Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Saturday, September 6, 2008

Muffin Pisang dan Chocolate Chips



Muffin Pisang & Chocolate Chips
Sumber : Allrecipes.com
Gambar: Resipi.net

Bahan-bahan:
1 3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda
1 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan yogurt perisa asli
1 cawan pisang, dilecek
3/4 cawan cip coklat
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Dalam sebuah mangkuk adunan, satukan tepung gandum, gula, serbuk penaik dan soda.

2. Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak, yogurt dan esen vanila. Gaul rata.

3. Tuangkan adunan cecair (2) ke dalam adunan (1). Gaul dengan senduk hingga rata. Jangan overmix.

4. Masukkan pisang dan cip coklat. Gaul lagi sebentar saja.

5. Sediakan tin muffin. Susun mangkuk kertas dalamnya.

6. Sudukan 2/3 penuh. Bakar 25 minit hingga masak. Uji dengan lidi jika sudah masak.

Muffin Blueberi



Muffin Blueberi ini pula adalah yang menggunakan kaedah Cake-Like Method. Teksturnya lembut seperti kek biasa. Perbezaannya dengan kek mentega biasa ialah kurang menggunakan mentega dan banyak menggunakan cecair iaitu susu. Resipi ini dipetik dari http://www.allrecipes.com/ tetapi ada sedikit ubahsuai dari resipi asal.
Muffin Blueberi
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
125 gm mentega
150 gm gula halus
2 biji telur
250 gm tepung kek/tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
70 gm susu segar/uht
1/2 cawan inti blueberi
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga putih dan gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati. Masuk esen vanila.
3. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam, masukkan ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu sambil digaul rata.
4. Sudukan dalam cawan kertas. Isikan 1/2 cawan saja. Letakkan inti blueberi atasnya.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit hingga masak.

Muffin Koko Cheese


KOKO CHEESE MUFFIN
Sumber : Ringo
Bahan-bahan :(10 biji )
140 gm choco chip
100 gm cream cheese
80 gm butter
2 biji telur size B
60 gm gula
100 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan oven ke 180 darjah celcius.
2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. Cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. Bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
3. Tambah gula dan kacau lagi.
4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.
Apa itu muffin?
Secara umumnya memang mufin dan kek cawan nampak seakan-akan sama kerana diisi dalam cawan-cawan kertas yang kecil . Kerana saiznya yang kecil, ia begitu comel jika dihidangkan di dalam pinggan apatah lagi jika dihiasi dengan pelbagai aising yang memikat selera. Mufin diklasifikasikan sebagai quick bread - quickly made and quickly eaten. Ia selalu dihidangkan untuk sarapan pagi atau untuk minum petang. Membuat mufin adalah ringkas sekali, cuma ikuti dua kaedah membuatnya iaitu kaedah mufin (muffin method) dan kaedah kek (cake-like method). Manakala kek cawan pula adalah kek-kek kecil yang diperbuat dari adunan kek mentega, kek span atau lain-lain kek yang bersesuaian. Ini bermakna untuk membuat kek cawan, boleh menggunakan pelbagai jenis adunan kek. Tetapi kebiasaannya, kek cawan diperbuat dari adunan kek mentega seperti kek vanila, kek oren dan sebagainya. Perbezaan yang nyata antara mufin dan kek cawan ialah dari segi rupabentuknya. Mufin sering menggunakan acuan lebih tinggi dan puncaknya bulat dan menonjol dan kadangkala merekah di permukaannya. Itu sebabnya mufin tidak dihias di bahagian atasnya. Manakala kek cawan lebih rata permukaannya dan memudahkan ia dihiasi dengan pelbagai aising. Mufin biasanya dibakar dalam tin mufin yang berlubang lapan atau 12. Anda boleh membeli tin ini di kedai-kedai bahan kek. Anda boleh menuangkan terus adunan mufin dalam tin mufin tetapi acuan hendaklah digriskan dahulu agar mudah dikeluarkan. Tetapi untuk nampak lebih cantik, gunakan cawan kertas samada yang kecil atau yang besar. Jika anda memilih cawan kertas tebal yang tinggi, anda tidak perlu menggunakan tin mufin. Susunkan ia terus atas dulang pembakar yang bersesuaian.
Jenis-Jenis Mufin
Terdapat dua jenis mufin iaitu mufin seakan roti (bread-like mufin) dan mufin seakan kek (cake-like muffin). Kedua-duanya mempunyai kaedah membancuh yang berlainan. Bagi mufin seakan roti, kandungan lemak dan gulanya adalah kurang dan isi dalamnya agak padat dan kasar seperti roti. Lemak yang digunakan adalah dalam bentuk cecair seperti minyak masak, minyak jagung ataupun mentega cair. Mufin ini rasanya kurang manis,tidak berminyak dan cepat keras jika disimpan lebih satu hari. Oleh itu mufin jenis ini enak dimakan semasa masih hangat dan tidak tahan disimpan lama. Mufin yang mempunyai kandungan gula dan mentega yang tinggi lebih menyerupai kek mentega. Gula dan mentega diputar hingga kembang dan berkerim, kemudian barulah dimasukkan telur dan bahan-bahan lain. Tekstur kek lebih lembut dan halus seperti kek mentega . Tidak hairanlah jika di kedai bakeri dan hotel-hotel, mereka lebih gemar menjual mufin jenis kek berbanding mufin seakan roti.

