Click Link Below!
Saturday, July 4, 2009
Sunday, November 23, 2008
Onde Onde Keledek
Bahan-bahan
300 g keledek, direbus dan dilecek
250 g (2½ cawan) tepung pulut
100 ml (1/2 cawan) air suam
1/2 biji kelapa parut, putih saja dan digaul dengan secubit garam
sedikit garam dan pewarna pandan
3 buku gula melaka, dicincang halus
Cara memasak
Gaul keledek, tepung pulut dan pewarna pandan serta garam dengan air hingga sebati. Uli sehingga menjadi doh.
Bentukkan seperti bola-bola kecil. Masukkan 2 sudu teh gula melaka ditengah dan bulatkan semula.
Masukkan ke dalam air yang mendidih. Apabila telah terapung, angkat.
Golekkan onde-onde ke atas kelapa parut.
Monday, October 6, 2008
Wajik Durian

Sumber: Rossya
500g pulut
50g gula pasir
750g gula melaka
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
375ml santan pekat
sedikit garam
Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Pada keesokan hari, pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gula Melaka, gula pasir, garam, daun pandan dengan 1 1/2 cawan air, sehingga gula larut. Kemudian tapis. Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali. Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar. Setelah durian hancur, masukkan pulut. Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.
Nota ~ Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian, tambah kan gula pasir nya 50g lagi menjadi 100g. Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.
Serimuka Durian

Sumber: Rossya
Bahan2 nya sama seperti Putri Salad, kecualikan pandan paste dan pewarna hijau.... hanya tambah 300g isi durian pada serikaya. Keluarkan 100ml santan dan kisar bersama isi durian hingga menjadi puree. Telur di pukul bersama gula. Bila gula telah larut, masukkan kedua2 tepung dan garam. Dan masukkan santan sedikit demi sedikit. Tapis. Sesudah ditapis campurkan puree durian dan kacau rata. Boleh juga dicampurkan sekali puree durian kedalam adunan baru ditapis.. tapi hilanglah hampas durian tu nanti. Oh ya.. jangan lupa letak sedikit pewarna kuning. Kemudian dipanaskan hingga naik wap dan siap di tuangkan keatas pulut yang sudah ditanak.
Nota : I used the above serikaya recipe for most of my kuih talam that contains serikaya. You can actually make all kinds of variety by changing its base. Then top with serikaya of different flavour. Put different essence or flavouring or paste for the serikaya for different variety. The base can be anything if your imagination can run wild. Be it green beans, red beans, glutinous rice with kacang lepat, or just another plain talam or talam gula melaka or talam su'un .. the list goes on and on.... isn't it...
Putri Salad

Sumber: Rossya
500g beras pulut di rendam dengan satu sudu kecil air kapur selama 1 jam
1 sudu teh garam
340ml santan cair
daun pandan disimpul
Bilas beras pulut bersih2 dan tos kan. Satukan beras pulut , garam, daun pandan dan santan cair. Kukus hingga masak selama 45 minit. Setelah pulut masak, balik2 kan dengan garfu dan alihkan kedalam sebuah loyang yang telah digeser dengan sedikit minyak. Ratakan pulut dengan sehelai daun pisang supaya padat. Kukus lagi selama 5 minit.
Bahan serikaya:
250g gula pasir
6 biji telur (anggaran 60g setiap satu biji)
60g tepung gandum
10g tepung sago (boleh ganti ngan tepung jagung)
750ml santan pekat (Boleh gunakan 200ml santan kotak tambahkan 550ml air)
sedikit garam
1 sudu makan pandan paste
sedikit pewarna hijau jika perlu
Telur dipukul dengan gula hingga gula larut. Jangan sampai berbuih. Masukkan tepung gandum dan tepung sago dan garam. Tuangkan santan sedikit2 dan kacau perlahan hingga sebati dan rata. Tapis. Masak adunan yang sudah ditapis hingga panas dan naik wap. Sentiasa di kacau perlahan agar tidak bergentel. Jangan sampai mendidih. Pulut yang didalam loyang dicucuk2 paras atasnya dengan garfu supaya lapisan serikayanya mudah melekat. Tuangkan adunan serikaya itu keatas nya dan kukus selama 30 minit. Setelah serikaya masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Nota : Pastikan anda membungkus penutup kukusan dengan kain putih agar tidak banyak air wap yang menitik keatas kuih. Potong kuih dengan pisau plastik lebih mudah. Jika anda merendam beras pulut anda lebih lama, anda tidak perlu mengukus nya terlalu lama kelak.Dan pasti kan api tidak terlalu besar bila mengukus kuih.
Kek Gula Hangus

