Sunday, October 28, 2007

Paceri Nenas










Bahan2nya:-
1 biji nenas, dipotong bulat dan dibagi 4
2 sudu besar cili kisar
Dikisar:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit (saya gunakan kunyit serbuk jer)
Rempah tumis (1 kayu manis, 3 cengkih, 3 bunga lawang & 3 pelaga)
6 sudu besar gula
sadikit garam
1 biji lada merah, buang biji dan potong 4 memanjang

Masukkan rempah tumis dan cili kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan rempah yg dikisar dan tumis lagi.
Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih, baru masukkan nenas dan cili merah buang biji tadi.

Peringatan: -
Jangan masukkan air kerana buah nenas dgn sendiri akan berair kelak.