Kebab-e Koobideh
Sumber: Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi
Bahan:-
500 gram (g) daging kambing atau lembu, dipotong segi empat
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 labu bawang putih
1 biji telur, dipukul terlebih dulu
4 biji tomato, sederhana besar
Garam secukup rasa
10g lada hitam, dicincang kasar
1 camca kecil serbuk kunyit
Cara membuatnya:-
Satukan daging, bawang besar, bawang putih, telur, garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk, gaul rata. Perapkan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan daging yang diperap dan cucukkan pada pencucuk besi kebab. Cucuk selang seli daging dengan tomato.
Kemudian panggangkan ia di atas bara api dan balik-balikkan selang lima minit. Jika mahu membakarnya di dalam ketuhar, masukkan daging tadi bersama tomato ke dalam kertas aluminium dan bakar pada suhu tinggi.
Setelah cukup masak, keluarkan kebab dan hidangkan bersama salad. Enak dimakan bersama nasi beriani atau roti Arab.