Sunday, October 28, 2007

Mee Bandung Istikomah


































Sumber: Mamaleza

Bahan2nya:-
1 kg mee kuning
1/2 kg Tauge
1 ikat sawi
2 biji tomato
Telor (suka hati)
300gm Daging
Daun sop bawang/bawang goreng (taburan)

Dikisar:-
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 ibu jari halia
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar rempah kari BABAS
2 senduk tomato sos
1 keping stok ayam

Tumis bahan2 kisar termasuk rempah kari hingga garing dan wangi.
Masukkan daging yang sudah dipotong kecil2. Gaul rata.
Tunggu hingga hampir empuk.
Masukkan air dalam 2 mangkuk besar. Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tomato buah, tomato sos, garam, gula, stok ayam dan serbuk perasa.
Bila dah mendidih, ceplokkan telor satu persatu. Jgn digaul sebelum masak nanti telur hancur.

Jika suka, boleh tambahkan udang dan sotong. Jadi "Mee Bandung seafood".

Cara hidangan:-
Celurkan mee, tauge dan sawi. Ketepikan.
Bila hendak disajikan, baru masukkan dlm mangkuk dan disiram kuah yg panas.
Jgn lup tabur daun sop/bawang dan bawang goreng.
Jika suka, boleh tambahkan potongan limau sambal.

Jika kuah cair, boleh tambah tepung jagung yg sudah dicampurkan sadikit air.

Mee Rebus Istikomah
















Sumber: Mamaleza


Bahan2nya:-
1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg tauge (dicelur)
300gm tetelan (rebus dan ketepikan)
1 mangkuk kecil kacang tanah goreng (dikisar kasar)
Cili hijau, limau sambal, bawang goreng, daun sop/bawang, telor rebus, kicap masin

Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 mangkuk kecil udang geragau kering
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu makan udang kering
2 sudu besar taucu
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari ikan
1/2 ibu jari lengkuas (dititik)
1 serai (dititik)
gara, gula dan serbuk perasa.
1 sudu besar tepung jagung (dicampur sadikit air)

Tumis semua bahan2 kisar hingga garing dan wangi.
Masukkan serai dan lengkuas.
Masukkan 2-3 mangkuk besar air.
Tunggu hingga mendidih.
Masukkan tetelan dan kacang tanah.
Mendidihkan dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung bercampur air untuk memekatkan kuah.
Didihkan lagi.

Sajikan saperti biasa.

Mee Siam Goreng Istikomah
















Sumber: Mamaleza


Bahan2nya:-
1 pkt mee hoon (didihkan air, masukkan mee hoon hingga lembut, toskan, siram air sejuk, ketepikan)
Tauge atau sawi (suka hati)
Sadikit udang basah, sotong dan fish cake (potong kecil2)
daun sop/bawang atau kucai (hiris halus untuk taburan)
limau sambal (tambahan)

Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar belacan
1 sudu besar udang kering
segenggam ikan bilis
2 sudu besar taucu
1-2 senduk cili kisar (ikut suka)
garam, gula dan serbuk perasa

Tumis cili kisar hingga garing.
Masukkan semua bahan2 kisar dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan udang, sotong dan fishcake.
Masukkan 1/2 cawan kecil air panas (biar mee basah sadikit)
Masukkan mee dan gaul rata.
Akhir sekali baru masukkan sayur.

Paceri Nenas










Bahan2nya:-
1 biji nenas, dipotong bulat dan dibagi 4
2 sudu besar cili kisar
Dikisar:-
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit (saya gunakan kunyit serbuk jer)
Rempah tumis (1 kayu manis, 3 cengkih, 3 bunga lawang & 3 pelaga)
6 sudu besar gula
sadikit garam
1 biji lada merah, buang biji dan potong 4 memanjang

Masukkan rempah tumis dan cili kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan rempah yg dikisar dan tumis lagi.
Masukkan gula dan garam.
Bila mendidih, baru masukkan nenas dan cili merah buang biji tadi.

