Saturday, September 6, 2008

Nasi Minyak Mumtaz



NASI MINYAK (sumber Mumtaj Begum, Buku ALMAS)

Bahan-Bahan

5 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam ½ jam lalu toskan)

5 cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

5 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 cm kayu manis

1 biji bawang besar (dimayang)

2 biji lada hijau (dibelah dua jgn putus)

1 sudu makan halia kisar

1 sudu makan bawang putih kisar

senggengam daun pudina

5 sudu makan tairu

5 sudu makan susu cair

5 sudu makan minyak sapi

garam secukup rasa

pewarna kuning atau sedikit serbuk kunyit (bancuh dgn sedikit air)

Cara: Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik. Tumis daun pandan hingga wangi lalu masukkan cengkih, pelaga dan kayu manis sehingga meletup-letup. Masukkan bawang, lada hijau dan tumis hingga bawangnya layu. Kemudian masukkan pula halia/bawang putih kisar serta daun pudina. Tumis lagi hingga naik aromanya. Tuangkan tairu dan masak selama 5 minit. Tuang air, susu dan taburkan garam, Masak sehingga mendidih. Selepas tu, masukkan beras yg telah ditos, kacau rata dan masak seperti biasa. Apabila nasinya sudah masak, renjiskan di atasnya dgn pewarna kuning atau air kunyit lalu kacau perlahan-lahan dgn garfu.