Showing posts with label Vegetable. Show all posts
Showing posts with label Vegetable. Show all posts

Sunday, November 23, 2008

Pecal 2


Sumber: Nutrition Society of Malaysia

Bahan-bahan untuk kuah

250 g (1½ cawan) kacang tanah

50 g (7 ulas) bawang merah

12.5 g (3 ulas) bawang putih

10 g (7 biji) cili kering

13 g (sebesar ibu jari) belacan

10 g (2.5 sm) cekor

5 g (1 sudu teh) garam

30 g (2 sudu makan) gula

25 g (sebesar ibu jari) asam jawa, dibancuh bersama 1/4 cawan air untuk mendapatkan jusnya

250 ml (1 cawan) air suam

90 ml (9 sudu makan) minyak sayuran

Bahan-bahan untuk sayuran

200 g (16 batang) kangkung

150 g (8 batang) kacang panjang

150 g (1 biji) timun

150 g (1 biji) sengkuang, dibuang kulit

100 g (1 mangkuk kecil) taugeh

200 g (2 keping) tauhu

150 g (2 keping) tempe

Cara membuat kuah

Goreng kacang tanah, cili kering, bawang merah, bawang putih, cekor dan belacan bersama 4 sudu makan minyak sehingga naik baunya.

Kisar semua bahan-bahan yang digoreng.

Bancuh bahan-bahan yang dikisar dengan air suam.

Masukkan jus asam jawa, garam, gula dan kacau hingga sebati.

Cara menyediakan sayur-sayuran

Timun dan sengkuang diracik halus.

Kangkung dan kacang panjang dipotong dalam ukuran 2.5 sm.

Didihkan air. Celur sebentar kacang panjang, taugeh dan kangkung secara berasingan. Angkat dan toskan airnya.

Tauhu dan tempe digoreng bersama 5 sudu makan minyak. Potong kiub tauhu dan tempe.

Cara menghidang

Susun sayur-sayuran, tauhu dan tempe ke dalam pinggan.

Hidangkan bersama kuah pecal yang disediakan tadi.

Monday, November 3, 2008

Cendawan Goreng


Sumber: Saji


BAHAN-BAHAN:
500 gm cendawan
1 sudu kecil lada hitam (kisar)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
4 biji telur
Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:

1. Telur dipukul dan dicampurkan dengan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.

2. Kemudian celupkan cendawan dan goreng sehingga masak

Tuesday, October 7, 2008

Aloo Gobi


potato and cauliflower cooked in North Indian style

1 number cauliflower, cut into florets
chopped coriander leaves
2 tsp coriander powder
1 tsp cumin seeds
1 tsp garam masala
1 tsp ginger-garlic paste
0 gr chilli
0 gr peas
1/4 cup oil
0 onion
4 number potatoes, cubed
1 tsp red chili powder
to taste salt
3 number tomatoes, chopped
3/4 tsp turmeric powder

Heat oil in a pan, saute cumin seeds, ginger-garlic paste for a minute and crushed tomato,onion and gr chilli and add turmeric cook till oil ozzes out add rest of spices mixed in water

add poatoes. and cauliflower
Also salt. Fry for few minutes.

Lower the heat, cover and simmer for about 15 minutes until thevegetables are cooked

serve hot with naan , chapati , roti

Potato Masala



2 tbsp cashewnuts
1 tsp channa dal
1 slice chopped ginger
2 number chopped gr chilli
1 bunch coriander leaves
1 pinch cumin
1 springs curry leaves
1 tbsp lime juice
1 pinch mustard
2 tbsp oil
3 small onion
4 number potato
2 number red chilli whole
1 to taste salt
1 pinch turmeric
1 tsp urad dal

Boil diced potatoes,till they are cooked soft.
Heat oil, add red chilli add mustard, when it splutters, add channa dal ,urad dal cashew ,chopped ginger and fry till reddish in color.
Add the onions and green chillies, curry leaves and fry till onions are cooked.
Add turmeric, and fry for 1/2 a min.
Pour over the potatoes, add the salt, and lemon juice, and coriander leaves.
if needed add some water

Wednesday, September 17, 2008

Pecal Jawa



Sumber & Gambar : Leen Umar

Bahan-bahan
Bawang merah/putih }
Cili api + cili merah sikit untuk dapatkan warna merah} goreng sekejap
Kacang tanah goreng & blend kasar
Air asam
Cekur
Garam/gula

Cara

Blend semua bahan together. Rasakan garam/gula. Siap untuk diratah dengan sayur.

Kuah Lodeh Asmah Laili

Sumber: Asmah Laili

Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak DAN 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe ( di hiris)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis
Garam dan Gula secukup rasa

Bahan Kisar
½ cawan ikan bilis kering
½ cawan udang kering
10 batang lada kering
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai
1 jari lengkuas
½ jari kunyit hidup

Dirampai
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja
10 biji bawang merah

Cara Cara

1. Cuci bersih semua sayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu.

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya.

3. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai.

4. Tuang 2 tin air. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati.

5. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air.

6. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.

Nota:-
Anda boleh pilih sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang boncis, terong, bunga kobis dll. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.

Cara Menghidang
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mungkum, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.