Peringatan: -
Jangan masukkan air kerana buah nenas dgn sendiri akan berair kelak.

Saturday, October 27, 2007

Acar Timun




2 biji timun (buang tengahnya dan hiris tipis) (ramas dgn garam, cuci dan toskan)
2 biji lobak merah (hiris tipis memanjang)
5 bahan dikisar halus:-
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 biji gajus
4 biji buah keras
1/2 inci halia

1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar cuka
garam dan gula secukupnya

Dihiris kasar:-
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 biji lada merah, buang biji dan potong halus memanjang
3 biji bawang besar (biarkan bulat2)

Tumis cili kisar hingga garing








Masukkan semua rempah kisar.
Tumis hingga garing dan wangi.
Masukkan sadikit air tunggu hingga mendidih.






Masukkan semua hirisan cili merah, bawang besar dan bawang putih.








Gaul rata dan tunggu hingga garing.








Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah dan juga bawang kecil bulat2 tadi.
Masukkan cuka.
Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa.

Dalca




















300gm daging (potong kecil, rebus dan ketepikan periuk)
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji kentang
2 biji tomato
sadikit kacang panjang
2 cawan kacang dal (direbus dulu)
3 sudu besar rempah kari daging BABAS
1 pkt santan KARA
Dikisar: 2 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3cm halia
Rempah tumis: 1 kayu manis, 3 cengkih, 3 pelaga
air asam, garam secukupnya
serai dititik

Tumis Darat:-
Masukkan rempah tumis, bawang besar dan serai.
Dah wangi, masukkan paste bawang besar, bawang putih dan halia.







Masukkan rempah kari.
Bila dah wangi dan garing. Matikan api.
Masukkan tumisan ini kedalam periuk rebusan daging.
Campurkan kacang dal.
Tunggu hingga mendidih.





Masukkan semua sayur2an.
Patahkan 1 biji cili hijau dan 1 cili merah.
Masukkan santan dan tunggu hingga mendidih.
Masukkan air asam dan garam secukup rasa.

Daging Masak Beriani

1 kg daging
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 biji tomato, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu

1/2 cawan tairu (100ml cukup)
3/4 cawan rempah beriani (1 pkt Beriani Babas)
3 cawan air
2 biji kentang (potong 4 atau 6)
1 batang lobak merah, potong kecil2




Tumis rempah2, (1 kayu manis, 3 pelaga, 3 cengkih, 3 bunga lawang).
Masukkan bawang besar.
Bila dah wangi dan layu, masukkan pula paste bawang putih dan halia.









Masukkan tomato.











Masukkan rempah beriani.











Masukkan air dan tairu.
Tunggu hingga mendidih baru masukkan daging.










Bil daging dah empuk, baru masukkan kentang dan lobak merah.
Masukkan garam secukup rasa.
Kecilkan api dan biarkan masak lama sadikit.
Taburkan sadikit daun pudina dan daun ketumbar.

Nasi Beriani

1 kg beras basmati (cuci dan tos)
900ml air
1/2 tin susu cair
4 biji bawang besar dihiris
10 biji bawang putih dikisar
2 inci halia dikisar
4 sudu besar minyak sapi
Rempah tumis (1 kayu manis, 4 bunga lawang,
4 bunga cengkih, 4 buah pelaga)
Taburan (daun ketumbar, daun pudina, bawang goreng, gajus atau kismis)
pewarna kuning, garam, gula secukup rasa


Panaskan minyak sapi dalam periuk biasa yang besar.
Masukkan semua rempah tumis.
Tumis hingga wangi baru masukkan bawang besar.











Bila bawang dah layu, masukkan paste bawang putih dan halia.
Tumis hingga layu dan harum.









Masukkan air, susu cair dan garam secukup rasa.

Bila dah mendidih, masukkan beras. Gaul rata.


