Click Link Below!
Friday, November 9, 2007
Apam Berinti Kelapa (Coconut blossom)
Sumber: Mamaleza
Bahan2 Apam:-
3 biji telur (gunakan telur sejuk)
220gm castor sugar 300gm tepung kek
3 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
160gm santan kotak
Pewarna hijau etc...
Pukul telur hingga naik dgn kelajuan tinggi.
Masukkan ovalette, gula dan santan.
Masukkan tepung/baking powder sadikit2.
Bila dah mesra, lajukan ketahap maxima dan putar 8 minit hingga pekat.
Masukkan pewarna hijau.
Gaul rata.
Bahan2 Inti Kelapa:-
250gm kelapa putih parut (1/2 biji kelapa)
70gm gula melaka
2-3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
1 camca teh tepung jagung + sadikit air (larutkan)
Masak gula melaka, gula pasir dan 1/4 cawan air hingga larut.
Tapis dan ketepikan.
Masak kelapa bersama daun pandan.
Perlahan api.
Masukkan gula melaka yg cair tadi.
Kacau rata.
Bila dah agak kering masukkan air tepung jagung.
Bila dah masak rata, angkat dan sejukkan.
Gentelkan bulat2 kecil.
Panaskan kukusan.
Masukkan paper cup dalam mangkuk2 kecil.
Letakkan sadikit adunan dalam paper cup dgn sudu kecil.
Tekan satu biji inti dan tutup dgn sadikit adunan lagi.
Jika suka, boleh gunakan piping bag.
Kukus selama 10 minit.
Custard Cream
Sumber: Mamaleza
Bahan2nya:-
55g custard powder
2 biji telor
1 tin susu cair 410ml (dibagi 2)
225ml air
160g gula
1/2 sudu makan butter
sadikit esen vanilla
Bancuh custard powder dengan telur.
Masukkan 1/2 tin susu cair.
Kacau hingga rata dan tapis.
KETEPIKAN.
Air, 1/2 tin susu cair dan gula dimasak hingga hampir mendidih.
Kecilkan api.
Masukkan bancuhan custard powder dan telur tadi.
Kacau terus menerus dgn perlahan2.
Bila dah pekat, masukkan butter dan esen vanilla.
Kacau hingga rata.
Sejukkan dulu sebelum diisi kedalam pastri.
Labels:
Puff/Pastry
Custard Puff
Sumber: Mamaleza
Bahan2 pastri:-
330ml air
190 mentega
secubit garam
240g tepung gandum (lebih baik guna Tepung Roti)
9 biji telur (guna saiz kecil saja)
Tuang air, mentega dan garam kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung gandum dan kacau segera. Masak hingga menjadi doh dan tidak melekat ditepi periok.
Masukkan adunan kedalam piping bag dgn menggunakan nozzle bintang dan buat bulatan kecil.
Bakar dalam ketuhar (oven saya 160-180) selama 20-25 minit.
Bila dah sejuk saya gunting tepi dan isikan dengan custard cream.
Bakar dalam ketuhar (oven saya 160-180) selama 20-25 minit.
Bila dah sejuk saya gunting tepi dan isikan dengan custard cream.
Labels:
Puff/Pastry
Sunday, October 28, 2007
Mee Bandung Istikomah
Sumber: Mamaleza
Bahan2nya:-
1 kg mee kuning
1/2 kg Tauge
1 ikat sawi
2 biji tomato
Telor (suka hati)
300gm Daging
Daun sop bawang/bawang goreng (taburan)
Dikisar:-
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar rempah kari BABAS
2 senduk tomato sos
1 keping stok ayam
Tumis bahan2 kisar termasuk rempah kari hingga garing dan wangi.
Masukkan daging yang sudah dipotong kecil2. Gaul rata.
Tunggu hingga hampir empuk.
Masukkan air dalam 2 mangkuk besar. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tomato buah, tomato sos, garam, gula, stok ayam dan serbuk perasa.
Bila dah mendidih, ceplokkan telor satu persatu. Jgn digaul sebelum masak nanti telur hancur.