Kaedah Membancuh Mufin
Disebabkan terdapat 2 jenis mufin maka terdapat pula dua kaedah membancuhnya. Kedah membancuh yang betul dapat menghasilkan mufin yang lembut, puncak yang bulat dan cantik bentuknya.

1. Membancuh Kaedah Mufin (Muffin Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan roti (bread-like muffin). Hanya sediakan dua mangkuk. Satu mangkuk untuk mencampurkan bahan-bahan kering dan satu mangkuk lagi untuk bahan-bahan basah. Untuk hasil yang lebih baik, bahan-bahan basah dituangkan dalam bahan kering dan gaul dengan sudu atau garfu perlahan-lahan hingga setakad basah saja. Adunan masih kelihatan berketul. Jangan digaul dengan kasar atau lama kerana glutin dalam tepung akan terbentuk dan menyebabkan mufin liat dan keras. Adunan mufin ini adalah pekat.
2. Membancuh Kaedah Kek (Cake-like Method)
Kaedah ini digunakan untuk membancuh mufin seakan kek. Ia mempunyai kaedah yang sama seperti membuat kek mentega dimana mentega dan gula diputar hingga kembang dan berkerim. Kandungan gula dan mentega yang tinggi dalam mufin jenis ini menjadikan ia lembut, gebu dan isi dalam lebih halus berbanding mufin seakan roti. Selepas mentega dan gula dikrimkan, masukkan telur, tepung dan susu. Dalam mufin jenis ini penggunaan air susu lebih banyak berbanding kek mentega biasa. Adunan yang telah dibancuh hendaklah licin dan lembut.
Cara Penyimpanan
Untuk mufin seakan roti, ia hendaklah dimakan segera kerana jika disimpan lama ia jadi keras dan sudah tidak enak dimakan. Mufin seakan kek lebih tahan lama sehingga 2-3 hari jika disimpan dalam bekas kedap udara atau dibungkus dalam plastik.

Monday, September 1, 2008

Muffin Pisang



MUFFIN PISANG
Sumber: Abang Rozzan/Chef Anuar

Bahan-Bahan
150 ml minyak (I used canola olive oil)
150 ml susu segar
150 gm gula kaster
100 gm telur (size of abt 2 small eggs)
sedikit esen pisang (I used 1 tsp vanilli instead)
250 gm tepung gandum (I used multi-purpose flour) or try self-raising
15 gm serbuk penaik (I used 1 tsp baking powder)
80 gm pisang masak yg dilecek

Additional Ingredients I Added :
50 gm cream cheese (diced or pinch into small cubes or pieces)
80 gm hazelnuts/walnuts
60 gm of banana (diced)
50 gm chocolate bar (diced)

Cara :
1) Campur minyak bersama susu segar, gula kaster, telur dan vanilli. Kacau hingga sebati.

2) Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder. Kacau lagi hingga rata.

3) Masukkan pisang lecek dan kacau.

4) Akhir sekali, masukkan cream cheese, hazelnut/walnut dan diced banana. Gaul rata.

5) Tuangkan adunan muffin ke dalam acuan muffin atau cupcakes dan bubuh diced chocolate di atasnya.

6) Bakar selama lebih kurang 25- 30 minit sehingga masak dgn suhu abt 180 - 190 darjah Celsius.

My observations : This muffin will taste even better if a little salt is added in order to bring out the flavour and aroma. I'll definitely will put a pinch of salt in my next tryst.

Thursday, August 28, 2008

Chocolate, Walnut and Berry Muffin


2 cups self-raising flour
1/3 cup of castor sugar
1/3 cup of cocoa powder
1/3 of chopped walnuts
1/2 cup of frozen mixed berries
60g melted butter
1 egg lightly beaten
1 cup of milk
Makes about 8-10 muffins.

1. Sift flour, sugar, cocoa into a large bowl.

2. Mix in butter, egg, milk, walnuts, and berries. Combine well.

3. Spoon mixture into greased muffin pans.

4. Bake in 180C oven for 20 minutes or until an inserted skewer comes out clean.

Note:
I think 1/3 cup of castor sugar is enough for little kids. The muffins taste mildly sweet with a nice tang from the berries, which is fine if you’re topping the muffins with chocolate icing or sweet yoghurt.

But if you prefer your muffins to be a bit sweeter on their own, I suggest you use 1/2 cup of sugar.
Enjoy!