Tuesday, September 9, 2008

Gulai lemak siput sayur keladi

Gulai lemak siput sayur keladi
Sumber: Hotel Grand Continental Kuala Lumpur, Chef Harun Mat Yusop

Bahan:-
1/2 kg siput sedut, dipotong hujung dan dicuci bersih
1 cawan air
1 helai daun kunyit
3 keping asam gelugur
300 g sayur keladi, dibuang kulit dipotong kecil kemudian direbus sehingga empuk
3 cawan santan

Bahan kisar:-
5 biji bawang merah
3 cm kunyit hidup
2 camca kecil udang kering
1 1/2 cm belacan

Cara membuat:-
1. Masukkan siput yang sudah dibersihkan ke dalam periuk beserta air, daun kunyit, asam gelugur, sayur keladi dan bahan kisar.
2. Masak sehingga mendidih kemudian masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan kacau selalu.
3. Selepas masak angkat dan hidangkan untuk berbuka atau bersahur.