Saturday, September 6, 2008

Chocolate Fudge Frosting


Sumber: Cikgu Noraini

Selain dari chocolate ganache, ada satu lagi aising yang boleh menyalut kek coklat iaitu chocolate fudge frosting. Jika chocolate ganache mempunyai dua bahan asas iaitu coklat dan krim, yang ini pula mempunyai lebih bahan seperti gula aising, mentega, serbuk koko dan lain-lain bergantung kepada resipinya. Apa yang membezakan keduanya ialah chocolate fudge lebih pekat dari chocolate ganache. Ia tidak boleh dituang, tetapi perlu disapu seperti membuat aising krim mentega .Ia juga tidak memberi kekilatan (shine) seperti chocolate ganache. Ia sesuai untuk disapu pada kek, untuk inti (filling) dan juga hiasan tepi kek (border). Untuk bunga ros, perlukan aising yang lebih kental (stiff) seperti Chocolate Cream.

Resipi Chocolate Fudge
(Sumber ehow.com)

Bahan-bahan:
2 cawan gula kastor
1/4 cawan sirap gula (corn syrup)
1 cawan krim putar (dairy whipping cream)
180 gm coklat masakan
2 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Satukan gula, sirap gula dan krim dalam sebuah periuk.
2. Kacau diatas api yang kecil hingga gula cair dan larut.
3. Didihkan 1 minit dan angkat dari api.
4. Masukkan coklat masakan yang dicincang dan kacau hingga coklat cair.
5. Masukkan mentega dan vanila. Biarkan coklat fudge sejuk dan pekat baru disapukan atas kek.
6. Hiaskan kek mengikut citarasa anda.

Chocolate Fudge Buttercream Frosting
Bahan-bahan:
115 gm mentega
50 gm shortening
30 gm serbuk koko
240 gm gula aising
30 ml susu
350 gm coklat masakan, dicairkan
5 ml esen vanila

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan shortening hingga kembang.
2. Masukkan koko dan gula aising.
3. Masukkan susu, coklat masakan dan esen vanila.
4. Putar hingga sebati.
5. Bolehlah disapukan atas kek coklat. Hiaskan.

Chocolate Cream
Bahan-bahan :
750 gm coklat masakan, dicincang
175 gm mentega, dilembutkan
90 gm kuning telur
225 gm telur (seluruh)

Cara membuatnya :
1. Cairkan coklat secara double-boiler dan masukkan mentega. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk pengadun dan tuangkan coklat cair. Putar dengan kelajuan sederhana hingga ringan dan berkerim.
3. Biarkan sebentar supaya krim agak pekat. Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat bunga ataupun membuat hiasan tepi kek.