KEK CAWAN OREN
Sumber: Cikgu Noraini
Bahan-bahan:
250 gm mentega
180 gm gula kastor
230 gm tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur A
1 sudu besar emulco oren
sedikit cip coklat, untuk hiasan
sedikit pewarna oren
30 gm air susu
Cara Membuatnya :
1. Putar mentega dan gula hingga berkerim.
2. Masukkan telur satu persatu diikuti emulco oren dan pewarna oren. Putar sebati.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik. Gaul sebati. Campurkan air susu.
4. Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan cip coklat.
Secara ringkasnya, kek cawan adalah kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dihias atasnya dengan pelbagai kerim untuk menambah keindahan penampilannya. Kek cawan boleh dibuat dengan menggunakan kek dasar seperti kek mentega atau kek span. Bagaimanapun, untuk rupa bentuk yang lebih kukuh, lebih baik menggunakan kek mentega. Jika menggunakan kek span, ia akan nampak cekung di tengahnya kerana ia jenis kek yang lembut. Anda boleh mempelbagaikan perisa kek mentega tersebut seperti perisa vanila, oren, kopi, strawberi dan sebagainya mengikut citarasa anda.

Jika anda sudah pandai membuat kek mentega adalah tidak sukar untuk membuat kek cawan. Caranya sama dengan membuat kek mentega tetapi anda cuma perlu sediakan cawan kertas yang bersesuaian saiznya dan acuan tin mufin berlubang 8 atau 12. Setelah dibancuh, sudukan ke dalam cawan kertas atau isikan dalam beg piping dan picitkan ke dalam cawan kertas tersebut. Jangan disi terlalu penuh, cukup 3/4 penuh saja.
Panaskan ketuhar ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit dan masukkan kek cawan anda. Masa membakar kek cawan adalah lebih kurang 20 minit. Untuk memastikan kek telah masak, cucukkan lidi ditengahnya. Jika sudah masak, keluarkan dan sejukkan. Pastikan kek telah sejuk, barulah dihias dengan krim yang anda sukai. Kek cawan tidak membonjol tinggi seperti mufin. Ia hanya naik sedikit di bahagian tengah dan akan surut apabila sejuk. Permukaan yang rata ini memudahkan kita menyapunya dengan krim mentega dan lain-lain.
Menghias kek cawan
Untuk menghias kek cawan kita boleh gunakan krim mentega, ganache coklat, royal aising, krim segar ataupun fondant mengikut kepandaian dan kebolehan anda. Jika ada tidak mahir menghias, buatlah yang ringkas-ringkas saja. Umpamanya menggunakan jem buah-buahan. Sapukan jem nipis di permukaan kek dan taburkan dengan manik-manik gula. Anda juga boleh gunakan krim mentega , sapukan di permukaannya dan taburkan kekacang, manik-manik gula dan sebagainya. Untuk menghias corak-corak tertentu, gunakan beg piping dan nozzle yang sesuai. Jika anda ada asas menghias kek, lagi mudah tugas anda untuk menghias. Anda boleh menghasilkan beranika macam rekaan yang cantik dan menarik. Hiasan kek cawan dari fondant lebih menarik dan ekslusif terutamanya untuk hantaran atau diberi sebagai hadiah kepada tetamu di majlis perkahwinan. Untuk membuat design sebegini, anda perlu ada asas menghias dengan fondant.