat/strawberry/ kopi/pandan emulco - pilih satu yang digemari

Cara-caranya
1. Pukul semua bahan kecuali butter cair dan emulco hingga pekat dan kuantitinya menjadi double.
2. Masukkan butter cair dan kacau adunan sebati. Asingkan 3 senduk adunan.
3. Campurkan 3 senduk dengan emulco. Tuang adunan banyak dalam loyang.
4. Tuangkan sedikit2 adunan emulco dan corakkan atas adunan banyak. Bakar. (Pastikan adunan hanya separuh loyang sebab kek ni akan naik double ).
5. Suhu 160 selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Setelah masak, biarkan 5 mini dalam loyang lepas tu keluarkan. Ini untuk elakkan kek jadi kecut.

Kek Lapis Prune Aiskrim



KEK LAPIS PRUNE AISKRIM
Resipi Sumbangan: Siti Adawiah
Gambar Sumbangan: Kak Halimah Anang

Bahan-bahannya
500gm mentega
4 sudu makan susu manis
1 sudu teh esen pisang
Bahan-bahan diatas ini dipukul hingga putih

22 biji kuning telur, gunakan 5 putihnya
230gm gula
150gm tepung hongkong
1 sudu makan ovalette

250gm prune-digunting kecil2-diketepikan

Pukul telur dan gula hingga kembang lalu masukkan ovalette diikuti dengan tepung. Gaul sebati dan dibahagi 2. Satu diwarnakan hijau dan yang lagi satu diwarnakan merah dan dibubuh prune. Bakar selapis2 hingga selesai. Lapisan terakhir dibakar pada suhu oven selama 15 minit pada suhu 150C atau hingga tepinya merekah.

Kek Lapis Rempah (Basic)



KEK LAPIS REMPAH
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
3 biji putih telur
7 oz gula halus
9 oz mentega
2½ oz tepung Hong Kong
¼tin susu pekat
1 oz badam kisar
3 sudu teh rempah kuih
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh vanilli

Peraturannya:
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur.Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.

Kek Lapis Limau Purut



KEK LAPIS LIMAU PURUT
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-Bahan
250 grm mentega
2 sudu makan susu pekat
½ tsp vanilli
10 kuning telur
4 putih telur
160 grm gula
90 grm tepung Hong Kong
2 sudu makan badam kisar
½ sudu teh baking powder
1½ - 2 sudu makan kulit limau purut (parut)
1 tsp warna hijau

Peraturannya
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan parutan limau purut. Kacau hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu biarlah plain dan yg satu lagi dibubuh pewarna hijau.
6. Bakarlah selapis-selapis hingga masak.

Nota:
1. Saya gunakan loyang berukuran 7"x7".
2. Setiap lapisan saya gunakan 1 senduk bumbung adunan.
3. Bakar menggunakan api grill (suhu 200 - 210 C)

Kek Lapis Rainbow Prune



KEK LAPIS RAINBOW PRUNE
Sumber: Abang Rozzan

Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
11 oz gula halus (10 oz bagi yg ingin kurang manis)
16 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder} ayak bersama
7 oz (atau secukupnya) buah prune, digunting2
secukup chocolate bar(optional), potong kecil2 (saya gunakan cokelat cadbury yg blackforest)
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla

Peraturan:
Bahan A:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang.

Bahan B:
Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)

Satukan Bahan (A) dan (B).

Kacau rata-rata.

Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai.

Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

Pada setiap lapisan ganjil bubuhkan cokelat.