Sumber: Rossya
450g gula halus (caster)
120g mentega
340ml air
10 biji kuning telur
7 biji putih telur
1/2 sudu makan esen rose
1 sudu makan bicarbonate of soda atau potas
260g tepung gandum
200g susu pekat (condensed milk)
Cara2nya:-
Gula digoreng atau dicairkan atas api yang kecil hingga kuning. Kemudian masukkan air dan mentega. (Hati2 semasa menuangkan air kerana ia akan menggelegak sedikit).
Kacau hingga rata. Matikan api dan biarkan sehingga gula itu benar-benar sejuk.
Telur, tepung, susu, potas dan esen rose dicampurkan dengan digaul rata.
Setelah itu, masukkan air, gula yang telah disejukkan.
Gaul lagi sehingga rata.
Sesudah itu ditapis dan tuang kedalam tin pembakar.
Sebaik2 nya gunakan non-stick baking pan. Tin pembakar hendaklah disapu dengan mentega.
Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang satu jam dengan suhu 150C dan menggunakan api bawah sahaja.
Kemudian ditambah lagi setengah jam , dibakar menggunakan api atas dan bawah.
Cucuk kek dengan lidi untuk menentukan sama ada kek sudah masak atau belum.
Tuesday, September 16, 2008
Cucur Pisang Istimewa
2 mangkuk pisang (pisang asam) yang sudah dikupas, buangkan urat dan lenyek sehingga lembik.
Masukkan 2-3 senduk gula merah dan lenyek & gaul rata.
Masukkan sebiji telur ayam (yang dipukul kembang jika tak pakai bicarbonate soda), gaul rata.
Secubit bicarbonate soda, setengah cawan susu penuh krim dan semangkuk tepung gandum + secubit garam.
Gaul semua rata rata. Set aside.
Cara2:
Panaskan kuali, masukkan minyak yang banyak. Panaskan.
Api mesti sederhana. Masukkan daun pandan yang telah disimpul dan bila dah agak garing, keluarkan. Boleh mula gorengkan jemput-jemput. Either guna hujung jari ataupun dua sudu kecil. Goreng terendam sehingga agak garing, balik-balikkan. Boleh angkat dan serve.
Bubur Som Som
Daun pisang secukupnya
5 cawan santan daripada sebiji kelapa
2 ½ cawan tepung beras
1 ½ cawan gula pasir
¼ sudu teh garam
Cara-caranya :
Daun pisang dipotong seperti untuk membuat lepat.
Layur daun itu terlebih dahulu.
Satukan santan, tepung beras, gula dan garam di dalam kuali.
Kacau tanpa henti di atas api perlahan hingga kental.
Angkat dan ketepikan.
Ambil 1 sudu besar adunan tadi, letakkan di tengah daun pisang dan bungkus seperti membungkus lepat.
Kukus 15 minit sebelum dihidangkan.
Putu Kacang
1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
Cara Membuat :
Goreng kacang hijau hingga kekuningan.
Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata.
Perapkan kacang hingga kering semula.
Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit.
Perapkan lagi selama satu jam.
Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis.
Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak.
Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati.
Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus.
Tekan adunan padat-padat dalam acuan.
(Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat)
Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau.
Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan.
Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang.
Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.
Kuih Ros
2 tin susu tepung beras
1 biji kelapa -diambil santannya
gula secukupnya
sedikit garam
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
Cara membuat :
1. Bancuh semua bahan. Kecairannya seperti membuat kuih lapis.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Rendamkan acuan didalamnya.
3. Setelah acuan cukup panas, celupkan kedalam bancuhan tepung.
4. Masukkan ke dalam kuali sambil digoyang-goyangkan untuk menanggalkannya dari acuan.
5. Goreng hingga kekuning-kuningan.
Lompat Tikam
1 bungkus tepung beras
1 bungkus gula merah / gula kabung
1 cawan gula putih
11/2 biji kelapa
sedikit kapur sireh
daun pandan
secubit garam
Cara-caranya
Untuk air gulanya.
masak gula merah, gula putih, daun pandan, garam dan air anggaran
jangan cair sangat, biar pekat sikit.
Untuk bahagian bawah yang berwarna hijau.
Blend daun pandan dengan air ambilkan airnya.
Bancuh 70 % tepung beras dengan jus pandan, untuk cantikan warna hijau bubuh sedikit pencelup hijau.
bubuh sedikit sahaja air kapor (tujuan bagi mempejalkan tepung)
Bagi mempastikan bancuhan ok, pastikan bancuhan lekat sedikit kepada senduk.
Ini sangat penting kerana ia menentukan kepekatan adunan.
Masak adunan sehingga ia masak, pastikan dikacau sentiasa.
Adunan masak apabila ia mengelembung dan pecah (seperti gunung berapi meletup)
Angkat dan masukkan kedalam acuan dan ratakan.
Bancuhan untuk Bahagian putih
30 % daripada tepung beras di bancuh dengan santan
Pastikan bancuhan seperti adunan hijau.
tidak perlu masukkan air kapur.
Masukkan garan secukup rasa (biar masin sedikit sahaja)
Kacau adunan atas api sehingga masak jangan terlalu lama nanti naik minyak tak sedap
Ini puan kena agak-agak ok.
Tuang adunan yang telah masak keatas adunan hijau tadi.
Tunggu sehingga adunan keras dan boleh di makan dengan air gula.
Rempeyek Kacang Tanah Dan Tumpi
300 gm tepung beras
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
6 biji buah keras
50 gm udang kering
4 ulas bawang putih
1 sentimeter kunyit hidup
2 biji telur (kecil)
550-600 ml santan cair (dari 1 biji kelapa)
garam dan serbuk perasa secukupnya
500-600 gm kacang tanah kecil (jemur beberapa jam sebelum digunakan)
ikan bilis kering secukupnya (buang perut dan kepalanya)
(Untuk tumpi: gunakan 300 gm kacan hijau yang direndam selama 8 jam kemudian
toskan airnya.
Cara:
1. Cuci ketumbar dan jintan kemudian toskan dan tumbuk atau kisar bersama buah keras, udang kering, bawang putih dan kunyit hidup. Jika dikisar, tambahkan 200 ml air.
2. Satukan tepung beras, bahan kisar, telur, santan, garam dan serbuk perasa.
3. Untuk menggoreng rempeyek atau tumpi, panaskan minyak dalam kuali kemudian bubuh sedikit adunan kedalam senduk bersama sedikit kacang tanah dan ikan bilis (utk rempeyek) atau kacang hijau dan ikan bilis (utk tumpi),
4. kemudian curahkan adunan di tepi kuali dan biarkan hingga masak.
Monday, September 1, 2008
Tapai Ubi

