Showing posts with label Western. Show all posts
Showing posts with label Western. Show all posts

Wednesday, September 17, 2008

Spaghetti Bolognese



Sumber: mutiarazura

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 500 gram spaghetti (sepeket)
* 500 gram daging lembu cincang
* 200 ml susu
* 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
* 1 ulas bawang putih – dicincang halus
* 1 tin sedang tomato puri
* 4-5 tomato segar ranum - didadu
* 1 batang carrot – didadu kecil
* 2 batang celery – didadu kecil
* 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
* 1 kiub stok daging lembu (optional)
* 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
* Sedikit garam dan gula secukup rasa
* 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
* 2 sudu besar butter
* Parutan keju parmesan – untuk menghidang

* NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.

* NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.

Cara-cara

1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

7. NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

8. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.

9. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.

10. NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!

Classic Lasagna

Sumber : Sahabat Nestlé

Bahan
250 g lasagna kering

Inti Bolognese
2 1/2 sdm mentega
1 sdm minyak zaitun
100 g bawang cincang
50 g batang seledri cincang
100 g lobak, cincang halus
600 g daging lembu cincang
100 g daging ayam cincang
2 sdt garam
6 sdm NESTLɮDANCOW Fullcream, larutkan dengan 500 ml air
½ sdt pala serbuk
2 buku chicken kiub MAGGI, larutkan dengan 600 ml air
300 g tomato merah, cincang
1 sdm tomat pasta
1 sdt oregano serbuk
100 g daun bayam, hiris halus

Bechamel Sauce
150 g mentega
6 sdm tepung
8 sdm NESTLɮDANCOW Fullcream, larutkan dengan 750 ml air
½ sdt garam
½ sdt pala serbuk
½ sdt lada putih serbuk

Taburan:
200 g keju Parmesan parut

Cara membuat

1. Rebus lasagna dengan air secukupnya dan sedikit garam hingga lembut. Angkat dan toskan secara terpisah agar tidak melekat dan ketepikan. (Lebih mudah gunakan Instant Lasagna tak perlu direbus)

2. Inti Bolognese: Cairkan mentega, tumis bawang putih, batang seledri dan lobak hingga layu.

3. Tambahkan daging cincang, kacau hingga berubah warna dan kering.

4. Tuang susu DANCOW dan bubuh pala, kacau hingga mendidih dan susu berkurang.

5. Tambahkan tomato dan kiub ayam, kacau dengan api kecil hingga pekat.

6. Bubuh serbuk lada putih, oregano dan garam, jika perlu. Masak hingga seluruh cairan susut dan pekat.

7. Masukkan bayam, kacau rata. Angkat. Ketepikan

8. Bechamel Sauce: Panaskan mentega hingga cair.

9. Tabur tepung, kacau hingga rata.

10. Tuangi 2 sdm susu, kacau hingga adonan bergumpal.

11. Tambahkan setengah bagian sisa susu, sambil kacau-kacau hingga licin.

12. Tuang sisa susu, bubuhi garam, lada putih dan pala. Kacau hingga mendidih dan pekat. Angkat.

13. Penyelesaian : Griskan pinggan tahan panas 23 x 34 x 5 cm dengan mentega.

14. Susun lembaran lasagna di bagian bawah pinggan hingga tertutup. Tuangkan 1/3 bagian

15. Ragu Bolognese di atasnya, ratakan.

16. Taruh 1/3 bagian saus Bechamel di atasnya. Ratakan.

17. Tabur keju Parmesan. Ulangi melapis sebanyak 3 kali.

18. Lapisi atasnya dengan lasagna. Percikkan sedikit minyak zaitun dan taburi keju.

19. Bakar dalam oven bersuhu 180 C selama 25 menit. Diamkan selama 10 menit sebelum dipotong-potong.

Sos kentang putar


Sumber: daunpandan

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

* 650 ml air
* 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
* 1 biji bawang besar - cincang
* 1 batang saderi - cincang
* 40 gm mentega
* 20 gm tepung gandum
* 1 sudu besar sos tomato
* 1 sudu besar sos tiram
* sedikit serbuk lada hitam
* kicap pekat
* garam

Cara-cara

1. Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.

4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Black Pepper Chicken Chop



Sumber: Myresipi

Bahan-bahan ( 2 orang )

* *UNTUK DIPERAP*
* 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye)
* 2 ulas bawang putih (cincang)
* 1 cm halia (cincang)
* 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
* 2 sudu besar sos cili
* 1 sudu besar sos tomato
* 1 sudu besar sos Lee & Perrins
* 1 sudu besar kicap manis
* 1 sudu besar kicap masin
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar madu
* garam secukup rasa

* *SOS BLACK PEPPER*
* 1/2 botol sos lada hitam
* 2-3 sudu besar sos tiram
* 3-4 cendawan butang (cincang)
* 1/2 biji bawang besar (cincang)
* garam/gula secukup rasa

Cara-cara

1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.

2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.

3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).

4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.

5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.

6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?