Click Link Below!
Thursday, August 28, 2008
Kek Lapis Cempedak
KEK LAPIS CEMPEDAK/ KEK LAPIS DURIAN/ KEK LAPIS KEJU
Sumber: Zaleha Osman
Bahan A
500 g mentega lembut
1 sudu makan esen vanilla
Bahan B
14 biji kuning telur
6 biji telur
275 g gula halus
2 sudu makan ovalette
Bahan C
100 g tepung gandum atau tepung Hong Kong, diayak
1/2 sudu teh baking powder
Bahan D (bahan ini dikacau rata)
500 g cempedak
1/4 tin susu pekat
Cara-caranya
Pukul Bahan A selama 3 minit.
Pukul Bahan B selama 5 - 7 minit sehingga kembang.
Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau rata.
Masukkan pula C dan kacau lagi sehingga rata.
Bakar dengan menggunakan grill, selapis selapis.
Setiap lapis kek sebanyak 2 senduk adunan tepung.
Bakar selama 2 - 3 minit.
Lapis lagi berselang-seli dengan 2 sudu makan cempedak iaitu bahan D.
Jika hendak lebih lazat lebihkan cempedaknya.
Panduan
Kuihnya dilapis, selapis adunan tepung dan selapis adunan cempedak.
Apabila dilapis dengan cempedak, hendaklah dibakar sehingga cempedak kering, baru dilapis dengan adunan tepung lagi.
Jika tidak kek akan jadi terlalu basah dan jadinya tak lawa dan juga tak sedap.
Setelah habis adunannya dilapis, keluarkan keknya dan sejukkan baru diterbalikkan diatas rak kek.
Jangan buka oven setelah lapisan terakhir.
Ini akan merenggangkan lapisan keknya.
Nota:
Untuk mendapatkan KEK LAPIS DURIAN, gantikan isi cempedak kepada isi durian. Untuk mendapatkan KEK LAPIS KEJU, gantikan cempedak/ durian kepada parutan keju cheddar. Cara membakarnya ada lain sedikit, selepas ratakan adunan taburkan keju dan bakar.
Labels:
Layered Cake