Kek Lapis Sarawak


KEK LAPIS SARAWAK
Sumber: Hanieliza

Bahan A [Dipukul kembang dan ringan]
250 gm susu pekat
250 gm butter

Bahan B
6 biji telur SEJUK gred A [kalau gred B..gunakan 7 biji]
1 cawan gula halus
2 cawan tepung Naik Sendiri
1 s/k Vanilla
1 s/k ovallate

Bahan C
Kurma/asam flake/prune/kismis/coklat chips

Cara2nya:
1. Pukul gula dan telur satu persatu sehingga kembang dan gebus /ringan
2. Masukkan bahan A, ovallate dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
4. Panaskan oven api atas [suhu 170'C]
5. Masukkan 2 sudu besar adunan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakar sehingga masak [10 minit]
7. Lapiskan dengan apa2 pilihan bahan C.
8. Ulangkan step sehingga adunan habis.

Kek Lapis Kayu Manis

KEK LAPIS KAYU MANIS
Sumber: Fiza Nordin

Bahan-Bahan:
Sediakan acuan 10X10". Alaskan dasarnya dgn mentega rata2 dan alas kertas gris. Lumur lagi mentega rata-rata seluruh bhgn dalam acuan.

Bahan A :
500 gm mentega (2 ketul)
4 sd besar susu pekat manis penuh krim
3 sd besar sirap perang
2 ½ sd teh serbuk kulit kayu manis
1 sd teh vanila

Pukul mentega hingga putih dan masukkan bahan2 lain.
Pukul hingga kembang. Ketepikan.

Bahan B :
400 gram tepung halus
8 biji kuning telur
10 biji telur
350 gm gula caster
50 gm gula icing - diayak
2 sd besar membumbung ovalette/Quick 75
1 sd teh serbuk penaik

Pukul kedua2 telur dan serbuk penaik hingga berbuih dan kemudian masukkan bahan2 lain. Pukul pada kelajuan tinggi hingga putih. Kemudian masukkan tepung halus - diayak 4 kali dan pukul hingga kembang dan putih. Gunakan kelajuan tinggi. Perlahankan pemukul dan masukkan sedikit2 bahan A sambil dipukul hingga habis. Gaul dengan kelajuan sederhana 10 minit dan gunakan kelajuan tinggi dan pukul lagi 15 minit.

Bahan lain :
½ ketul mentega dibiarkan lembik(Adunan yang telah siap hendaklah selalu dikacau supaya sebati)

Cara:
Sementara bahan A & B bergaul sebati, panaskan oven suhu 150 deg C (api atas bawah) selama 20 minit. Gunakan senduk besar. Masukkan 1 1/2 senduk adunan dalam tin tersedia. Bakar api atas dan bawah selama 10 minit pada suhu 140 deg C. Keluarkan dari oven dan tukar ke grill (api atas). Sendukkan 1 senduk adunan diatas lapis pertama tadi dan gril 10 minit lagi. Jika menggelembung apabila keluar dari oven, tekan sedikit dgn spatula atau sudip (jgn tekan terlalu kuat). Sapu perlahan-lahan dgn mentega lembik tadi (gunakan belakang sudu atau pastry brush yang besar). Ulangi melapis dan menggril dan pada setiap lapisan KEDUA sapu mentega lembik. Buatlah sehingga habis.

Elakkan lapisan kek yang masak dari terkoyak semasa menyapu mentega. Pastikan 1/2 ketul mentega mencukupi. Jika sukar untuk mengagak kegunaannya, cairkan mentega lembik atas api kecil dan apabila mula cair, angkat.

Untuk lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah suhu 150 deg C. Keluarkan dari oven dan tutup acuan segera menggunakan 11 X 11" kertas foil dengan cermat. Biarkan semalaman baru dikeluarkan dari acuan dan dipotong untuk mengekalkan keharuman, kelembapan dan mensebatikan rasanya.

Tambahan:
Jika suka rempah kek lapis rempah atau kopi, boleh pakai dalam resipi ini menggantikan serbuk kulit kayu manis dengan serbuk rempah kek/ kopi.

Sentiasa kacau sebelum menyendukkan adunan dalam tin pembakar supaya ramuan kek sebati dan tidak mendak.

