Tuesday, September 9, 2008

Biskut Oren

Biskut Oren
Sumber: Deli Corner Hotel Grand BlueWave Shah Alam, Chef Wong Yik Seng

Bahan:-
500g mentega
250g gula ising
1 biji telur
2 biji kuning telur
2 camca kecil pati oren
Beberapa titik pewarna oren
750g tepung gandum
150g coklat yang dicairkan

Cara membuat:
Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang.
Masukkan telur dan kuning telur, kacau rata. Kemudian masukkan pula pati oren dan pewarna, gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
Masukkan adunan tadi ke dalam beg corong berbentuk bintang (star nozzle). Paipkan adunan di atas dulang pembakar.
Kemudian bakar ke dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25 minit. Apabila biskut kekuningan, angkat dan biarkan ia sejuk.
Selepas biskut sejuk, celupkan sebahagian biskut tadi ke dalam coklat yang dicairkan. Biarkan sejuk dan hidang dengan hirisan kulit oren.