Showing posts with label Noodles. Show all posts
Showing posts with label Noodles. Show all posts

Saturday, November 22, 2008

Mee Rebus Johor


Sumber: Nutrition Society of Malaysia

Bahan-bahan
350 g (5 cawan) mee kuning, dicelur sebentar dan ditoskan
100 g daging, tanpa lemak
250 g tulang
50 g (1/4 cawan) isi kerang rebus
25 g (1/4 cawan) udang basah

Bahan2 digiling
25 g (1/4 cawan) udang kering
20 g (10 biji) cili kering
100 g (2 batang) serai, dihiris
15 g (2 sm) lengkuas
20 g (2 sm) halia
20 g (3/4 bungkus) rempah kari daging
80 g (6 ulas) bawang merah
60 g (1 biji) bawang besar

125 ml (1/2 cawan) santan pekat
125 ml (1/2 cawan) susu cair
30 g (2 sudu makan) tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
30 g (2 sudu makan) taucu
15 g asam jawa dicampur dengan 15 ml (1 sudu makan) air
500 ml (2 cawan) air
garam secukup rasa

Bahan-bahan lain
2 biji telur rebus, dibelah empat
150 g taugeh, dicelur
5 biji limau kasturi, dibelah dua
hirisan cili hijau/merah,
daun saderi, daun bawang dan bawang goreng

Cara memasak

Potong daging nipis-nipis dan rebus ber­sama tulang di dalam air.

Apabila daging sudah empuk, masukkan isi kerang, udang, bahan-bahan giling dan tauchu.

Kacau hingga mendidih.

Perlahankan api dan masukkan santan, susu cair dan air asam jawa. Kacau hingga mendidih.
Masukkan tepung jagung dan kacau hingga mendidih.

Masukkan garam.

Tuangkan kuah ke atas mee kuning dan taugeh.

Taburkan hirisan cili hijau/merah, daun saderi, daun bawang dan bawang goreng.

Letakkan potongan telur rebus dan limau kasturi. Hidangkan ketika panas.

Monday, October 6, 2008

Laksa


Sumber: Rossya

Bahan-bahan dikisar:
6 batang serai
1 jari lengkuas
10 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
d
3 potong ikan tenggiri atau ikan parang atau ikan kembung
1/2 biji kelapa putih parut dibuat kerisik
1 1/2 biji kelapa (dapatkan 2 litre santan pekat dan 1 liter santan cair)
8 sudu makan rempah kari ikan
150gm asam Jawa campur dengan 1 atau 2 cawan air (tapis dapat kan air asam yang pekat)
1 paket tulang ikan kurau kering (direndam sebentar dan ditoskan)
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika perlu
d
Bahan-bahan untuk sambal:
40 batang lada kering-rendam dengan air panas sehingga kembang , tos dan kisar tanpa air dengan sedikit garam
d
Bahan-bahan untuk tabur:
Daun kesum atau daun selaseh(cuci bersih dan dihiris halus)
300gm tauge (dibersihkan, buang akarnya, cuci dan di toskan)
3 biji timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
1 atau 2 kilo mee laksa (celur dan toskan)
d
Ikan di buang kulit dan bersihkan. Kemudian dikukus setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinya. Kisar dan ketepikan.
d
Gaul rempah kari ikan dengan bahan-bahan kisar, tumis hingga garing dan naik aromanya. Masukkan kerisik dan ikan kisar. Kacau rata. Masukkan santan pekat dan cair. Biarkan mendidih, masukkan air asam, kemudian masukkan tulang ikan kurau dan masak sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuah nya terlalu pekat, tambah kan sedikit air. Jika anda mahu kuahnya lebih pekat, masak sehingga kepekatan yang diperlukan. Setelah tulang ikan kurau benar-benar kembang, rasa kuahnya, jika masih kekurangan garam, boleh ditambahkan sedikit lagi.
d
Cara menghidang:
Mee laksa yang telah dicelur di letakkan dalam mangkuk. Atur di atasnya tauge yang sudah dicelur (lebih enak jika tauge nya dibiarkan mentah) hirisan timun dan hirisan daun kesum atau daun selaseh. tuang kuah diatasnya. Dan letakkan sedikit sambal. Enak di hidangkan panas-panas....