Jika suka, boleh tambahkan udang dan sotong. Jadi "Mee Bandung seafood".
Cara hidangan:-
Celurkan mee, tauge dan sawi. Ketepikan.
Bila hendak disajikan, baru masukkan dlm mangkuk dan disiram kuah yg panas.
Jgn lup tabur daun sop/bawang dan bawang goreng.
Jika suka, boleh tambahkan potongan limau sambal.
Jika kuah cair, boleh tambah tepung jagung yg sudah dicampurkan sadikit air.
Mee Rebus Istikomah
Sumber: Mamaleza
Bahan2nya:-
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg tauge (dicelur)
300gm tetelan (rebus dan ketepikan)
1 mangkuk kecil kacang tanah goreng (dikisar kasar)
Cili hijau, limau sambal, bawang goreng, daun sop/bawang, telor rebus, kicap masin
Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 mangkuk kecil udang geragau kering
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu makan udang kering
2 sudu besar taucu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 ibu jari lengkuas (dititik)
1 serai (dititik)
gara, gula dan serbuk perasa.
1 sudu besar tepung jagung (dicampur sadikit air)
Tumis semua bahan2 kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan 2-3 mangkuk besar air.
Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tetelan dan kacang tanah.
Mendidihkan dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung bercampur air untuk memekatkan kuah.
Didihkan lagi.
Sajikan saperti biasa.
Mee Siam Goreng Istikomah
Sumber: Mamaleza
Bahan2nya:-
1 pkt mee hoon (didihkan air, masukkan mee hoon hingga lembut, toskan, siram air sejuk, ketepikan)
Tauge atau sawi (suka hati)
Sadikit udang basah, sotong dan fish cake (potong kecil2)
daun sop/bawang atau kucai (hiris halus untuk taburan)
limau sambal (tambahan)
Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar udang kering
segenggam ikan bilis
2 sudu besar taucu
1-2 senduk cili kisar (ikut suka)
garam, gula dan serbuk perasa
Tumis cili kisar hingga garing.
Masukkan semua bahan2 kisar dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan udang, sotong dan fishcake.
Masukkan 1/2 cawan kecil air panas (biar mee basah sadikit)
Masukkan mee dan gaul rata.
Akhir sekali baru masukkan sayur.
Paceri Nenas
Bahan2nya:-
1 biji nenas, dipotong bulat dan dibagi 4
2 sudu besar cili kisar
Dikisar:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit (saya gunakan kunyit serbuk jer)
Rempah tumis (1 kayu manis, 3 cengkih, 3 bunga lawang & 3 pelaga)
6 sudu besar gula
sadikit garam
1 biji lada merah, buang biji dan potong 4 memanjang
Masukkan rempah tumis dan cili kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan rempah yg dikisar dan tumis lagi.
Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih, baru masukkan nenas dan cili merah buang biji tadi.
Peringatan: -
Jangan masukkan air kerana buah nenas dgn sendiri akan berair kelak.
Saturday, October 27, 2007
Acar Timun
2 biji timun (buang tengahnya dan hiris tipis) (ramas dgn garam, cuci dan toskan)
2 biji lobak merah (hiris tipis memanjang)
5 bahan dikisar halus:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji gajus
4 biji buah keras
1/2 inci halia
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya
Dihiris kasar:-
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji lada merah, buang biji dan potong halus memanjang
3 biji bawang besar (biarkan bulat2)
Tumis cili kisar hingga garing
Masukkan semua rempah kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan sadikit air tunggu hingga mendidih.
Masukkan semua hirisan cili merah, bawang besar dan bawang putih.
Gaul rata dan tunggu hingga garing.
Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah dan juga bawang kecil bulat2 tadi.
Masukkan cuka.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Dalca
300gm daging (potong kecil, rebus dan ketepikan periuk)
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji kentang
2 biji tomato
sadikit kacang panjang
2 cawan kacang dal (direbus dulu)
3 sudu besar rempah kari daging BABAS
1 pkt santan KARA
Dikisar: 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3cm halia
Rempah tumis: 1 kayu manis, 3 cengkih, 3 pelaga
air asam, garam secukupnya
serai dititik
Tumis Darat:-
Masukkan rempah tumis, bawang besar dan serai.
