Monday, October 6, 2008

Kari Ikan Masin


Sumber: Rossya

Bahan:
1 packet ikan kurau, isi dan tulang
segenggam udang kering, direndam dalam air panas
3 sudu teh rempah tumis
5 pelepah daun kari
6 batang lada kering, dibelah dua
10 sudu makan bawang besar
2 sudu makan bawang putih kisar
1/2 jari halia di titik
5 biji tomato dibelah 4
1 biji kentang, dibelah 4
4 sudu makan serbuk rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk lada putih
4 cawan air
1 batang lobak putih, hiris panjang 4cm
1 batang lobak merah, hiris panjang 4cm
6 batang kacang bende
3 sudu makan asam Jawa
1/2 cawan santan
minyak untuk menumis
sedikit garam jika perlu

Asam jawa diramas dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan air asam yang pekat. Udang kering di tumbuk. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis, daun kari dan lada kering sehingga meletup-letup. Masukkan bawang kisar dan tumis lagi selama 2 minit hingga 3 minit. Masukkan bawang putih, halia di titik, dan tumis sehingga wangi. Masukkan tomato dan masaklah selama 5 minit. Masukkan semua rempah serbuk dan satu cawan air. Tutup periuk, kecilkan api dan masak sebentar. Pastikan periuknya bertutup dan apinya kecil. Kemudian buka tutup periuk dan biarkan rempahnya masak selama 2 minit lagi. Tuangkan air. Kacau rata. Sesudah mendidih masukkan lobak putih, kentang, lobak merah dan masak sehingga sayur setengah masak. Masukkan air asam pekat dan santan. Tunggu sehingga mendidih, barulah dimasukkan ikan masin( ikan masin direndam sebentar jika tidak mahu terlalu masin), udang kering dan bende. Biarkan sehingga sayur nya lembut dan ikan nya masak. Untuk menyedapkan lagi, lepaskan beberapa batang lada hijau dan merah. Kuah nya tidak boleh terlalu pekat. Masukkan sedikit garam jika perlu.