Bila dah hampir kering, alihkan kedalam electric rice cooker dan tekan "cook".



Sebelum nasi tanak, bubuhkan sadikit pewarna kuning di tengah2 nasi. Jgn dikodek2.



Taburkan sadikit daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Tinggalkan sadikit untuk hiasan.

Bila dah tanak sepenuhnya, baru boleh digaul.

Monday, October 15, 2007

Kari Ayam












Bahan2nya:-
2 ekor ayam (dipotong kecil2)
1/2 kotak kecil santan KARA
3-4 biji kentang (potong 4)
2 mangkuk air

Dikisar:-
7 biji bawang putih
4 biji bawang besar
halia (seibu jari)

5 sudu rempah kari BABAS (campur sadikit air)
2 lembar daun kari
2 batang serai (dititik)

Rempah tumis:- buah pelaga, kayu manis, cengkih, bunga lawang

Tumis bahan2 kisar hingga garing bersama rempah tumis dan serai. Dah garing, masukkan paste rempah kari. Tumis hingga betul2 garing. Masukkan 2 mangkuk air bersama santan. Tunggu hingga mendidih. Masukkan ayam dan kentang dan masak hingga empuk. Campakkan daun kari dan gaul rata.

Rendang Istikomah (Surabaya)











Bahan2nya:-
3 kg daging lembu
2 sudu makan kerisik
2 kotak kecil santan KARA
7 lembar daun limau purut
1 lembar daun kunyit (potong 3)
3 sudu makan gula pasir
garam dan ajinomoto secukup rasa

Dikisar:-
5 biji bawang besar
segenggam bawang merah kecil
3 senduk cili kisar
20 biji bawang putih
5 batang serai
lengkuas (seibu jari)
halia (seibu jari)
kunyit hidup (1/2 ibu jari)
3 sudu besar ketumbar/jintan

Tumis semua bahan2 kisar hingga garing dan wangi. Masukkan daging dan tutup sebentar. Dah empuk, masukkan daun limau purut dan daun kunyit. Tunggu sebentar. Masukkan santan dan kerisik dan masak hingga sadikit kering. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa.

Sambal Tumis Telur Burung












Bahan2nya:-
100 biji telor burung (direbus dan dikopek)
Belimbing buluh (jika suka)

Dikisar:-
3 senduk cili kisar
15 biji bawang putih
6 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 sudu belacan

Gula pasir, garam, air asam, ajinomoto secukup rasa

Tumis cili kisar hingga betul2 garing. Masukkan bahan kisar yang lain. Tumis lagi hingga garing.
Masukkan air asam, gula, garam and ajinomoto.
Bila dah sebati, masukkan semua telur burung tadi.
Didihkan lagi dan matikan api.

Sayur Lodeh













Dikisar:-
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan
belacan 1/2 sudu
1 sudu besar ikan bilis
1 sudu besar udang kering
4 biji buah keras
1/2 sudu kecil kunyit serbuk

Serai dan lengkuas (dititik)
3 lembar daun salam
2 mangkuk air
santan 1 1/2 kotak kecil santan KARA

Tumis bahan2 kisar hingga garing dan wangi. Campakkan serai dan lengkuas.
Masukkan air dan masak hingga mendidih. Masukkan santan pekat dan mendidihkan lagi.
Masukkan sayur2 yang anda suka saperti kobis, lobak merah, kacang panjang dan tahu kering. Jika anda ingin mencampurkan tahu dan tempe, pastikan ia telah digoreng dahulu. Masukkan daun salam dan didihkan lagi.

Ayam Masak Merah













Bahan2nya:-
5 ekor ayam, dipotong kecil
gaulkan dgn kunyit serbuk, bawang putih dan garam
Goreng setengah masak (jika terlalu garing nanti keras)

Dikisar:-
cili kisar 1 mangkuk
20 biji bawang putih
1 kg bawang besar
5 batang serai
halia (satu ibu jari)
lengkuas (satu ibu jari)

6 sudu tomato puree
garam, gula and ajinomoto secukup rasa.

Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan gula dan tomato puree. Gaul hingga rata. Masukkan air 2 cawan dan tunggu hingga mendidih. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Didihkan dan matikan api.

Serunding Daging Wak Jah














Bahan2nya:-
3 biji kelapa putih (goreng tanpa minyak)
1 kg daging kambing (potong kecil2)

Dikisar:-
2 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan
lengkuas (anggaran satu ibu jari)
kunyit hidup (setengah ibu jari)
5 batang serai
20 biji bawang merah kecil
15 biji bawang putih

5 lembar daun limau purut
3 lembar daun salam
2 sudu makan gula pasir
air asam dan garam secukup rasa

Tumis semua rempah yg dikisar hingga wangi dan garing. Masukkan daging dan masak hingga empuk. Jika terlalu kering untuk daging empuk, tambahkan sadikit air. Masukkan pula gula, air asam dan garam secukup rasa. Campakkan daun limau purut yang telah dikoyak2kan dan daun salam. Pasti harum tumisan anda.

Tunggu sampai kering sadikit dan masukkan kelapa putih yang telah disangar tadi. Gaul rata. Api jgn terlalu besar kerana ia mudah hangus. Setelah digaul rata boleh diangkat dan disejukkan.

Sambal Goreng Pengantin (Step-by-step)

Sumber: Mamaleza 

Bahan2 hiris:-
Bawang besar 2kg
Cili merah/hijau 1 mangkuk
Bawang putih 1 mangkuk kecil
Halia sebesar genggaman
Lengkuas
Serai 6-8 batang
Belacan suka hati (bakar)
Air asam pekat
Santan pekat
Air rebusan daging
Bawang goreng (untuk taburan)
Garam, gula merah dan ajinomoto secukupnya


Direbus, potong kecil2 dan goreng (ketepikan):-
Daging 3kg
Paru 2kg
Udang 2kg
Tahu 12 - 15 keping
Tempe 12 - 15 keping







Tumis bawang besar hingga betul2 layu.












Masukkan lada merah dan lada hijau.
Goreng hingga layu.












Bila bawang dan cili dah benar2 layu, masukkan hirisan bawang putih, halia, lengkuas dan serai tadi.











Tunggu hingga mendidih dan masukkan cili kisar sebanyak 3 - 5 senduk besar.
Tumis hingga garing dan keluar minyak.










Pastikan cili kisar betul2 garing.
Jangan kelam kabut.

Masukkan garam, gula merah dan ajinomoto secukup rasa.










Masukkan udang.
Saya tidak menggorengnya dahulu kerana hendakkan manis udang.
Anda boleh menggoreng dahulu jika mahu.










Bila dah mendidih, masukkan belacan yang telah dibakar dan diramas dan tambahkan air asam secukupnya.











Bila dah mendidih, masukkan santan pekat.












Tunggu hingga mendidih dan masukkan bahan2 goreng yang lain iaitu daging goreng dan paru goreng.











Bila dah kacau rata, masukkan pula tahu goreng.












Diikuti dengan tempe goreng.












Inilah rupa sambal goreng pengantin yang masih basah.

Kecilkan api dan keringkan sadikit kuah.










Bila dah kering taburkan semangkuk bawang goreng.

Inilah hasil penat lelah memasak "Sambal goreng pengantin".

Dari Dzohor hingga ke Asar, saya memasak tetapi berbaloi dan puas hati.








Alihkan kedalam periuk lain.
Secukupnya untuk hidangan keluarga dan tetamu.
Selebihnya masukkan kedalam bekas2 plastik untuk hidangan dilain masa.
Pastikan betul2 sejuk sebelum dimasukkan kedalam freezer.
Jika masaknya rata dan garing, tahan lama berminggu2.

SELAMAT MENCUBA!