Click Link Below!
Tuesday, September 16, 2008
Kuih Makmur
Sumber: Rossya
250g minyak sapi Ghee
250g mentega
1 sudu kecil gula castor
secubit garam
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu kecil vanilla esen
800g tepung gandum ( mungkin tak dihabiskan)
Inti kacang:
300g kacang gajus digoreng dan ditumbuk kasar
400g granulated sugar (Yang kasar lagi sedap)
100g mentega dicairkan
Inti kacang : Satukan kesemua bahan dan kepal2 kan bujur2 kecil. Ketepikan.
Adun mentega, minyak sapi, garam dan gula bersama. Jangan sampai kembang. Masukkan telur yang sudah dipukul dan vanilla essence sambil dikacau rata. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dalam 700g dan uli rata. Masukkan tepung lagi sedikit demi sedikit hingga mendapatkan adunan yang lembut. Adunan tidak boleh terlalu lembik.. kerana ini akan membuat kuih terlalu kembang. tak boleh terlalu kenyal.. ini pula akan menjadi kuih menjadi keras dan terlalu berderai..
Bulatkan adunan dan masukkan sebiji inti yang sudah dikepal. Betukkan licin menjadi bujur dan sepit mengikut bentuk daun. Bakar dengan kepanasan 160C tanpa mengris loyang.
Setelah masak.. sejukkan dahulu baru di sira dengan icing sugar atau gula castor.