Monday, October 15, 2007

Serunding Daging Wak Jah














Bahan2nya:-
3 biji kelapa putih (goreng tanpa minyak)
1 kg daging kambing (potong kecil2)

Dikisar:-
2 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan
lengkuas (anggaran satu ibu jari)
kunyit hidup (setengah ibu jari)
5 batang serai
20 biji bawang merah kecil
15 biji bawang putih

5 lembar daun limau purut
3 lembar daun salam
2 sudu makan gula pasir
air asam dan garam secukup rasa

Tumis semua rempah yg dikisar hingga wangi dan garing. Masukkan daging dan masak hingga empuk. Jika terlalu kering untuk daging empuk, tambahkan sadikit air. Masukkan pula gula, air asam dan garam secukup rasa. Campakkan daun limau purut yang telah dikoyak2kan dan daun salam. Pasti harum tumisan anda.

Tunggu sampai kering sadikit dan masukkan kelapa putih yang telah disangar tadi. Gaul rata. Api jgn terlalu besar kerana ia mudah hangus. Setelah digaul rata boleh diangkat dan disejukkan.