Bahan-bahannya :
1 kg kacang hijau - dibuang kulitnya
1 kg gula pasir
1 gelas air suam
Cara Membuat :
Goreng kacang hijau hingga kekuningan.
Ambil sebahagian daripada segelas air suam tadi, renjiskan ke atas kacang sedikit demi sedikit hingga rata.
Perapkan kacang hingga kering semula.
Selepas satu jam, renjiskan lagi lebihan air suam tadi (1/2 gelas) ke atas kacang sedikit demi sedikit.
Perapkan lagi selama satu jam.
Kisarkan kacang hingga halus dan ayak hingga habis.
Kisar pula gula pasir hingga halus dan ayak.
Campurkan kedua-dua bahan tadi hingga sebati.
Ambil segenggam adunan, genggam kuat-kuat dan masukkan ke dalam acuan kayu yang sudah ditaburi sedikit gula halus.
Tekan adunan padat-padat dalam acuan.
(Jika suka boleh ketuk dengan tukul besi pada adunan hingga padat)
Bersihkan reja-reja kuih yang terdapat pada acuan dengan pisau.
Ketuk perlahan-lahan belakang acuan hingga kuih terkeluar daripada acuan.
Letakkan kuih secara berhati-hati di dalam dulang atau loyang.
Jemurkan dibawah terik mentari selama satu jam sebelum dihidangkan.