Tepung Gandum
Sesuai untuk dibuat cucur, jemput2, batter untuk menggoreng ikan dan ayam. Kadar gluten tepung agak sederhana jadi ia sesuai untuk makanan gorengan.Tepung Kek
Khas untuk membuat kek saperti Kek Mentega, Kek Buah, Kek Teh, Muffin dan kulit pastri puff. Kadar gluten dalam tepung kek ini rendah jadi ia amat sesuai untuk kek yang memerlukan struktur yang agak stabil.Tepung Top
Khas untuk membuat Kek Span, Kek Angel atau Kek Shiffon dan Kuih Baulu. Kadar gluten tepung ini amat rendah sekali jadi struktur protein nya amat singkat menjadikan ia sesuai untuk membuat kek yang lembut dan gebu.Tepung Hong Kong atau Super Lite Flour
Sesuai untuk membuat kueh pau kukus atau goreng donut. chakue dan roti paun.Tepung Naik Sendiri atau Self-Raising Flour
Jenis tepung ini sudah dicampur bahan penaik iaitu baking soda untuk memudahkan kita membuat kek, pancake atau batter.
Tepung Roti
Sesuai untuk membuat roti sahaja kerana kadar gluten dalam tepung ini amat tinggi.Tepung Wholemeal
Tepung in adalah tepung yang diproses tanpa kulit gandum dibuang. Ia berkhasiat dan lazimnya digunakan untuk membuat roti.Tepung Kentang
Tepung ini dibuat daripada ubi kentang yang telah diproses. Jangan samakan tepung ini dengan tepung kanji. Tepung ini sangat sesuai dibuat roti apabila dicampurkan dengan tepung gandum. Ada juga sesetengah kek yang menggunakan tepung ini terutama untuk orang yang mempunyai alahan kepada tepung gandum.Tepung Kacang Kuda atau Tepung Gram (Chickpea)
Penggunaan tepung ini begitu popular dalam masakan India. Ini termasuklah dalam membuat Pakora dan manisan. Di Itali tepung ini digunakan untuk membuat sejenis roti yang disebut Farinata.Tepung Jagung
Digunakan lazimnya sebagai bahan pemekat dan untuk membuat biskut terutama untuk mendapatkan biskut yang rangup. Apabila dicampur dengan gula ia menjadi gula aising. Di Latin Amerika, tepung ini digunakan untuk membuat kulit pita yang dipanggil Tortilla.Tepung Beras
Selain daripada kegunaannya untuk membuat kuih muih melayu, ia juga banyak digunakan untuk membuat biskut.Setelah mengetahui jenis2 tepung dan kegunaannya, maka ini tentu akan memudahkan lagi anda memilih jenis2 tepung yang sesuai untuk apa jua masakan, untuk membuat kek atau biskut dan seumpamanya.
SELAMAT MENCUBA!