Showing posts with label Rice/Porridge. Show all posts
Showing posts with label Rice/Porridge. Show all posts

Tuesday, September 9, 2008

Nasi Goreng Belacan Thai



Nasi Goreng Belacan Thai

Ingredients
5 biji cili padi
4 biji bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar QBB
segenggam daun basil yang manis
2 sudu besar udang kisar yang dicampur 2 sudu besar air
1 kg nasi yang telah dimasak, disejukkan dalam peti sejuk.
5-6 sudu besar sos ikan

Instructions
Potongkan secara tebal cili, bawang putih dan bawang merah.
Panaskan QBB dan rendam daun basil dalam minyak sehingga harum. Buangkan daunnya.
Campurkan ramuan yang telah dipotong tadi bersama udang yang dikisar dan goreng sehingga harum.
Campurkan pula nasi dan sos ikan dan gaul pada kepanasan yang tinggi sehingga nasi menjadi sebati.

Hidang seperti berikut:
2 telur, dipukul dan di goreng menjadi omilet
3 sudu besar bawang dikisar
1 sudu besar bawang di goreng
100 g buah mangga yang belum masak, dikopek kulitnya berkeping-kepingan

Masa persediaan: 20 minit
Masa masakan: 10 minit
Pembuatan: 6

Nasi Ayam



Nasi Ayam (Sumber: Chef Devagi)

Ingredients (Ayam)
3 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk lima rempah
1 sudu besar minyak sapi asli Q.B.B
2 sudu besar sos kicap
1 sudu besar sos ikan 2 sudu besar jus limau nipis
1kg bahagian ayam atau 3 bahagian dada ayam.

Nasi
2 sudu besar minyak sapi asli Q.B.B.
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
5 kepingan halia, dipotong kecil
500g bijian beras panjang, dicuci bersih dan dikeringkan
900ml stok ayam atau air
1 1/4 sudu kecil garam
4 tangkai serai yang diikat

Sos Cili
5 tangkai cili padi
15g halia muda yang segar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil garam
80ml stok ayam
1 sudu kecil minyak sapi asli Q.B.B yang dicairkan
1 sudu besar wain nasi

Instructions (Ayam)
Campurkan semua bahan-bahan untuk diperapkan ke dalam mangkuk dan digaul rata.
Kemudian perapkan ayam selam 2 jam.
Letakkan ayam di atas rak dan masukkan ke dalam ketuhar di suhu 180 darjah selsius selama 40 minit. Sapukan juga minyak sapi asli Q.B.B. ke atas ayam semasa memanggang ayam.
Potongkan bahagian ayam untuk dihidangkan bersama nasi dan sos.

Nasi
Panaskan minyak sapi asli Q.B.B. dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik baunya.
Campurkan beras dan masak selama 3-4 minit hingga berbau wangi. Hidangkan bersama sos cili.

Sos Cili
Kisarkan bahan-bahannya hingga halus.

Bubur Lambuk Tanjung Keling

Bubur Lambuk Tanjung Keling
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:
7 camca besar minyak masak
2 liter air
200 gm daging tetel
300 gm beras
50 gm kacang dal, direndam semalaman
Garam secukup rasa
3 camca besar daun sup hiris
3 camca besar daun bawang hiris
Bawang goreng (daripada 7 biji bawang merah)

Bahan tumis:
3 cm kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 camca besar serbuk kurma
5 biji buah pelaga
1 camca besar bawang putih, dikisar
1 camca besar bawang merah, dikisar
1 camca besar halia, dikisar

Cara membuat:
Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Kacau sehingga terbit bau.
Masukkan air, kacau rata. Kemudian masukkan daging yang dihiris, kacau lagi. Biar ia masak sehingga daging lembut.
Masukkan beras dan kacang dal dan kacau rata. Biarkan kedua-dua bahan ini kembang.
Masukkan garam dan masak 15 minit.
Apabila masak, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Enak dimakan untuk berbuka puasa.