Elakkan dari menggunakan api yang terlalu kuat, gril 140 deg C adalah memadai. Kek ini mempunyai kandungan gula yang pelbagai dari susu pekat, gula2 halus dan sirap, jadi ia mudah hangus.

Menyediakannya juga memerlukan kesabaran.

Sirap perang memberikan warna belang-perang yang cantik diantara setiap lapisan.

Bahan2 kek ini menggunakan mentega asli, susu pekat manis penuh krim dan telur yang segar (telur besar-gred A). Majerin boleh digunakan tetapi kerana kandungan airnya yang tinggi, ia mudah tengik dan berkulat. Begitu juga Krimer manis dan susu isian pekat manis tidak setahan lama SUSU PEKAT MANIS PENUH KRIM. Contoh : Milkmaid, Dutch Lady Sweetened Full Cream Condensed Milk.

Lebih elok menggunakan mentega dalam tin, tetapi mentega ketul sudah memadai asalkan PURE CREAMY BUTTER. Ianya juga memberikan rasa kek yang halus, wangi dan gebu. Contoh: SCS, Fern, Five Star, Uncle Jack, Danish Lurpak, Golden Churn, Bonlac dll.
Jangan sapu setiap lapisan dgn mentega cair, ini akan membuatkan lapisan kek mudah `bercerai'.

Penggunaan kuning telur dan ovalette/Quick 75 dalam adunan kek adalah untuk melekat dan memantapkan lapisan kek. Juga elakkan dari menekan lapisan yang baru masak dengan kuat.

Kek Gulung Nutella



KEK GULUNG NUTELLA
Sumber: Liza Rahim

Bahan-bahannya
25 gm air sejuk (dari peti ais)
60 gm tepung jagung
185 gm gula kaster
100 gm tepung gandum
30 gm ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur, disejukkan
6 biji putih telur, disejukkan
100 gram mentega, dicairkan
1 botol Nutella

Cara-caranya
Acuan untuk kek gulung 10 x 10 atau 12 x 12 (sapu sekeliling dengan mentega).
Satukan semua bahan, kecuali mentega cair dan Nutella.
Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu.
Masukkan mentega cair dan dipukul sehingga kembang.
Tuangkan adunan kedalam acuan dan ratakan.
Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 darjah C.

Ketuhar hendaklah dipanaskan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum digunakan.
Setelah masak keluarkan dan biarkan ia sejuk.
Keluarkan dari acuan.
Sapukan permukaan dengan Natella sehingga rata.
Kemudian gulung dengan cermat.
Bungkus dengan kertas kek atau plastic dan simpan dalam peti sejuk.
Bila hendak dihidang keluarkan dan potong bulat-bulat.

Kek Lapis Zaiton



KEK LAPIS ZAITON
Sumber: Kak Halimah Anang

Bahan-bahannya
14 biji telor (gunakan 6 putihnya)
12 ozs butter
10 ozs castor sugar
7 ozs tepong gandum
1 sudu baking powder
1 sudu essence vanilla
2 sudu makan susu pekat
buah prune secukupnya

Cara-caranya
1. Pukul putih telur hingga keras masukkan gula sedikit-sedikit. Setelah sebati masukkan merah telur satu persatu dan pukul lagi.

2. Mentega dan susu pukul hingga putih seperti cream. Masukkan mentega dalam adunan telur dan kacau rata masukkan essence vanila dan tepong yang bercampur baking powder dan gaul rata.

Cara membakar
Ambil dua senduk ratakan diloyang dan bakar, lapisan pertama dan kedua plain lapisan ketiga aturkan prune. Aturkan prune dalam 3 barisan dan tiap-tiap barisan atur 3 biji (kesemuanya 9 biji).