Friday, September 19, 2008

Penang Char Hor Fun



Sumber: rasamalaysia
Serves 3-4 people

Ingredients:

1/2 pack hor fun or flat rice noodles (32 oz pack)
1/2 pack vermicelli (14 oz pack)
3 tablespoons oil
1 tablespoon soy sauce
1 tablespoon kecap manis

Toppings:

12 shrimp (peeled and deveined)
12 thin pieces of beef
12 bay scallops
12 thin pieces of fish cake
1/2 can chicken broth (14 oz can)
5 stalks chinese mustard green/choy sum (cut into 2-inch length)
1 1/4 cup water
3 cloves garlic (minced)

Starch:

2 tablespoons corn flour
1/4 cup water

Seasoning:

2 tablespoons oyster sauce
1/2 tablespoon soy sauce
1/8 teaspoon fish sauce
1/2 teaspoon sugar
2 dashes white pepper powder
Salt to taste

Method:

Soak the vermicelli in warm water for 15 minutes or until soft. Drain the water and set aside.
Break the flat rice noodles off by peeling the layers. Set aside.
Heat up a wok and add 1 1/2 tablespoon of cooking oil. Toss in the vermicelli and do a quick stir. Add 1/2 tablespoon of soy souce and 1/2 tablespoon of kecap manis and continue to stir the vermicelli until the soy sauce and kecap manis are well blended with the vermicelli. Continue to stir until the vermicelli are lightly burned or charred. Dish up and set aside.
Repeat the same for the flat rice noodles. Dish up and set aside.
Add some oil in a wok and stir-fry the minced garlic until fragrant.
Add in the beef, shrimp, bay scallops, fish cake and do a quick stir.
Add the chicken broth and 1 1/4 cup of water immediately.
Add in all the seasoning and bring it to boil.
Add in the starch mixture to thicken the gravy.
Add in the mustard green, do a quick stir and turn off the heat.
On a plate, place the fried vermicelli and flat rice noodles equally.
Pour the gravy and toppings on the noodles and vermicelli. Serve hot.

Wednesday, September 17, 2008

Mee Kari Ummpph



Sumber : Mak Lang

Mee kuning – dicelur dulu

BAHAN KUAH :
Bwg putih } ditumbuk halus
Bwg merah }
Rempah 4 sekawan } kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Kari ikan + kari daging + cili kering } jadikan pes
Udang hidup } direbus dan diblend isinya, kulit udang tu juga blend dan buang hampas
Kerang
Santan pekat
Santan cair
Daun kari
Taupok – option (kalau ada lagi bagus)
Fish cake/fish ball
Asam keping

BAHAN HIASAN :
Daun sup/bwg
Bwg goring
Cili merah
Telur rebus
Sawi/Taugeh - dicelur
Ayam } ayam ni digoreng dahulu dan siat ambil isinya
Sambal tumis kosong / cili jeruk

CARA :
Tumis bwg yg ditumbuk tadi bersama rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan rempah kari tadi dan daun kari, biarkan sekejap hingga wangi.
Masukkan santan cair bersama pes udang yang diblend tadi.
Masukkan fish cake/fish ball, kerang, taupok, campakkan asam keping dan masukkan garam.
Dah mendidih masukkan santan pekat, tunggu hingga masak dan tutup api.

TIPS :
1. Ayam tu JANGAN dimasukkan didalam periuk ketika memasak kuah, cukup sekadar menaburkan isi ayam itu ketika ingin menjamu selera. Kalau letak rasa macam kari ayam plak...tak besshhhh!
2. Nak sedap, letak sambal tumis kosong dan cili jeruk…..kuah tersebut akan menjadi kemerah2an….memang umppppp!!!!! Sambal ni buat macam kita buat sambal tumis tuh…pekat2...
3. Mee kari sedap kalau ada kerang didalamnya tp bagi yg alah tu takperlah..ignore jer.

Mee Rebus Mamak



Diolah semula oleh : Anis Adlina

Bahan-bahan
5 biji keledek merah (dibuang kulit dan direbus terlebih dahulu bersama satu camca teh garam hingga empuk)
50 gm. cili kering (direbus dahulu)
6 ulas bawang putih
24ulas bawang merah, 8 ulas bawang putih (4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang halus untuk menumis)
1 inci halia, 2 biji telur ayam - direbus (jika suka)

Bahan-bahan cucur udang
300 gm. tepung gandum + 1 camca teh bicarbonate soda
1 biji telur ayam
Air secukupnya. Minyak secukupnya untuk memasak.
Garam ikut rasa. Jika suka, masukkan sedikit kunyit.