Tapai Ubi
Sumber: Abang Rozzan
Bahan2:
1 kg ubi kayu (kupas kulitnya, potong anggaran 4-5cm & bilas dgn air)
1 keping ragi (dihaluskan jadi serbuk- gesek dgn pengayak tpg pun boleh)
secukup daun pisang (utk membungkus tapai)
Cara:
1) Rebus ubi yg telah dibersihkan tadi hingga separuh masak lalu ditoskan dan biarkan sejuk.
2) Susun selapis ubi kayu di dalam sebuah bekas (periuk pun boleh). Taburkan rata-rata serbuk ragi tadi ke atasnya. Susun lagi selapis ubi kayu dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua ubi tadi habis. Tutup periuk rapat-rapat. (ada juga kaedah lain di mana setiap ubi tersebut disapukan dgn serbuk ragi)
3) Ambil sehelai kain putih (atau apa-apa pun kain yg ada!) dan bungkus periuk tadi. Kemudian peraplah selama kurang lebih 3-4 hari.
4) Bila tapai sudah menjadi, baunya akan naik, dan ia akan mengeluarkan sedikit air yg manis.
5) Bungkus tapai dgn daun pisang utk menambahkan lagi aroma tapai ubi tadi.
Abuk-Abuk Sagu


Abuk-Abuk Sagu
Sumber: Abang Rozzan
Bahan
250 gm sagu
220 gm kelapa parut putih
180 gm gula melaka (dipotong kecil-kecil)
½ sudu teh garam
beberapa helai daun pisang berukuran 16 x 28 cm
Cara
Sagu biji dicuci dan ditoskan. Kelapa parut dan garam digaul rata. Masukkan sagu biji dan gaul lagi hingga semuanya rata. Bentukkan sehelai daun pisang seperti kon dan isikan satu sudu makan adunan sagu. Tekan perlahan dan letakkan di atasnya sedikit gula melaka. Kemudian timbus dgn dua sudu makan adunan sagu. Tutup kon dgn melipat kemas daun pisang. Semat dgn lidi supaya teguh dan mampat. Ulang sehingga adunannya habis. Kukus hingga masak.
(Pssstt... kalau malas nak gunakan daun pisang, bolehlah digunakan acuan2 kecil atau langsung kukus jer dlm loyang seperti di gambar di atas tu... Setelah masak dan disejukkan, barulah dipotong ikut citarasa)
Nagasari Traditional
Sumber: Abang Rozzan
Bahan2:
1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya
Cara:
1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4) Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.
Belebat Pisang

