Showing posts with label Drinks. Show all posts
Showing posts with label Drinks. Show all posts

Wednesday, September 17, 2008

Ais Bandung Cream Soda



Sumber: Nenie

Bahan-bahan ( Lebih kurang 1 jug kecil )

* 1 sk sirap ros/ibu sirap
* 5 sb susu pekat manis (Boleh tambah or kurangkan ikut citarasa)
* 1/2 tin Ice Cream Soda (tin kecil yang RM 1 lebih je kat kedai tu)
* 1 liter air masak/sejuk
* Ais ketul

Cara-cara

1. Masukkan susu, ibu sirap dan air ke dalam jug. Kacau sebati

2. Masukkan Ice Cream Soda dan kacau.Kemudian masukkan ais ketul...

3. Sedia dihidang

Iced Chocolate



Sumber: maya zakry

Bahan-bahan ( 1 )

* Hersheys chocolate syrup
* Magnolia fresh milk

Cara-cara

1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
3. Kalau ade whiped cream semburkan. Barulah sebijik cam secret resipe.

Tuesday, September 16, 2008

Ice Blended Coffee

Bahan-Bahan:

A
2 sudu susu pekat manis
1 sudu milo
1 sudu serbuj koko
½ sudu serbuk kopi

B
Ketulan ais
1 gelas air

Cara Menyediakannya:

1. Larutkan bahan A dalam sedikit air panas.

2. Selepas itu masukkan bahan A dan bahan B dalam pengisar.

Sedap diminum semasa sejuk jika tidak manis campurkan air gula.

Tuesday, September 2, 2008

Soya Bean Drink

Soya Bean Drink
Sumber: Nazrizam Binti Ab Wahab (Mesra.net)

Bahan-bahannya
250 gram kacang soya
1 jug air masak
gula pasir
daun pandan

Cara-caranya
Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.

Cadangan Hidangan:
Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.

Tambahan:
Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis. Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara. Tapi ingat....jangan letak gula banyak sangat nanti kencing manis.....