Sambal untuk Popia Goreng
Sumber: Pn. Norzailina
Bahan-bahan:
100 ml minyak
2 labu bawang besar }
5 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar halus
3 biji cili merah }
2 camb pes cili }
60 ml sos cili
3 camb sos tomato
2 camb sos plum merah
1 camb cuka
garam & gula secukupnya
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kacau rata. Bila terbit minyak dan wangi, bubuh pula semua sos dan gula. Masak atas api perlahan sampai mengggelegak. Kemudian perlahankan api dan renehkan. Bila kuahnya agak pekat, tambah garam dan cuka. Kacau rata dan angkat.
Jangan masukkan air ke dalam sambal. Gantikan air asam jawa dengan cuka. Lebihkan gula kerana ini akan membuat ia kekal rangup.