Kek Lapis Horlicks Haw Flakes



KEK LAPIS HORLICKS HAW FLAKES
Sumber: Babybatriesyia

Bahan A
300 gm butter
150 gm horlicks
300 gm kaya
194 gm susu pekat manis
180 gm tepung gandum (diayak bersama 1 sudu teh baking powder)

Bahan B
10 biji telur
100 gm gula castor

Bahan C
1/2 sudu teh pewarna hijau, ungu, kuning, merah jambu
1/2 sudu teh pes coklat
Haw flakes

Cara:
Pukul butter sampai kembang. Masukkan horlicks, kaya, susu pekat manis dan tepung. Adunkan adunan sehingga sebati. Di dalam bekas yg lain, pukul telur hingga ringan dan kembang. Jangan tambahkan gula sekaligus tetapi sedikit demi sedikit. Pukul sehingga gula larut dan adunan menjadi agak pekat dan berkrim. Pukul lebih kurang 15 minit. Masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung dan satukan. Bahagikan adunan tadi kepada 6 warna iaitu warna asal, warna ungu, warna hijau, warna kuning, warna coklat, warna merah jambu. Bakar dalam bekas segiempat 8" dan alas dengan greaseproof paper. Gunakan loyang yg agak tinggi. Kukus setiap adunan mengikut susunan . Susunkan haw flakes. Pastikan setiap adunan benar2 masak sebelum melapis adunan yang lain. Sejukkan kek dalam acuan sebelum dikeluarkan.Setiap adunan selalunya memerlukan masa kukusan selama 10-15 minit sebelum melapis adunan yang lain.Agak sukar untuk memanaskan semula lapisan atau adunan yang tidak masak secukupnya. Pastikan tepung gandum tepung yg baru. Jika tidak, pastikan tepung dijemur dan ayak tepung sebelum digunakan. Air untuk mengukus mesti benar2 panas sebelum mula mengukus kek.

Kek Lapis Cempedak



KEK LAPIS CEMPEDAK/ KEK LAPIS DURIAN/ KEK LAPIS KEJU
Sumber: Zaleha Osman

Bahan A
500 g mentega lembut
1 sudu makan esen vanilla

Bahan B
14 biji kuning telur
6 biji telur
275 g gula halus
2 sudu makan ovalette

Bahan C
100 g tepung gandum atau tepung Hong Kong, diayak
1/2 sudu teh baking powder

Bahan D (bahan ini dikacau rata)
500 g cempedak
1/4 tin susu pekat

Cara-caranya
Pukul Bahan A selama 3 minit.
Pukul Bahan B selama 5 - 7 minit sehingga kembang.
Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau rata.
Masukkan pula C dan kacau lagi sehingga rata.
Bakar dengan menggunakan grill, selapis selapis.
Setiap lapis kek sebanyak 2 senduk adunan tepung.
Bakar selama 2 - 3 minit.
Lapis lagi berselang-seli dengan 2 sudu makan cempedak iaitu bahan D.
Jika hendak lebih lazat lebihkan cempedaknya.

Panduan
Kuihnya dilapis, selapis adunan tepung dan selapis adunan cempedak.
Apabila dilapis dengan cempedak, hendaklah dibakar sehingga cempedak kering, baru dilapis dengan adunan tepung lagi.
Jika tidak kek akan jadi terlalu basah dan jadinya tak lawa dan juga tak sedap.
Setelah habis adunannya dilapis, keluarkan keknya dan sejukkan baru diterbalikkan diatas rak kek.
Jangan buka oven setelah lapisan terakhir.
Ini akan merenggangkan lapisan keknya.

Nota:
Untuk mendapatkan KEK LAPIS DURIAN, gantikan isi cempedak kepada isi durian. Untuk mendapatkan KEK LAPIS KEJU, gantikan cempedak/ durian kepada parutan keju cheddar. Cara membakarnya ada lain sedikit, selepas ratakan adunan taburkan keju dan bakar.

