Bahan-bahan
14oz tepong gandum
4oz tepong wade (white urad flour)...carilah kat kedai mamak sure ade.....(Kalo kat Spore boleh beli kat kedai Rasool Serangoon Rd).
11oz air
1 1/2 sudu teh garam
Ajinomoto kalo suka
1 sudu besar yeast (instant yeast)
1 sudu teh potas
2 biji telor
1/2 sudu lada hitam ditumbuk halus
1 inc halia hiris halus **
150gm bawang kecil hiris halus **
3 tangkai daun kari hiris halus
2 batang lada hijau hiris halus
Udang hidup secukupnya
Minyak utk deep fry.
Note** kalau tak suka tergigit bawang/halia boleh diblend.
Caranya
Campurkan semua bahan di atas kecuali udang dan minyak dan biarkan selama sekurang-kurangnya 1 1/2 jam.
Cara Menggoreng.
Setelah diperap bahan akan mengembang. Oleh kerana adunan ni lembut dan melekat kat tangan, sarungkan tangan kiri dengan plastic. Basahkan tangan kanan dgn air.
Ambil sejemput adunan dan tepekkan kat tangan kiri. Buat satu bulatan spt donut, letakkan udang diatasnya dan perlahan-lahan masukkan dalam kuali (minyak mesti banyak). Aromanya.. kalah mamak kat kedai you...
Note: Kena banyak praktis untuk menggoreng.....baru wadeh boleh cun..
Wadeh ni lembut dan sedap dimakan panas-panas bersama Cili Hijau.