Bahan-bahan kuah kurma
15 biji kurma (dibuang biji)
sos tomato,sos cili,cuka,kicap,garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa.
4 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih, dimayang halus

Bahan-bahan sampingan
11/2 kg. mee kuning
2 pokok daun salad (lettuce) (saya tak minat, jadi tak gunakan)
500 gm. taugeh dibersihkan
2 pokok daun bawang
4 biji cili merah (saya takde cili merah time tu,so, saya gantikan ngan cili api)
2 biji limau nipis (pun takde. saya ganti ngan limau kasturi)
4 biji tahu (digaul dengan 1/4 camca teh garam dan digoreng dahulu)
30 ulas bawang ros (murah sikit harganya) dimayang halus dan digoreng dijadikan bawang goreng)
100 gm sotong kering (sayap atau pun janggut) direndam terlebih dahulu supaya lembut, kemudian dibasuh dan direbus hingga sotong empuk. (saya tak berapa minat sotong ni, so, saya tak letak pun)
1 biji kentang saiz sedang (direbus, kupas kulit & potong dadu besar2)

Cara-cara
1. Bersihkan sayur sayuran,cili merah/cili padi dan limau nipis/kasturi –asingkan
2. Tepung gandum diayak bersama bicarbonate soda. Masukkan air dan garam.
3. Masukkan pula telur ayam dan digaul hingga sebati. Masukkan sedikit kunyit serbuk(jika suka). Gaul hingga sebati dan masukkan pula sedikit hirisan daun bawang, digaul dan ketepikan selama 20 minit, kemudian digoreng menjadi seperti cucur udang --- asingkan. Saya dapati cucur kurang rangup bila dah sejuk. Rasa saya sebab ada telur tu....sebab resipi yang pernah saya cuba dari adik ipar saya, takde ditaruh telur. next time buat saya akan ketepikan telur tu. lagi satu, bancuhan kena cair....kalau pekat, cucur agak tebal & kurang krup2nya...
4. Ubi keledek dimesin terlebih dahulu --- asingkan.
5. Cili kering dimesin dengan bawang kecil dan bawang putih. Ambilkan lebih kurang 1/2 cawan ---- asingkan. Selebihnya, masukkan pula kurma dan halia, dan mesin lah hingga halus --- asingkan.
6. Panaskan minyak didalam kuali dan tumislah hirisan bawang merah dan putih sehingga kuning. Masukkan pula 1/2 cawan cili mesin tadi dan tumislah sehingga pecah minyak.
7. Masukkan pula ubi yang telah dimesin diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan air secukupnya, agar kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Biarkan ia mendidih, kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak.
8. Panaskan periuk atau pun kuali, masukkan minyak masak secukupnya, dan tumislah 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dimayang halus sehingga kuning dan masukkan pula lebihan cili mesin yang dimesin bersama kurma dan halia tadi serta masukkan air secukupnya.
9. Masukkan pula cuka, sos tomato dan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (jika suka, boleh juga dimasukkan hirisan 1 biji buah tomato besar kedalamnya untuk menyedapkan lagi rasanya). Masukkan juga sedikit kicap pekat dan masak lah sehingga ia pekat dan kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak ---- asingkan.
10. Ketika hendak dihidangkan, barulah dicelur mee dan taugeh, tetapi jangan terlalu lama, takut taugehnya lembik dan hilang zatnya.
11. Masukkan kedalam pinggan. Sendukkan kuah ubi tadi, tuang keatasnya, diikuti dengan cili yang telah dimasak tadi. Jika mahu menambahkan rasa, masukkan sedikit kicap cair.
12. Hiaskan dengan hirisan salad, daun bawang,cili merah,hirisan sotong kering yang direbus tadi bersama sama dengan hirisan cucur dan hirisan tahu goreng.
13. Taburkan bawang goreng dan hirisan limau nipis bagi yang mahu menambahkan masamnya (jika suka, boleh juga dihias dengan hirisan telur rebus)

Sunday, September 14, 2008

Pad Thai Noodles

Monday, September 1, 2008

Mee Hoon Kicap Istikomah

Mee Hoon Kicap
Sumber: Mamaleza

Bahan2:-
1 paket bee hoon (dicelur saperti biasa)
secukup tauge
secukup daging lembu (dihiris tipis) jgn gunakan daging kisar, kurang enak

Bahan2 tumis:-
2 biji bawang besar (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
1 senduk besar cili kisar (ikut selera, boleh tambah atau kurangkan)
1 senduk kicap manis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing dan wangi.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan daging dan tunggu hingga empuk.
4. Masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan tunggu sebentar.
5. Tambah sadikit air jika terlalu kering.
6. Masukkan mee hoon dan gaul hingga rata.

