Sumber: Nutrition Society of Malaysia
Bahan-bahan350 g (5 cawan) mee kuning, dicelur sebentar dan ditoskan
100 g daging, tanpa lemak
250 g tulang
50 g (1/4 cawan) isi kerang rebus
25 g (1/4 cawan) udang basah
Bahan2 digiling25 g (1/4 cawan) udang kering
20 g (10 biji) cili kering
100 g (2 batang) serai, dihiris
15 g (2 sm) lengkuas
20 g (2 sm) halia
20 g (3/4 bungkus) rempah kari daging
80 g (6 ulas) bawang merah
60 g (1 biji) bawang besar
125 ml (1/2 cawan) santan pekat
125 ml (1/2 cawan) susu cair
30 g (2 sudu makan) tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
30 g (2 sudu makan) taucu
15 g asam jawa dicampur dengan 15 ml (1 sudu makan) air
500 ml (2 cawan) air
garam secukup rasa
Bahan-bahan lain2 biji telur rebus, dibelah empat
150 g taugeh, dicelur
5 biji limau kasturi, dibelah dua
hirisan cili hijau/merah,
daun saderi, daun bawang dan bawang goreng
Cara memasak
Potong daging nipis-nipis dan rebus bersama tulang di dalam air.
Apabila daging sudah empuk, masukkan isi kerang, udang, bahan-bahan giling dan tauchu.
Kacau hingga mendidih.
Perlahankan api dan masukkan santan, susu cair dan air asam jawa. Kacau hingga mendidih.
Masukkan tepung jagung dan kacau hingga mendidih.
Masukkan garam.
Tuangkan kuah ke atas mee kuning dan taugeh.
Taburkan hirisan cili hijau/merah, daun saderi, daun bawang dan bawang goreng.
Letakkan potongan telur rebus dan limau kasturi. Hidangkan ketika panas.