Tuesday, September 9, 2008

Gulai lemak siput sayur keladi

Gulai lemak siput sayur keladi
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:-
1/2 kg siput sedut, dipotong hujung dan dicuci bersih
1 cawan air
1 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
300 g sayur keladi, dibuang kulit dipotong kecil kemudian direbus sehingga empuk
3 cawan santan

Bahan kisar:-
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
2 camca kecil udang kering
1 1/2 cm belacan

Cara membuat:-
1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan ke dalam periuk beserta air, daun kunyit, asam gelugur, sayur keladi dan bahan kisar.
2. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan kacau selalu.
3. Selepas masak angkat dan hidangkan untuk berbuka atau bersahur.

Gulai Daging Nangka Muda

Gulai Daging Nangka Muda
Sumber: Hotel JW Marriott Putrajaya, Chef Lim Meng Sow

Bahan:-
600g daging bahagian atas (topside)
150g santan
5g serai, diketuk
20g lengkuas, diketuk
250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil

Bahan kisar:-
200g cili merah
100g bawang kecil
20g halia
20g kunyit hidup

Cara membuatnya:-
Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak. Angkat dan hidangkan.

Acar Buah2an

Acar Buah-Buahan
Sumber: Restoran Seri Melayu
Bahan A:
10 g biji gajus
10 g cermai jeruk
10 g anggur jeruk
10 g kismis
2 biji timun, dihiris
2 biji lobak merah, dihiris
Sedikit lobak masin, dicincang
Bahan B:
150 g halia, dihiris
10 biji bawang kecil, dibelah dua
6 biji bawang putih, dibelah dua
4 biji cili merah, buang biji dan dipotong
4 biji cili hijau, buang biji dan dipotong
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula pasir secukup rasa
Bahan C:
5 camca besar minyak masak
1/2 cawan cuka, disatukan dengan 1/4 cawan air dan 1 camca teh gula
1 camca teh biji sawi digoreng tanpa minyak
4 biji bawang kecil, dihiris
20 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup
Cara membuatnya:
1. Masukkan bahan A dan bahan B ke dalam mangkuk, gaulkan sehingga sebati. Perapkan sejam kemudian sejat.
2. Bahan C, panaskan minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang kecil dan bahan yang dikisar sehingga garing.
3. Kemudian masukkan campuran cuka dan didihkan selama tiga minit.
4. Seterusnya masukkan campuran bahan A dan B, kacau sehingga rata.

Monday, September 8, 2008

Acar Buah2an





Acar Buah2an
Sumber: Cikgu Noraini

Bahan-bahan:
(A) cili kisar:
10 tangkai cili kering, direndam air panas
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia- Semua bahan dikisar hingga halus

(B)
500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan gula
3 sudu makan cuka
2 sudu besar serbuk kari
1/3 cawan puri tomato
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukupnya
1/4 cawan bijan, telah digoreng kering

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan. Gaul sebati dan masak sebentar.
5. Angkat dan sejukkan.

Tip:
Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.
Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk.

Sunday, October 28, 2007

Paceri Nenas










Bahan2nya:-
1 biji nenas, dipotong bulat dan dibagi 4
2 sudu besar cili kisar
Dikisar:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit (saya gunakan kunyit serbuk jer)
Rempah tumis (1 kayu manis, 3 cengkih, 3 bunga lawang & 3 pelaga)
6 sudu besar gula
sadikit garam
1 biji lada merah, buang biji dan potong 4 memanjang

Masukkan rempah tumis dan cili kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan rempah yg dikisar dan tumis lagi.
Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih, baru masukkan nenas dan cili merah buang biji tadi.

Peringatan: -
Jangan masukkan air kerana buah nenas dgn sendiri akan berair kelak.

Saturday, October 27, 2007

Acar Timun




2 biji timun (buang tengahnya dan hiris tipis) (ramas dgn garam, cuci dan toskan)
2 biji lobak merah (hiris tipis memanjang)
5 bahan dikisar halus:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji gajus
4 biji buah keras
1/2 inci halia

1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya

Dihiris kasar:-
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji lada merah, buang biji dan potong halus memanjang
3 biji bawang besar (biarkan bulat2)

Tumis cili kisar hingga garing








Masukkan semua rempah kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan sadikit air tunggu hingga mendidih.






Masukkan semua hirisan cili merah, bawang besar dan bawang putih.








Gaul rata dan tunggu hingga garing.








Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah dan juga bawang kecil bulat2 tadi.
Masukkan cuka.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Monday, October 15, 2007

Sayur Lodeh













Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan
belacan 1/2 sudu
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar udang kering
4 biji buah keras
1/2 sudu kecil kunyit serbuk

Serai dan lengkuas (dititik)
3 lembar daun salam
2 mangkuk air
santan 1 1/2 kotak kecil santan KARA

Tumis bahan2 kisar hingga garing dan wangi. Campakkan serai dan lengkuas.
Masukkan air dan masak hingga mendidih. Masukkan santan pekat dan mendidihkan lagi.
Masukkan sayur2 yang anda suka saperti kobis, lobak merah, kacang panjang dan tahu kering. Jika anda ingin mencampurkan tahu dan tempe, pastikan ia telah digoreng dahulu. Masukkan daun salam dan didihkan lagi.