Saturday, September 6, 2008

Nasi Minyak Mumtaz



NASI MINYAK (sumber Mumtaj Begum, Buku ALMAS)

Bahan-Bahan

5 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam ½ jam lalu toskan)

5 cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

5 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 cm kayu manis

1 biji bawang besar (dimayang)

2 biji lada hijau (dibelah dua jgn putus)

1 sudu makan halia kisar

1 sudu makan bawang putih kisar

senggengam daun pudina

5 sudu makan tairu

5 sudu makan susu cair

5 sudu makan minyak sapi

garam secukup rasa

pewarna kuning atau sedikit serbuk kunyit (bancuh dgn sedikit air)

Cara: Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik. Tumis daun pandan hingga wangi lalu masukkan cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga meletup-letup. Masukkan bawang, lada hijau dan tumis hingga bawangnya layu. Kemudian masukkan pula halia/bawang putih kisar serta daun pudina. Tumis lagi hingga naik aromanya. Tuangkan tairu dan masak selama 5 minit. Tuang air, susu dan taburkan garam, Masak sehingga mendidih. Selepas tu, masukkan beras yg telah ditos, kacau rata dan masak seperti biasa. Apabila nasinya sudah masak, renjiskan di atasnya dgn pewarna kuning atau air kunyit lalu kacau perlahan-lahan dgn garfu.

Nasi Minyak Mami

NASI MINYAK MAMI
Sumber: Puan AsmahLaili

Bahan-Bahan
1 kilo beras basmati, cuci bersih dan toskan
Air mengikut paras beras dan lebihkan sedikit
1 cawan minyak sapi putih
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
3 sudu makan pes bawang besar
½ cawan gajus, dikisar halus
2 sudu makan air mawar
½ tin susu cair/sejat (evaporated milk)
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
2 kuntum buah pek kak (star anise)
2 biji bawang besar, dihiris, untuk tumis
2 helai pandan
½ cawan daun pudina
garam secukup rasa

Bahan Tabur
½ cawan bawang goreng
¼ cawan badam hiris, digoreng
¼ cawan kismis, digoreng

Cara:
Panaskan minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar sehingga wangi. Masukkan daun pandan, bunga cengkih, pelaga, kayu manis dan pe’kak. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan pula pes halia, pes bawang putih, pes bawang besar dan tumis lagi sehingga garing sedikit. Curahkan air, susu, air mawar, gajus dan gaul rata. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan pula beras. Setelah kering taburkan hirisan pudina, karih sedikit, tutup periuk dan biarkan sehingga nasinya tanak.

Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, badam goreng dan kismis goreng. Enak dimakan dengan apa sahaja jenis lauk.

Saturday, October 27, 2007

Nasi Beriani

1 kg beras basmati (cuci dan tos)
900ml air
1/2 tin susu cair
4 biji bawang besar dihiris
10 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
4 sudu besar minyak sapi
Rempah tumis (1 kayu manis, 4 bunga lawang,
4 bunga cengkih, 4 buah pelaga)
Taburan (daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, gajus atau kismis)
pewarna kuning, garam, gula secukup rasa


Panaskan minyak sapi dalam periuk biasa yang besar.
Masukkan semua rempah tumis.
Tumis hingga wangi baru masukkan bawang besar.











Bila bawang dah layu, masukkan paste bawang putih dan halia.
Tumis hingga layu dan harum.









Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa.

Bila dah mendidih, masukkan beras. Gaul rata.


Bila dah hampir kering, alihkan kedalam electric rice cooker dan tekan "cook".



Sebelum nasi tanak, bubuhkan sadikit pewarna kuning di tengah2 nasi. Jgn dikodek2.



Taburkan sadikit daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Tinggalkan sadikit untuk hiasan.

Bila dah tanak sepenuhnya, baru boleh digaul.