Kek Lapis Prune Asmah Laili



KEK LAPIS PRUNE

Bahan-bahannya
5 putih telur
25 kuning telur
500 gram mentega
180 gram all purpose cake flour
220 gram gula caster
4 sudu makan susu pekat
2 sudu besar ovalette
1 sudu makan pure esen vanilla
340 gram pitted prune (prune tanpa biji) dihiris
1 tin kek 9" x 9" x 3" gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kek

Cara-caranya
Pukul mentega, susu dan vanilla sehingga kembang.
Masukkan 100 gram gula.
Pukul lagi sehingga gulanya larut.
Ketepikan.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan 120 gram gula dan ovalette.
Pukul lagi sehingga rata, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga adunannya kembang.
Masukkan adunan mentega kedalam adunan telur dan pukul pada kelajuan perlahan sehingga rata.
Masukkan tepung dan gaul rata.

Cara membakarnya
Gunakan grill, panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis kemudian panaskan tin kuih sehingga kertasnya bertukar warna.
Keluarkan dan tuangkan 1 senduk adunan kedalam tin dan ratakan.
Grill sehingga warnanya coklat.
Setelah itu tuang 1 sendung adunan diatasnya dan ratakan.
Susun hirisan prune jangan terlalu banyak selang-selikan dan jangan terlalu rapat.
Grill lagi sehingga coklat.
Ulang lagi dengan satu lapis plain dan satu lapis mengandungi prune, sehingga adunan habis.
Bila sampai ke lapisan terakhir dan bila warna permukaan menjadi coklat, tutup tin kuih dengan aluminium foil atau tutup periuk dan segera buka kepada kepanasan oven biasa pada suhu 120 darjah C, bakar lagi selama 10 minit.
Apabila sudah masak, keluarkan dan buka tutupnya, biarkan sejuk, baru boleh dipotong.

Chocolate, Walnut and Berry Muffin


2 cups self-raising flour
1/3 cup of castor sugar
1/3 cup of cocoa powder
1/3 of chopped walnuts
1/2 cup of frozen mixed berries
60g melted butter
1 egg lightly beaten
1 cup of milk
Makes about 8-10 muffins.

1. Sift flour, sugar, cocoa into a large bowl.

2. Mix in butter, egg, milk, walnuts, and berries. Combine well.

3. Spoon mixture into greased muffin pans.

4. Bake in 180C oven for 20 minutes or until an inserted skewer comes out clean.

Note:
I think 1/3 cup of castor sugar is enough for little kids. The muffins taste mildly sweet with a nice tang from the berries, which is fine if you’re topping the muffins with chocolate icing or sweet yoghurt.

But if you prefer your muffins to be a bit sweeter on their own, I suggest you use 1/2 cup of sugar.
Enjoy!

Monday, March 3, 2008

Koleh-Koleh



Bahan2 untuk Tahi Minyak
6 cawan santan pekat drpd 2 biji kelapa
3 helai daun pandan
1/4 sudu garam

Caranya:-
Satukan semua bahan dan masak hingga santan menjadi minyak. Tapis minyak dan gunakan tahi minyaknya untuk ditabur diatas koleh-koleh.

Bahan Koleh-Koleh:-
230 gm gula melaka
75 gm gula pasir (jika kurang manis)
170ml air
6 helai daun pandan
230 gram tepung kacang hijau
910ml santan
1 sudu kecil garam.

Caranya:-
  1. Satukan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Sejukkan.
  2. Satukan tepung kacang hijau, santan dan garam kemudian adun hingga rata dan tapis. Jika suka, ambil sadikit minyak kelapa dan masukkan ke dalam adunan.
  3. Masak adunan kira2 20 minit sambil kacau supaya tidak bergentel.
  4. Ambil loyang bulat berukuran garis pusat 25cm dan sapukan minyak makan. Tuang adunan koleh-koleh dan ratakan.
  5. Tabur tahi minyak di atas adunan beserta sadikit minyaknya. Biarkan adunan benar2 sejuk, baru potong2 dan hidangkan.