Hidangan ini boleh disajikan dengan telur dadar yang dihiris nipis, bawang goreng, daun sop/bawang dan cili jeruk.

Friday, August 29, 2008

Mee Bandung Chef Wan



MEE BANDUNG CHEF WAN
Sumber: Chef Wan Ismail

Bahan-bahan
300 gm mee kuning, dicelur
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
2 sudu cili kisar
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
1 cawan kacang pis (optional)
3 biji telur rebus
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukupnya
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad (optional)
Tauhu
Limau kasturi

Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.

2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.

3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.

4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.

5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.

Sunday, October 28, 2007

Mee Bandung Istikomah


































Sumber: Mamaleza

Bahan2nya:-
1 kg mee kuning
1/2 kg Tauge
1 ikat sawi
2 biji tomato
Telor (suka hati)
300gm Daging
Daun sop bawang/bawang goreng (taburan)

Dikisar:-
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar rempah kari BABAS
2 senduk tomato sos
1 keping stok ayam

Tumis bahan2 kisar termasuk rempah kari hingga garing dan wangi.
Masukkan daging yang sudah dipotong kecil2. Gaul rata.
Tunggu hingga hampir empuk.
Masukkan air dalam 2 mangkuk besar. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tomato buah, tomato sos, garam, gula, stok ayam dan serbuk perasa.
Bila dah mendidih, ceplokkan telor satu persatu. Jgn digaul sebelum masak nanti telur hancur.

Jika suka, boleh tambahkan udang dan sotong. Jadi "Mee Bandung seafood".

Cara hidangan:-
Celurkan mee, tauge dan sawi. Ketepikan.
Bila hendak disajikan, baru masukkan dlm mangkuk dan disiram kuah yg panas.
Jgn lup tabur daun sop/bawang dan bawang goreng.
Jika suka, boleh tambahkan potongan limau sambal.

Jika kuah cair, boleh tambah tepung jagung yg sudah dicampurkan sadikit air.

Mee Rebus Istikomah
















Sumber: Mamaleza


Bahan2nya:-
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg tauge (dicelur)
300gm tetelan (rebus dan ketepikan)
1 mangkuk kecil kacang tanah goreng (dikisar kasar)
Cili hijau, limau sambal, bawang goreng, daun sop/bawang, telor rebus, kicap masin

Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 mangkuk kecil udang geragau kering
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu makan udang kering
2 sudu besar taucu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 ibu jari lengkuas (dititik)
1 serai (dititik)
gara, gula dan serbuk perasa.
1 sudu besar tepung jagung (dicampur sadikit air)

Tumis semua bahan2 kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan 2-3 mangkuk besar air.
Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tetelan dan kacang tanah.
Mendidihkan dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung bercampur air untuk memekatkan kuah.
Didihkan lagi.

Sajikan saperti biasa.

Mee Siam Goreng Istikomah
















Sumber: Mamaleza


Bahan2nya:-
1 pkt mee hoon (didihkan air, masukkan mee hoon hingga lembut, toskan, siram air sejuk, ketepikan)
Tauge atau sawi (suka hati)
Sadikit udang basah, sotong dan fish cake (potong kecil2)
daun sop/bawang atau kucai (hiris halus untuk taburan)
limau sambal (tambahan)

Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar udang kering
segenggam ikan bilis
2 sudu besar taucu
1-2 senduk cili kisar (ikut suka)
garam, gula dan serbuk perasa

Tumis cili kisar hingga garing.
Masukkan semua bahan2 kisar dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan udang, sotong dan fishcake.
Masukkan 1/2 cawan kecil air panas (biar mee basah sadikit)
Masukkan mee dan gaul rata.
Akhir sekali baru masukkan sayur.