Monday, November 24, 2008

Rendang Tok


Sumber: Nutrition Society of Malaysia

Bahan-bahan

600 g daging lembu, tanpa lemak, dipotong 12 keping

30 g (3 sudu makan) susu tepung skim, dibancuh dengan 1 cawan air suam

20 g (4 sm) lengkuas parut, dibuang airnya

75 g (1/2 cawan) isi kelapa, untuk dibuat kerisik

2 biji buah pelaga

1/2 kuntum bunga lawang

1/2 sm kulit kayu manis

1 keping asam keping

5 g (1 sudu makan) rempah kari

30 g gula kabung

3 g (1/2 sudu teh) garam

1 liter (4 cawan) air

Bahan-bahan (A): digoreng tanpa minyak dan dikisar

10 g (2 sudu makan) rempah ketumbar

5 g (1 sudu makan) jintan putih

2 g (1 sudu makan) lada hitam

8 g (10 tangkai) lada kering

Bahan-bahan (B): dikisar

30 g (3 batang) serai

5 g (1 sm) halia

200 g (20 ulas) bawang merah

10 g (2 ulas) bawang putih

Cara memasak

Bersihkan daging, tos kemudian perap dengan bahan-bahan (A) dan (B) selama 30 minit.

Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan daging yang telah diperap serta parutan lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, rempah kari, gula kabung dan garam. Masak hingga se­tengah masak.

Masukkan asam keping diikuti dengan susu skim. Kacau selama 1-2 minit.

Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.

Hidangkan dengan nasi.