Monday, September 8, 2008

Japanese Cotton Cheese Cake



Japanese Cotton Cheese Cake
Sumber: Cikgu Noraini

Jika kek ini dibuat dengan betul, ia akan jadi lembut , gebu dan mempunyai lubang-lubang udara yang halus. Jika ada yang tak kena, ia akan jadi padat dan tak berapa naik. Tetapi masih sedap dimakan seperti kek keju yang lain.

Bahan-bahan: (A)
70 gm gula halus
6 biji putih telur A
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

(B)
250 gm krim keju
50 gm mentega
6 biji kuning telur A
100 ml susu segar
1 sudu besar jus lemon @ 1/2 sudu teh pes lemon
70 gm gula halus

(C)
80 gm tepung superfine/kek

Cara Membuatnya:

1. Krim keju dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk kecil bersama mentega, gula dan susu. Cairkan secara double-boiler dan kacau hingga adunan menjadi likat. Masukkan kuning telur dan jus lemon. Kacau sebati.

2. Angkat dari api dan masukkan tepung. Pastikan adunan masih hangat.

3. Pukul putih telur, gula dan krim tartar hingga gebu dan kental. Apabila dicolek dengan jari, adunan masih berekor. Jangan terlalu keras kerana ia akan kering.

4. Alihkan adunan pes tepung ke dalam bekas lebih besar. Masukkan putih telur sedikit-sedikit dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.

5. Sediakan tin pembakar bulat berukuran 9 inci atau 10 inci. Griskan dan lapik kertas serap minyak.

6. Tuangkan adunan dan bakar secara water-bath. Sediakan dulang lebih besar dan masukkan air 1/3 penuh. Letakkan tin kek atasnya. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada 170 darjah celcius.

7. Bakar selama 1- 11/2 jam hingga masak. Untuk menguji kek masak, cucuk dengan lidi. Jika masih melekit, bakar semula hingga masak