Belebat Pisang
Sumber: Abang Rozzan
Bahan2:
500 gm pisang mas
50 gm kelapa parut putih
120 gm tepung gandum
4 sudu makan santan pekat
80 gm gula pasir
20 gm gula melaka
1 biji telur
secubit garam
secukup daun pisang
Cara:
1) Bubuh pisang ke dalam mangkuk dan dilenyekkan hingga halus.
2) Masukkan bahan-bahan lain seperti kelapa, tepung, santan, gula, telur dan garam.
3) Ambil sehelai daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh sedikit adunan. Lipatlah seperti biasa.
4) Kukus selama kira-kira 30 minit.
Nagasari Jagung

Nagasari Jagung
Sumber: Abang Rozzan
Bahan-Bahannya:
1 tin jagung (whole kernel corn)
250 ml santan pekat (bubuhkan secubit garam)
450 ml air
175 gm gula pasir
1 helai daun pandan(dimasak hingga mendidih dgn api perlahan lalu disejukkan)
200 ml air
1 paket tepung Hoon Kwee (dicampur dan kacau rata)
Cara:
1) Campuran air dan tpg Hoon Kwee dimasukkan ke dalam periuk dan dikacau sebentar dgn api yg kecil.
2) Kemudian, masukkan air gula dan santan pekat. Teruskan mengacau bancuhan ini dgn api perlahan sehingga menjadi adunan yg hampir pekat. Masukkan jagung dan terus kacau.
3) Apabila adunan menjadi kental, tutup api dan angkat periuk.
4) Bubuh lebih kurang 2 sudu makan adunan ke atas kepingan plastik atau daun pisang dan bungkus dgn rapi. Ini hendaklah dilakukan sewaktu adunan masih panas. Setelah selesai semua adunan, biarkan sebentar sehingga panasnya hilang sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.
5) Nagasari Jagung ini enak dimakan ketika sejuk.
Kandi Kelapa

KANDI KELAPA
Sumber: Abang Rozzan
Bahan-Bahan:
2 helai daun pandan (disimpul)
2½ cawan mampat kelapa parut (yg dibuang kulit arinya)
1 tin (397 gm) susu pekat manis
1 cawan gula (maybe boleh kurangkan mengikut citarasa anda)
30 gm mentega
½ sudu teh esen vanilla
beberapa titik pewarna pilihan anda
Cara:
Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci). Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yg kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit). Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen vanilla dan pewarna lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yg telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata. Biarkan kandi sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.
Friday, August 29, 2008
Goreng Pisang
By: Amy Beh
Ingredients
1/2 cup self-raising flour
1/4 cup corn flour
1 tbsp rice flour
Pinch of salt
1/2 tsp baking powder
180ml water or just enough
1½ tbsp oil
5-6 bananas, halved
Enough oil for deep-frying
Method:
Combine the various flours, salt and baking powder in a mixing bowl.
Pour in water and combine into a batter.
Add in oil to mix.
Coat banana halves in batter and deep-fry in hot oil for three to four minutes or until crispy and golden brown.
Remove and drain on crumbled kitchen paper.
Tepung Gomak

TEPUNG GOMAK
Sumber: Asmah Laili
Bahan-Bahan "A"
200 gm kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
500 gm gula timbang/gula melaka
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan
Bahan-Bahan "B"
600 gm tepung pulut
1 mangkuk air
400 gm tepung kacang hijau
sedikit garam
Cara Utk Bahan "A"
Kacang hijau direbus hingga kembang. Kemudian tumbuk sampai hancur. Gula timbang dimasak dgn 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yg sederhana besarnya. Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam. Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.
Cara Utk Bahan "B"
Uli tepung pulut dgn air dan garam sehingga menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan di atas tpg kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.
Panduan:
Untuk membuat tpg kacang hijau yg di dalam bahan B, terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai/sangar hingga kekuningan. Setelah itu barulah dikisar halus sendiri atau dihantar kekedai utk dimesen halus.