Dah wangi, masukkan paste bawang besar, bawang putih dan halia.
Masukkan rempah kari.
Bila dah wangi dan garing. Matikan api.
Masukkan tumisan ini kedalam periuk rebusan daging.
Campurkan kacang dal.
Tunggu hingga mendidih.
Masukkan semua sayur2an.
Patahkan 1 biji cili hijau dan 1 cili merah.
Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan air asam dan garam secukup rasa.
Labels:
Chicken/Meat
Daging Masak Beriani
1 kg daging
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 biji tomato, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1/2 cawan tairu (100ml cukup)
3/4 cawan rempah beriani (1 pkt Beriani Babas)
3 cawan air
2 biji kentang (potong 4 atau 6)
1 batang lobak merah, potong kecil2
Tumis rempah2, (1 kayu manis, 3 pelaga, 3 cengkih, 3 bunga lawang).
Masukkan bawang besar.
Bila dah wangi dan layu, masukkan pula paste bawang putih dan halia.
Masukkan tomato.
Masukkan rempah beriani.
Masukkan air dan tairu.
Tunggu hingga mendidih baru masukkan daging.
Bil daging dah empuk, baru masukkan kentang dan lobak merah.
Masukkan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan masak lama sadikit.
Taburkan sadikit daun pudina dan daun ketumbar.
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 biji tomato, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1/2 cawan tairu (100ml cukup)
3/4 cawan rempah beriani (1 pkt Beriani Babas)
3 cawan air
2 biji kentang (potong 4 atau 6)
1 batang lobak merah, potong kecil2
Tumis rempah2, (1 kayu manis, 3 pelaga, 3 cengkih, 3 bunga lawang).
Masukkan bawang besar.
Bila dah wangi dan layu, masukkan pula paste bawang putih dan halia.
Masukkan tomato.
Masukkan rempah beriani.
Masukkan air dan tairu.
Tunggu hingga mendidih baru masukkan daging.
Bil daging dah empuk, baru masukkan kentang dan lobak merah.
Masukkan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan masak lama sadikit.
Taburkan sadikit daun pudina dan daun ketumbar.
Labels:
Chicken/Meat
Nasi Beriani
1 kg beras basmati (cuci dan tos)
4 biji bawang besar dihiris
10 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
4 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning, garam, gula secukup rasa
Panaskan minyak sapi dalam periuk biasa yang besar.
Masukkan semua rempah tumis.
Tumis hingga wangi baru masukkan bawang besar.
Bila bawang dah layu, masukkan paste bawang putih dan halia.
Tumis hingga layu dan harum.
Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa.
Bila dah mendidih, masukkan beras. Gaul rata.
900ml air
1/2 tin susu cair4 biji bawang besar dihiris
10 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
4 sudu besar minyak sapi
Rempah tumis (1 kayu manis, 4 bunga lawang,
4 bunga cengkih, 4 buah pelaga)
Taburan (daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, gajus atau kismis)4 bunga cengkih, 4 buah pelaga)
pewarna kuning, garam, gula secukup rasa
Panaskan minyak sapi dalam periuk biasa yang besar.
Masukkan semua rempah tumis.
Tumis hingga wangi baru masukkan bawang besar.
Bila bawang dah layu, masukkan paste bawang putih dan halia.
Tumis hingga layu dan harum.
Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa.
Bila dah mendidih, masukkan beras. Gaul rata.
Bila dah hampir kering, alihkan kedalam electric rice cooker dan tekan "cook".
Sebelum nasi tanak, bubuhkan sadikit pewarna kuning di tengah2 nasi. Jgn dikodek2.
Taburkan sadikit daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Tinggalkan sadikit untuk hiasan.
Bila dah tanak sepenuhnya, baru boleh digaul.
Labels:
Rice/Porridge
Subscribe to:
Posts (Atom)